Sharing is Caring (^_^)
Sharing is Caring :)
Ada kisah yang ingin ku kongsi,
Kisah mengenai dunia teknologi,
Bagi yang tidak tahu apa itu FB,
Mohon Google search dengan sendiri.
Kawan-kawanku ramai yang ada FB,
Ku kenali di sekolah rendah hinggalah universiti,
Mudah bagi kami untuk berkomunikasi,
Semuanya terletak di hujung jari.
Pelbagai usia pengguna FB,
Tak kira tua, dewasa dan remaja muda mudi,
Bila ditanya tujuan buat FB,
Jawabnya banyak ilmu hendak dikongsi.
Bagusnya jika bijak menggunakan FB,
Dapatlah saling berkongsi ilmi,
Namun yang hairannya lain yang jadi,
Ilmu tidak dikongsi, dosa yang dicari.
Bukankah tujuan hidup duniawi,
Banyakkan ibadah untuk bekalan diri,
Tapi sayangnya manusia zaman kini,
Dosa yang sudah banyak ditambah lagi.
Salah guna FB memakan diri,
Maksiat berganda dimurkai Ilahi,
Antara punca pergaduhan suami isteri,
FB digunakan dengan tujuan tak bererti.
Zaman sekarang melalui FB,
Ramai yang berkenalan dengan kekasih hati,
Wajah-wajah yang menawan mencuri hati,
Entahkan sama di alam realiti?
Yang hangat bercinta buat ayat geli-geli,
I love you, I miss you di wallpost setiap hari,
Kata update status via Blackberry,
Takkan lah dah tak ada kredit nak SMS lagi?
Dinding pula penuh dengan luahan hati,
Mencarut di status tidak sedar diri,
Lebih malu sekiranya si gadis yang memaki,
Merendahkan martabat si empunya diri.
Gunalah FB untuk saling menasihati,
Kongsilah ilmu-ilmu yang diketahui,
Bukan sahaja anda berbakti,
Pahala yang dicari pasti menanti!
Selitkan ayat-ayat Quran dan hadis Nabi,
Jadikan status di wall FB,
Carilah kalam-kalam hikmah yang mendidik diri,
Moga dapat menjadi penghias diri.
Ataupun, uploadlah video dan CD,
Masukkan link tazkirah di dinding FB,
Mudah dikongsi, ilmu pun diperolehi,
Untuk dijadikan bekalan akhirawi.
Wahai Muslim Mukmin sejati,
Marilah bersama kita bersatu hati,
Ikutilah sunnah perjuangan nabi,
Dakwah diberi, nikmat dikecapi.
Sampai di sini kisahku kali ini,
Moga sedikit sebanyak dapat mencuit hati,
Tidak rugi memanfaatkan teknologi,
Jauhkan diri daripada godaan duniawi.
Maaf andai ada yang terhiris hati,
Saya sekadar ingin menasihati,
Salam ukhwah ya akhi wa ukhti,
semoga bertemu lagi.
(^__^)
No comments:
Post a Comment