Tema "Membimbing dengan ilmu & akhlak" adalah paparan aspirasi halatuju JK PEPIAS Pusat bagi tahun ini. Dalam konteks ilmu, PEPIAS terus berusaha agar budaya ilmu senantiasa subur dari dalam Jemaah ini dengan pelbagai pengisian baik dari segi penerusan amalan usrah, tazkirah, penulisan blog, kuliyyah dan sebagainya.
Dalam pengajian ringkas oleh Ust. Naim (Exco Tarbiah ABIM Pusat), Manusia dipimpin oleh 3 perkara: Akal, Nafsu, Was2 Syaitan. Tanpa Nafsu dan was2 Syaitan, nescaya manusia secara fitrahnya akan mudah beriman dan taat berpandukan akal. Antara tiga elemen ini, manusia yang selamat adalah manusia yang dipimpin oleh akal yang sihat berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Untuk akal mempimpin manusia, haruslah ianya diperkuatkan dengan Ilmu. Ilmu laksana santapan bagi akal yang mana kalau tidak disuap maka lemahlah ia. Dan akal yang lemah lebih mudah dikalahkan dan dipimpin oleh Nafsu & Syaitan. Siapakah yang memimpin (membimbing) kita saat ini?
1 comment:
AZIM! Perjuangkanlah dengan sekuat-kuatnya. Pandangan ana, anak muda remaja kita hari ini lebih banyak dipandu oleh nafsu syaitan mereka. Lebih dikhuatirkan, mereka berupaya bercakap dan berkata-kata seperti seorang yang amat baik amalannya, tetapi pada dasar perbuatannya, amatlah jauh dan dikesali.
Lihatlah dipersekitaran kita, budaya berhibur ini semakin berleluasa dan keutamaan mereka semakin meyasar. Ana syorkan agar, buku Fiqah Keutamaan dijadikan bahan kupasan oleh mana-mana pimpinan terkanan atau, wujudkan kuliyyah tafaqquh yang membincangkan secara khusus kitab ini oleh mana-mana abang-abang senior pepias atau ABIM.
sekadar pandangan..
http://kamarulazami.blogspot.com
Post a Comment