03 September 2009

Ihya' Ramadhan - PEPIAS Prihatin 09

Permulaan yang baik bagi aktivis PEPIAS PRIHATIN dalam meneruskan kerja dakwah dengan mengadakan program Ihya Ramadhan. Program yang melibatkan seramai 48 orang ini telah berjaya menjelajah ke 3 buah kampung sekitar Gombak iaitu Kampung Sungai Chinchin, Kampung Changkat dan Kampung Sungai Pusu.


Gambar 1: Taklimat persediaan ke lapangan di Sekreteriat Kg. Changkat.
Gambar 2: Bergambar sebelum ke lapangan di Sekreteriat Kg. Changkat.



Program yang telah diadakan pada 29 hingga 30 Ogos bersamaan 8 dan 9 Ramadhan ini merupakan satu program kemasyarakatan bagi mendekatkan PEPIAS dengan golongan yang memerlukan. Program yang berjaya mengumpulkan 2o keluarga yang kurang bernasib baik ini telah melahirkan rasa peka dan prihatin terhadap masyarakat sekitar sebagai usaha membentuk pemangkin kepada pembangunan Ummah yang berteraskan rasa hormat dan kasih sayang.


Gambar 3: Sumbangan kepada penduduk terpilih di Kg. Changkat
Gambar 4: Beramah mesra dengan keluarga penerima di Kg. Changkat



Semua aktivis mula berkumpul di Sekretariat PEPIAS bermula 29 Ogos untuk mengadakan Ihya Ramadhan sesama ahli aktivis. Kami telah bersama-sama melakukan iftar, solat tarawih, tazkirah ramadhan dan juga bersahur secara jama'ie. Sebanyak 5 kumpulan bergerak ke setiap kampung untuk melaksanakan kerja lapangan. Sumbangan hamper berbentuk keperluan dapur dan wang tunai diagihkan ke setiap keluarga.



Gambar 5: Kumpulan Sg. Chincin 1 bersama keluarga penerima sumbangan
Gambar 6: Kumpulan Sg. Chincin 2 bersama keluarga penerima sumbangan



Perancangan yang hanya memakan masa tidak sampai sebulan dan kutipan derma yang dijalankan hanya dalam masa seminggu telah berakhir pada hari ahad tersebut jam 2 petang. Alhamdulillah, pengalaman sepanjang dua hari ini telah berjaya menghubungkan ikatan antara kita semua. PEPIAS mengucapkan jutaan penghargaan buat semua penyumbang dan Pengerusi JKKK di ketiga-tiga kampung ini kerana banyak membantu dalam menjayakan Ihya' Ramadhan pada kali ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..Salam Ramadhan Kareem.

Sdr. Muzakkir Mohd Nor

3 comments:

Ciptaan Terhebat said...

Alhamdulillah... tahniah buat adik-adik PEPIAS atas apa yang telah dijalankan... Semoga segala usaha dan kerja-kerja yang dijalankan diberkati Allah dan didoakan moga-moga ia juga akan memberi kemudahan kepada adik-adik sekalian dalam menghadapi pembelajaran di pusat pengajian masing-masing.

p/s: Bangga bila tengok anak muda yang lebih dasyat bermasyarakat berbanding diri sendiri yang hanya banyak bercakap je ni... hehehe...

kamyghebat@yahoo.com
http://kamarulazami.blogspot.com

--a-- said...
This comment has been removed by the author.
--a-- said...

alhamdulillah atas nikmat Allah dan kesungguhan masing2 dalam melaksanakan tanggungjawab...

cuma, perlu diingatkan kepada diri sendiri dan sahabat2 yg lain.. kerja kita masih belum berakhir.. kita perlukan kerjasama yg lebih meluas, perancangan yg lebih teliti dan semangat kerja dakwah yg konsisten supaya mad'u kita tidak ditinggalkan utk kesekian kalinya...

berdoalah moga usaha kita diberkati dan dipermudah segala urusan kita di dunia dan di akhirat..

salam Ramadan yg mulia, salam perjuangan dan salam ukhuwah..

wallahua'lam...

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung