Keduanya, penulis selaku Naib Presiden PEPIAS mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan tahniah buat semua ahli PEPIAS yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam program-program utama PEPIAS sama ada selaku komiti mahupun urusetia. Tak lupa juga buat pemerhati terhormat dan tidak terhormat. Program-program utama PEPIAS untuk tahun ini dimulakan dengan KELAPE, seterusnya LAKEP, PMG, KKPI dan masih dinanti ialah IHRAM dan PEBIS serta MUKTAMAR. Penulis juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua kerana dalam penggal pertama tahun 2011 ini kita telah menerima jemputan program sekolah sebanyak 27 buah sekolah berbanding hanya 19 buah sekolah pada tahun lepas. Ini menunjukkan permintaan sekolah untuk proses pemulihan dan dakwah di sekolah-sekolah sangat memerlukan. lalu, PEPIAS juga memerlukan tenaga kerja dakwah Islam ini untuk turun secara sukarela bagi membantu meneruskan co-bisnes ini.
Ketiganya, Penulis ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat semua mantan PIMPINAN PEPIAS yang lalu dimulai dengan Abg Syamel selaku mantan Bendahari, seterusnya Sdr Zafrul@Bapol dan Fatimah@K.Tim selaku mantan SUA dan Timb. Bendahari. Tidak lupa juga kepada PRESIDEN PEPIAS iaitu Abg Zul dan isterinya. Semoga perkahwinan ini diberkati dan bakal melahirkan zuriat yang akan menjadi penerus kerja-kerja Nabi ini.
Keempat, penulis mengucapkan tahniah dan takziah kepada rakan jemaah kita iaitu ABIM Selangor, PKPIM dan ABIM Pusat diatas pelantikan pimpinan baru pada muktamar baru-baru ini. Semoga dengan delegasi baru ini mampu menguatkan lagi dan memartabatkan Islam di peringkat yang lebih tinggi.
Akhir kata, penulis berharap usaha-usaha dakwah yang dibawa oleh PEPIAS ini tidak dicemari dengan tindakan individu. Keperluan jemaah ini untuk menjaga dan mendampingi kita ke arah jalan yang lurus. Semoga kita tidak mencari kontrovesi tetapi kita membina prestasi untuk meneruskan kerja-kerja ini. Jangan difikirkan hal-hal yang temeh sebab takut akan tersangkut nya kerja-kerja yang lagi besar di luar sana.
Sekian daripada penulis.
No comments:
Post a Comment