31 January 2009

Terima Kasih

Assalamualaikum saudara saudaraku sekalian. Terima kasih di atas komen komen anda. Saya akan terus menulis semoga komen anda akan membantu saya membuat keputusan yang baik dalam memacu PEPIAS agar ia terus relevan kepada Umat. Terima Kasih

4 comments:

Ciptaan Terhebat said...

Mr. Presiden...

Sila buat pilihan, adakah anda percaya pada apa yang anda lihat atau anda lihat apa yang anda percaya?

Jawab dengan jujur...

Awang Nyor said...

Assalamualaikum. Selamat pagi. Saya doakan abg sihat & bersemangat selalu. Erm.. tak brape paham gak. kenapa ayatnye mendesak? Sila buat pilihn? saya terikat untuk buat pilihan ke?

Maap bang tp ni jawapan yg saya paham. hu2. Jangan mara.(^_^)Manusia ade batasan pemikiran dan penglihatan. Jadi itu turunnya wahyu. Banyak yang diceritakan tentang alam ghaib menguji keyakinan. Saya sendiri pun lalai pd hari ini sebab tak yakin sungguh2 ape yg bakal berlaku di hari pengadilan kelak.

Saya tahu mati pasti, tp tak bersedia. Manusia rata2nya hanya percaya pd apa yg dapat dirasa oleh pancaindera. Sebab tu dlm Al Quran selalu dikisahkan org kafir yg memperolok adanya hidup selepas mati.

Saya percaya pada apa yang saya lihat: itu maksudnya saya menyedari apa yg berlaku dalam lingkungan keluarga PEPIAS. aktiviti yg dijalankan, usaha2 yg cuba digerakkan, masalah2 dan konflik yg menimpa ahli. Itu boleh dilihat pada kertas kerja dan pd pelaksanaan program.

Saya lihat apa yang saya percaya: itu pula bermaksud saya faham apa yang berlaku adalah bukan perkara luar biasa. Ianya adalah faham hakikat kepada apa yang zahir. Ia adalah pandangan dan pemahaman disebalik apa yang berlaku.

Saya yakin dan percaya dan kami seluruh pimpinan kanan sedar bahawa kami perlu memberi Masa kepada diri kami sendiri. Apa yang berlaku memang mengajar kami dan kami belajar. Belajar satu2, langkah demi langkah dan kami maju!!

Saya yakin dan percaya dengan mata dan diri saya yang berada didalam lingkungan ahli dan pimpinan lebih tahu dan lebih arif apa yang berlaku. Satu perkara yang buruk yang telah melanda kami ialah pembaca2 blog dan orang luar percaya dgn apa yg dilihat sahaja. Itu yang dilihat sahaja. Bukankah manusia itu terbatas? penglihtannya tidak dimana2 dan pada bila2 masa? Mungkin penilaiannya belum cukup menyeluruh.

Bila ditanya perasaan kita tentang palestin, takkan sama dgn jawapn yg diberi oleh orang palestin sendiri.

Apa yang berlaku normal. Ahli2 yang ada memang perlu bimbingan. Mungkin dulu kelemahan mereka tertutup dengan pimpinan tanio abang, tp kini semuanya terserlah dan kami merasa bertanggungjwb utk membetulkan semula dgn izin dan hidayah yg Allah berikan. Kefahaman ahli masih kurang, kabur dan perlu diperjelaskan.

Apa yg terbaik pada ahli PEPIAS ialah mereka sanggup belajar dan diajar. dan mereka belajar!!

Cuma masa dan kesabaran juga azam yg kental diperlukan. Itu sahaja.

Amacam bang? Ade bakat tak? (hu2 ujub) (^_^). Nanti2 abg respon lg tau. Saya nk nilai diri. Terima Kasih bnyk2 kprihatinan Abg. Ceria2 selalu.

radin fatihah husna said...

1)Kalau tak percaya, lihat tak? - Asas kepada percaya, apa ya? Dengan melihat ke?

2)Kalau dah lihat, tapi tak percaya jugak? - MAta kan menipu...

3)Zul, bakat jugak ko menggoreng ni... bagus... ada isi... bagus..

akutaktahu said...

penglihatan dan kepercayaan kadang kala menipu...

pilihlah yang terbaik...

p/s : anak siapa la ni ye??? ada hikmah dalam ayatnya...tp hujung3 tu ada ujub (mengaku pula) ye??? heheh

Jumlah Pengunjung