Salam. saya menyampaikan salam dan harapan umat terdahulu supaya senantiasa ada barisan pemuda baru yang akan meneruskan perjuangan dalam menegakkan Islam di muka bumi. Seperti tahun lalu dan tahun - tahun sebelumnya, kini ialah bulan banjir kaderisasi baru. Ibarat tambak banjir yang dibuka, mahasiswa-mahasiswa baru melimpah membanjiri seluruh IPT di ceruk bumi Selangor ini. Kita seharusnya memandang ini sebagai peluang yang datang sekali seumur hidup. Sebab esok belum tentu ada. Harus direncanakan sebaik mungkin dan dilaksanakan dengan efisyen. Kita tidak mahu lagi kebanjiran mereka sampai merosakkan biah - biah Islam yang telah subur. Sebaliknya seluruh ahli PEPIAS yang bergelar Dai'e harus ada rasa bertanggungjawab menyalurkan mereka supaya mengairi petak - petak hati yang tandus dan gersang. Tandus ilmu dan gersang Iman. Ingat! rosak pemuda, hancurlah negara akan datang. Saya menyeru seluruh ahli terutama cawangan jangan mengambil enteng hal yang sebegini penting dan segerakan dengan susulan yang selayaknya. Moga Iman membanjiri hati-hati kita.
Faiza azamtah fal yatawakkaltu alallah.
MEMBIMBING DENGAN ILMU & AKHLAK.
Wallahua'lam
2 comments:
Tahniah, ana ingin mencadangkan agar kaderisasi ahli pepias menggariskan beberapa matlamat utama iaitu;
Untuk melahirkan para pendakwah Islam, hidup untuk Islam dan mati mereka kerana Islam... oleh itu ana sarankan;
1) semua program wajib menghidupkan suasana Islami seperti solat berjemaah, berpuasa serta mendengar kuliah atau tazkirah,
2) tidak membenarkan sebarang unsur syak dalam biah islamiah seperti berprogram sehingga lewat malam, ada mesyuarat lepas mesyuarat (khususnya lelaki dan perempuan), datang lewat serta bergelak ketawa berlebihan.
3) hidupkan suasana dengan seruan jihad nafsu khususnya, tentang kematian dan amanah kekhalifahan.
Semoga usaha antum diberkati Allah.
kamyghebat@yahoo.com
Sokong ciptaan terhebat. Harap mendpt perhatian sewajarnya dari seluruh ahli. Mari bersama mulakan dgn memperbaiki solat.
Post a Comment