13 March 2010

PeBIS 2010

Berakhirnya PeBIS 2010...


Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi Perkhemahan Belia Islam Selangor 2010 (PeBIS) telah berakhir dengan jayanya pada 7 Mac 2010 tepat pukul 02.35 pm . Program PeBIS ini telah berlangsung di Kem Nur Bukit Unggul, Sepang selama 3 hari 2 malam bermula 5 - 7 Mac 2010. Program PeBIS yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ini di hadiri oleh peserta-peserta PMG ke 9 dan 10, ahli-ahli PEPIAS dari setiap kampus dan pimpinan PEPIAS Pusat. Seramai 122 peserta telah menglibatkan diri di dalam PeBIS ini (lebih 2 orang dari tahun lepas).




Program yang ketuai oleh Sdr Mohd Hafiz Bin Shamon iaitu sebagai Pengarah Program PeBIS kali ini telah dijayakan dengan sokongan daripada pelbagai pihak yang telah menaja perkhemahan ini dari segi alat-alatan, pengangkutan, khemah dan lain-lain walaupun terdapat pelbagai kesulitan sebelum program ini dijalankan. Antara objektif utama program PeBIS ini ialah menyediakan para belia yang berkeyakinan tinggi dan mampu memberi semangat juang dalam menghadapi cabaran, menggilap potensi dan jati diri kader-kader agar dapat menjadi lebih berketrampilan dan mempunyai peribadi da’ie yang baik serta menjadikan belia dan pelajar sebagai agen perubah bagi masyarakat yang semakin hari dilihat semakin jauh menyimpang daripada nilai-nilai agama dan norma-norma kehidupan masyarakat yang bertamadun.




Anta
ra aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang PeBIS 2010 ini ialah peserta-peserta dibahagikan mengikut rumah sukan iaitu Rumah Merah, Hitam, Biru, Kuning, Hijau, Peach, Ungu, Pink, Jungle Trekking, Cooking in Jungle, Solat Berjemaah, Qiammulail, Obstacle, Explorace (makan bawang, selam dalam kolam, sudoku dll), Sukaneka, Ceramah oleh Sdr Presiden PEPIAS, Mohd Zulhilmi b Abdullah, presentation dan macam-macam lagi. Pertukaran tempat tidur dari khemah ke dewan berhawa dingin sedikit sebanyak telah menghilangkan seri perkhemahan ini namun peserta tetap bersemangat meneruskan program ini walaupun hujan membasahi tanah yang subur di Bukit Unggul itu. Perasmian penutup Program PeBIS kali ke 2 ini pada 7 Mac telah dirasmikan oleh Tuan Presiden sendiri.




Pelbagai kenangan telah diperolehi sepanjang program ini dijalankan. Semoga objektif yang diterapkan dapat digunakan sebaiknya oleh setiap peserta. Ukhwah yang terbina akan kekal selamanya dalam menjalankan kerja dakwah ini. Tersematnya moto PeBIS dihati setiap peserta iaitu BELIA GAGAH PEMBANGKIT WIBAWA UMMAH maka berkobarlah lagi untuk bergiat dalam medan ini bersama wadah PEPIAS.







Disini kita bermula untuk penerusan kerja yang banyak...Ingat banyak lagi kerja kita perlu buat..Siapa lagi kalau bukan kita. Jangan malu untuk tarik orang lain bersama kita.





Tahniah diucapkan kepada yang terlibat secara langsung ataupun tidak dalam menjayakan Pebis 2010 kali ini terutamanya kepada Pengarah dan komiti-komiti Pebis yang penuh komitmen, PEPIAS PUSAT, HISEP serta buat semua peserta PebIS 2010. Jumpa lagi di kerja dakwah. Sekian.

Salahuddin Al-Ayubi...Auuumm!!!
Salman Al Farisi
Umar Abd Aziz
Hulagu Khan
Umar Al Khatab
Khalid Al-Walid
Sultan Mohamad Al-Fateh
Bilal b Rabah

Nantikan PeBIS 2011...





No comments:

Jumlah Pengunjung