24 March 2010

ZIARAH PENJARA KAJANG

Ahli PEPIAS bersama Umi (Datin Fauziah)
dihadapan pintu masuk penjara juvana kajang


Pada hari Sabtu 20 Mac 2010 yg lalu, sekumpulan 6 orang ahli PEPIAS telah mengadakan program ziarah ke penjara kajang. Ini merupakan program kali ke-3 PEPIAS sebagai susulan program- program terdahulu. Program ini disertai oleh 49 orang banduan juvana yang mempunyai latar belakang yang pelbagai.

Program dimulakan dengan pendaftaran sebagai pelawat penjara pada jam 9.00 pagi. Pendaftaran diuruskan oleh Datin Fauziah (Ummi) bersama wakil PEPIAS sdr. Hafiz (YDP Pandan) Program diteruskan dengan sesi perbincangn modul dan pengenalan ringkas oleh Ummi berkenaan Persatuan Siswazah Malaysia dan program ziarah ke penjara.

Kami dibenarkan masuk jam 10.00 pagi dan mengesahkan identiti kami di post banduan juvana dan sedikit pemeriksaan ringkas oleh pegawai penjara. Kami diiringi oleh seorang pegawai yang mengawasi peserta sepanjang program.

Sesi perbincangan dikalangan Fasilitator PEPIAS

Program bersama peserta dimulakan oleh Ummi dengan ta'aruf ringkas dan alunan nasyid asma ul husna. Peserta kemudian dipecahkan kepada 2 kumpulan yang dikendalikan oleh sdr. zulhelmi & sdr. fawwaz. Beberapa aktiviti telah dijalankan antaranya "Robot & Tuan" dan sesi kuis agama.

Kemudian peserta berkumpul semula dan program diteruskan dengan tayangan video berkenaan kebesaran Allah yang selari dengan matlamat program "mengenal kebesaran Allah". Kemudian sdr. Hafiz memimpin nyanyian Nasyid "demi Matahari" dan bacaan doa robitah. Selepas bersalaman, kami bersurai dengan peserta pada jam 1.00 petang.

No comments:

Jumlah Pengunjung