23 December 2009

Booth PEPIAS dan Minggu Du'at 2009


Pelancaran Profil dan Phamplet terbaru di booth PEPIAS

JAIS & Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah menganjurkan program minggu du'at 2009 pada 17 - 20 Disember 2009 yang bertempat di Masjid Negeri Shah Alam. Program yang turut melibatkan kerjasama 38 NGO Islam yang bernaung dibawah MUAFAKAT NGO ISLAM SELANGOR itu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti seperti Forum, ceramah, persembahan kesenian, booth pameran & jualan dan pelbagai pertandingan.

Bersama MB Selangor di booth ABIM Selangor

PEPIAS memulakan langkahnya pada 17 disember 2009. Selain pameran, PEPIAS turut mengadakan jualan T-shirt dan batch. Tidak cukup dengan itu, beberapa aktiviti telah diadakn bersama pengunjung kecil booth PEPIAS. Aktiviti seperti teka bilangan lidi, sudoku, explorace, teka-teki dan tayangan ringkas ternyata menarik ramai minat dan sehingga ke hari ahad, masih ada adik-adik yang terus datang untuk bersama di booth PEPIAS. Turut hadir beberapa pelajar yang berminat dan mengisi borang keahlian PEPIAS.

Srikandi Helwani di hadapan booth PEPIAS

Beberapa perkara masih boleh dibaiki terutama dari segi bahan pameran dan persembahan. Len kali kita wt lebih baik lg k. Tq utk seluruh warga booth PEPIAS yg happening n sporting. Jumpe lg utk PMG.

17 December 2009

Perutusan Maal Hijrah

Mafhum Hadith pertama dalam Kitab Hadith 40 menyatakan:

"Sesiapa berhijrah kerana Allah & Rasul, maka dia akan milikinya dan sesiapa berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka dia akan milikinya.." (au kama qal)

Setiap dari kita berhijrah. Malah hidup kita sendiri adalah hijrah; dari alam roh ke alam janin, kemudian kedunia dan pengakhiran kembali kepada-Nya semula. Suatu hari yang tak pasti, kita akan kembali ke kampung halaman kita (negeri akhirat) dan Rabb kita akan bertanya kembali perihal janji kita dengan-Nya sebelum ini. Ingatlah janji kita dahulu seperti mafhum Al-Quran:

"Bukankah Aku tuhanmu? Berkata manusia; Bahkan kami naik saksi"

Persoalannya, apakah tuntutan terhadap kita keatas janji itu? Ataukah ia hanya suatu yang sia-sia? Sedangkan Allah tidak layak dengan perkara yang sia-sia. Mafhum Al-Quran:

"Adakah kamu menyangka Aku menjadikan kamu dengan sia-sia?"

Justeru kita haruslah sedar bahawa tujuan hidup kita adalah 2:

1. Hamba kepada Allah semata-mata dan merdeka dari menjadi hamba kepada Makhluk dan dunia.

2. Khalifah yang berfungsi (Functional Chaliph) yang bukan sekadar tahu peranannya, malahan berazam, merencana dan melaksanakan (execute) amanah Khalifah itu sendiri.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrh pada kali ini, saya menyeru seluruh usrati (keluargaku) dalam PEPIAS agar:

1. Memperbaharui niat agar ikhlas bersama keluarga PEPIAS semata kerana Allah

2. Memperbaharui tekad dan azam untuk menjadi Functional Khalifah yang TERBAIK!

3. Mentaati keputusan dan khittah (perancangan) yang telah ditetapkan oleh Majlis SYURA (mesyuarat) tertinggi PEPIAS selagi tidak bercanggah dengan ajaran Rasullullah S.A.W.

4. Meneladani semangat Jihad untuk menginfakkan diri demi Islam seperti peristiwa Hijrah Rasullullah S.A.W dan para sahabat yang mulia.

Selamat memperbaiki diri keluargaku..

Membimbing dengan ilmu & Akhlak.

05 December 2009

Usrah ala Naruto

Usrah Naruto...


Salam Ceria,


Bila bercakap tentang usrah tergambarlah sekelompok manusia yang sedang bertalaqi ilmu dan mendengar tazkirah di masjid atau surau. Yang pasti diketuai oleh seorang fasi atau naqib atau naqibah. Dipanggil...`THE POWER OF CIRCLE`..hehe.


Pelbagai tafsiran dan cakap-cakap bermain difikiran mereka yang tidak pernah menyertai usrah. Bagi yang pernah bersekolah agama mungkin anda mengenalinya. Hari soal bicara saya adalah berkaitan dengan USRAH. Tapi bukan usrah biasa.....usrah yang saya idam-idamkan selama ini....USRAH NARUTO!


Apakah itu?


“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.


Semua anak-anak usrah saya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungjawab untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama harian di Gombak.




Objektif yang ingin dicapai oleh saya adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.


Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.


“Kamu semua pun tengok, kan?”


Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”


“Lagi… lagi…”


Menetapkan matlamat dalam berusrah




“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka seperti ninja-ninja yang kita ingin latih. Tentukan apa matlamat yang ingin kita capaidalam setiap sesi latihan tersebut.”


“Maksud abang Azree?” soal Imran.


“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang perlu kita sebagai naqib ingin capai. Itu matlmat jangka pendek dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.


Sebagai contoh, matlamat jangka panjang abang dalam usrah dengan kamu semua selama setahun ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah,” terang saya sambil disambut gelak.




“Matlamat jangka pendek pula, dalam satu sesi usrah kamu itu, apa topik yang kita ingin anak-anak usrah kita faham. Sebagai contoh, minggu ini kita bincang tentang topik akhlak. Jadi, matlamat kita selepas berakhirnya sesi usrah tersebut adalah anak-anak usrah kita faham tentang topik tersebut.”

Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.


“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.


Mengambil tahu perkembangan ahli usrah


“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”


“Erm. Iruka!”


“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”


“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto,” jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.


“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan juga perkara yang perlu diambil tindakan oleh Kakashi seterusnya.


Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.





Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.


“Oh, begitu. Faham.”


“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”


“Ciri-ciri yang lain lagi?”


“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”


Keistimewaan pada naqib


Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.



“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.


“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” saya cuba mencelah sambil memikirkan mengenainya.





“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.


Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.


“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki. Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.

“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita,” saya cuba menjawab apa yang termampu.


Sumber : http://studiomuslim.com/dakwah/usrah-dan-naruto/

Jumlah Pengunjung