28 April 2009

Bengkel TOT siri 1

Alhamdulillah, pada 26 April 2009 yang lepas Bengkel TOT siri 1 telah berjaya di jalankan di Balai Penghulu Mukim Batu, Selayang.

Bengkel tersebut dimulakan dengan mengenal personaliti setiap individu dalam Team Of Trainer (TOT) yang hadir. Kalangan TOT yang hadir ini mempunyai pelbagai jenis warna seperti Biru ( sensitif), Hijau (pemikir), Jingga (penghibur) dan Emas (penguasa). Ada juga yang mempunyai konflik warna. Suasana ketika itu amat menghiburkan dan bermakna. Perlu di ingat sebagai trainer, kita perlu pandai meletakkan orang itu ditempat mana.

Kemudian kami membincangkan tentang nilai atau perkara yang perlu ada dalam setiap program PEPIAS selepas ini. Ada 9 nilai atau perkara yang telah dipersetujui dan perlu ditekankan dalam setiap program. Antaranya ialah :-
1) Hubungan fasilitator dengan peserta
2) Masterplan
3) Peralatan yg lengkap
4) Briefing Modul
5) Pengurusan masa
6) Fasilitator terlatih
7) Kerohanian dan keilmuan
8) Penampilan
9) Modul yang fleksibel.


Setiap trainer perlu memastikan agar setiap nilai atau perkara yang telah di bincangkan ini ada dalam setiap program yang dijalankan.

Selain itu, kami juga membincangkan 10 program dominan yang perlu dijalankan dan digerakkan oleh PEPIAS iaitu:-
1) PMG
2) LAKEP
3) Smart Solat
4) Tamrin Jundi@PeBIS
5) Motivasi
6) Jati Diri
7) PEPIAS Prihatin
8) SYABAB
9) HARDCORE

10) KKPI

Akhirnya kami membincangkan dan mengemaskini flow program-program rutin anjuran
atau jemputan pepias, tapi tidak sempat di habis dan tuntas semuanya. InsyaAllah, perkara-perkara lain akan disambung dalam siri 2 nanti.


Bengkel TOT ini telah diselia oleh 3 orang senior PEPIAS iaitu Sdr. Zamani, Sdr. Kamarul dan Sdr. Zul.


3 comments:

radin fatihah husna said...

1) tahniah atas bengkel yg sangat kritikal ini. Maaf, tak dapat hadir pada hari tersebut.

2)Nilai utama yang juga harus ditekankan, adalah unsur fardhu Ain. Nilai kerohanian, dan keilmuan, adalah 2 perkara yang berbeza. Saya mencadangkan sudah tiba masa PEPIAS meletakkan modul wajib, asas Fardhu Ain dalm mana2 pengisian program, sebagai perletakkan batu asas kepada perjuangan PEPIAS; terutama Syahadah dan maknanya.

3) PRogram dominan atau produk wajib dari PEPIAS harus dibuat, dan yang lebih penting, AHLI PEPIAS sendiri harus melalui silibus ini! Pendidikan melalui pengalaman adalah yang terbaik.

tokz said...

1. bengkel yang akan datang akan diadakan pada 24.05.09 insyaAllah.. mohon dapat dilapangkan masa pada tarikh tersebut...

2. 9 nilai yang diputuskan itu adalah datang dari hati majoriti trainer pepias yang hadir, tiada sebarang tokok tambah dari senior langsung. kalau semua program pepias selepas ini mempunyai semua perkara tersebut saya rasa program pepias telah ada penambahbaikan...

3. banyak perkara lagi yang perlu dikongsi dengan adik2 ini... insyaAllah ada banyak lagi siri2 TOT yang akan dianjurkan selepas ini... doakanlah kekuatan dan kelapangan...

Erwan Maasus said...

He...he...he...
Seronok dapat mendengar perkhabaran seperti ini.
Teruskan PEPIAS...terus menyinari persada dakwah ini.

Jumlah Pengunjung