22 June 2009

Apa? PEPIAS? macam Tempias je?

Sahabat-sahabat, teman-teman warga PEPIAS sekalian. Kenapa anda menyertai PEPIAS? Apa itu PEPIAS? Apa yang PEPIAS lakukan?

Beberapa kali saya ajukan persoalan ini kepada ahli. Kenapa? kerana saya berasa kasihan melihatkan adik-adik yang berasa lemah semangat bila mana program yang dianjurkan tiada mendapat sambutan. Tetapi tetap selepas itu adik-adik ini meneruskan kebersamaan mereka bersama PEPIAS. Saya bimbang bagi adik-adik yang baru, anda akan letih. Kenapa? Kerana anda tidak jelas dengan apa yang anda lakukan.

Beberapa ahli menyatakan mereka tidak faham setiap kali saya meluahkan sesuatu secara umum. Kata mereka saya terlalu berlapik. Herm.. mari saya cuba.


Andaikan anda punya kenderaan yang penuh minyak dan lengkap serba serbi. Satu sahaja yang tidak dicukup. Kemana ingin dipandu kereta ini? Baiklah kita pandu sahaja kereta ini asalkan bergerak. jadi kemana pengakhiran anda? Kalau tanpa panduan, minyak mungkin habis dan anda tersesat entah dimana.

Letihkan? mencari-cari tiada jalan keluar. minyak pun dah tak ada. faham ke?

Baik. Mari kita mula dengan mengenal tentang kenderaan kita terlebih dahulu.



PEPIAS merupakan singkatan bagi Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan. Ia adalah sekumpulan pelajar Islam yang berada di negeri Selangor yang bersatu bagi mencapai matlamat yang sama.


”Hendaklah kamu tolong menolong dalam kebaikan dan ketaqwaan, dan janganlah saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras dalam hukuman-Nya.” (Al-Maidah: 2)

"Hendaklah terdapat antara kamu segolongan yang menyeru dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Itulah golongan yang berjaya." (Al-Imran: 104)

“ Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh “ (As-Saff : 4 )


Matlamat adalah tujuan perjalanan. PEPIAS bermatlamat menjadikan masyarakat Selangor mengamalkan Islam didalam segenap ruang hidup.


“Pada hari ini telah disempurnakan bagimu Din (agama) kamu dan telah dicukupkan ke atasmu nikmatKu dan Aku redho kepadamu Islam menjadi Din (agama).” (Al Maaidah: 3)

"Sesungguhnya agama (yang diridhoi) disisi Allah Hanyalah Islam”
(Ali Imran: 19)


"Barangsiapa mencari agama selain dari agama ISLAM, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi."(Al-Imran: 85)


Bagaimana nak capai tujuan tersebut? Itu adalah cara mengendalikan kenderaan supaya sampai ke tempat yang dituju. Bagi mencapai tujuan di atas, PEPIAS perlu melaksanakan agenda-agenda berikut:

1. Mengajak masyarakat Selangor kembali mentauhidkan Allah.
2. Mengajak masyarakat Selangor belajar, amalkan, dan istiqamah dengan ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam segenap segi hidup.
3. Menangani isu kebajikan dan pendidikan rakyat negeri Selangor bagi menghidupkan misi rahmatan lilalamin.

Baca ini dahulu. Tak faham tulis kat komen. Saya akan sambung kemudian supaya anda tidak bosan.

No comments:

Jumlah Pengunjung