20 September 2009

PERUTUSAN EIDUL FITRI

Salam alaik...Selamat menyambut hari raya eidulfitri 1430H kepada seluruh muslimin dan muslimat walau di mana anda berada. Dikesempatan ini, ampun dan maaf dipohon atas segala kesilapan dan ketelanjuran kata dan perbuatan.

Semoga kita berjaya mengadaptasi tarbiah Ramadhan kali ini di sepanjang baki kehidupan kita di muka bumi Allah. Agar diri sentiasa terpandu dan terus istiqomah dalam meneruskan perjuangan menjulang agama Islam.

Bagi mereka yang bakal melapangkan masa bersama keluarga, manfaatkan sepenuh masa bersama dengan penuh kualiti. Syawal mengajar kita tentang peri pentingnya persaudaraan dan muafakat. Sambutlah dengan penuh rasa keinsafan, rendah diri, sabar dan bersederhana.

Pandu kenderaan berhati-hati (ingat pada yang tersayang). Semoga kita dapat bertemu dan meneruskan budaya ziarah-menziarahi bagi merapatkan lagi silaturrahim sesama kita. ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAMD!!

SELAMAT HARI RAYA EIDULFITRI MINAL EIDIN WALFAIZIN daripada Presiden, Jawatankuasa Kerja PEPIAS Pusat, Jawatankuasa PEPIAS cawangan, Ahli PEPIAS dan seluruh keluarga besar PEPIAS.

2 comments:

Awang Nyor said...

Gi ziarah saudara mara sedarah sedaging kita. jgn bnyk tgk tv. Eratkn silaturrahim. Minggu ni da nk start 1st konvoi raya PEPIAS. Jom kita pergi...

Lukluk Baidoa said...

nak ikowt...wuuu..xajak owg pun...

Jumlah Pengunjung