05 July 2010

Salam Ukhwah buat Semua....

Pasti ramai yang sudah mengetahui pada minggu ini PEPIAS akan mengadakan sebuah program iaitu Kursus Kepimpinan Pelajar Islam Selangor (KKPI 2010 ). Program tahunan PEPIAS ini merupakan sebuah program yang bakal menghimpunkan hampir 300 pelajar pimpinan sekolah tingkatan 4 sekitar negeri Selangor.

Untuk makluman semua, KKPI pada tahun ini akan diadakan di 2 bahagian iaitu bahagian Utara dan Selatan. Berikut maklumat-maklumat mengenai program tersebut :

1) KKPI UTARA = 9-11 Julai 2010 di Kem Nur Laman Bestari.
Pengarah : Sdr Fawwaz 0196074700

2) KKPI SELATAN = 9-11 Julai 2010 di Kem Bukit Unggul
Pengarah : Sdr Afiq 0194496172

Semoga program tahunan ini akan berjalan seperti dirancang. Sesungguhnya rancangan Allah itulah yang terbaik buat semua.

Sekiranya mana-mana pihak berminat untuk menyumbang dari segi sumbangan kewangan bolehlah berbuat demikian dengan menghubungi kedua-dua pengarah terbabit. Sumbangan anda amatlah dialu-alukan bagi menjayakan program ini.

Sekiranya mana-mana pihak ingin menghantar peserta bolehlah menghubungi Unit Pendaftaran Peserta iaitu Sdri Nadia : 0193671640.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Jumlah Pengunjung