Salam Perjuangan
Baik sekali pilihan bahasa ungkapan dan istilah yang di ketengahkan fikrah imayu itu. Pada kali ini, mungkin tertarik untuk ana lebih membincangkan isu berbangkit yang menampakkan kelesuan PEPIAS hari ini.
Baru 2 bulan lebih, belum pun sampai usia 3 bulan, PEPIAS telah menampakkan kelesuan yang amat membimbangkan. Perjalanan PEPIAS nampaknya tiada aturan serta perjalanan kepimpinan pudar dan tiada hala tujuan pergerakan. Apakah puncanya agaknya? Ana cuma melontarkan pandangan dan ana sudah bersedia untuk idea atau pandangan ini *ditong sampahkan. Namun, tidak sesiapa menyedari atau berjaya menyelami masalah ini. Mereka seperti buta, tuli dan bisu serta cacat anggota dalam mendepani keadaan ini. Benarlah sabda Nabi bahawa, diakhir zaman ini umat Islam adalah ibarat buih yang bertaburan dipantai, ia hilang begitu sahaja.
Budaya Kebutaan dalam PEPIAS
PEPIAS telah mula buta kerana tidak melihat dengan mata hati. Buta bukan bermakna tidak nampak jalan, tetapi tidak mampu menilai setiap permasalahan, isu dan perkara berbangkit dengan mata hati yang bersih. Keindahan mata yang Allah ciptakan terus menampakkan sesuatu perkara yang hanya dipandang dengan mata dan nilainya dapat dikira. Peranan PEPIAS dalam masyarakat hanya dinilai dengan apa yang ada dengan PEPIAS secara fizikal sehinggakan setiap apa yang dilakukan perlukan sesuatu nilai pencapaian. Apabila mata kita mula ditutup dengan material, maka selagi ia tidak dipenuhi maka, tidak ada kerja yang akan dilakukan sehinggalah ia dipenuhi. Matlamat kita menentukan bagaimana cara kita bekerja. Niat menentukan untuk apa kita bekerja.
Budaya Ketulian dalam PEPIAS
Tidak mendengar nasihat. Pandangan ditolak mentah sedangkan seorang pemimpin perlu diberikan nasihat dan atas nasihat itulah mereka membuat keputusan. Tetapi hari ini, budaya mendengar dengan baik ini tidak lagi diutamakan. 'Pandangan aku paling baik, pandangan korang salah'. Apa yang berlaku sebenarnya? Apabila seorang pemimpin tidak diberikan 'WALA'' sebetulnya oleh pimpinan yang lain kenapa? Kerana idea itu boleh ditong sampahkan sahaja. Apabila seorang pemimpin hanya mendengar mulutnya sahaja yang berkata-kata, maka sedarlah kita bahawa, pemimpin itu hanya mengutamakan dirinya berbanding orang dibawahnya. Ingatlah, pemimpin bukan ketua tetapi hamba Allah yang diberikan amanah. Gagal pemimpin mendengar nasihat dari orang bawahannya, maka akan pincanglah organisasi. Pada masa yang sama, gagal orang bawah untuk mengutamakan kata-kata dan amanah pemimpinnya, kesannya juga pada organisasinya. Kenangkanlah apa yang berlaku di UHUD, bukan salah yang memimpin, tetapi tulinya mereka yang dipimpin.
Budaya Kebisuan dalam PEPIAS
Apabila datang ke mesyuarat kita memilih untuk diam kerana kalau kita bercakap maka orang akan suruh kita buat. Kenapa gagal? Kerana, apabila keputusan dibuat oleh ketua, pengikut perlu berikannya alternatif tindakan dan siapa yang mampu lakukannya. Apabila tersalah keputusan yang dibuat, salahnya kepada pengikut yang gagal memberikan alternatif kepada ketuanya. Adakah pengikut tidak akan bersama ketuanya apabila keputusan dibuat? Tidak jawapannya. Kerana tanggungannya adalah bersama. Bercakap untuk kebenaran adalah lebih utama dari bercakap untuk menang. Bercakap untuk keputusan yang tepat lebih utama dari bercakap untuk betul. Bercakap untuk agama mu (ISLAM) wahai adik-adik ku lebih utama dari bercakap untuk kepentingan peribadi.
Budaya Cacat Anggota dalam PEPIAS
Sekiranya datang orang yang cacat penglihatannya, telinganya dan percakapannya. Adakah dia tidak sempurna? Benar, mereka tidak sempurna disisi manusia tetapi tidak Allah. Malangnya adakah kita semua mendapat penilaian yang tetapat disisi Allah. Adakah dengan berdiam diri amalan kita diangkat? Adakah dengan tidak mendengar amalan kita diterima? Adakah dengan tidak berkata apa-apa kita akan selamat dari neraka-NYA? Cacat anggota inilah punca kegagalan kita berfungsi. Bayangkan, Apabila kita ada kepala dan otak di atas tubuh kita, tetapi tangan, kaki dan seluruh anggota lain tidak mampu dikawalnya, adakah ia dinamakan Manusia? Inilah organisasi kita, ada ketua tidak diberikan 'WALA' maka pincanglah jalannya. Si ketua nak menuju ke tempat lain tetapi kaki yang berjalan membawa kita semua ke tempat lain. Susahkan?
Bila kita tinggalkan dunia, semua mereka akan bercakap dan membongkarkan rahsia, adakah kalian rasa, rahsia di dalam hati itu dapat disimpan selamanya? Allah Maha Mengetahui... Fikirkan dan TUNE-lah diri kita
15 comments:
Tahniah Ciptaan Terhebat kerana berani meluahkan realiti yg terjadi dlm PEPIAS. Artikel spt ini perlu dipandang serius & bukan sekadar di tong sampahkan.Keseluruhan ahli PEPIAS termasuk saya sendiri perlu menyedari realiti yg berlaku sekarang dan harus menerima segala kritikan secara professional.
Hakikatnya seperti yg lepas2 PEPIAS mampu bangkit dgn adanya kritikan2 yg pedas namun berguna. Jika kita tidak dpt menerima kritikan spt ini, sesungguhnya mmg benarlah kita ini tergolong dlm golongan tuli spt yg termaktub dlm artikel ini.
Apa yg saya harapkan, berilah pandangan kpd kami yg telah "bersara" ini, bagaimana kami blh menyumbang kpd PEPIAS.
P/S : Bersara bukan dr bidang dakwah ye...walau di mana pun kita berada,amanat & sunnah Rasulullah S.A.W. tetap diteruskan.
Tahniah kepada PEPIAS kerana masih mengekalkan penulis persadapepias(bila la penulis-penulis ni nak turun pangkat ye =P memandangkan kebanyakannya adalah mantan pimpinan). Tahniah buat tokzam,ciptaan terhebat a.k.a Kam, Fikrah Imayu a.k.a radin kerana terus menulis di dalam blog ini walaupun sudah 3 bulan tidak dalam pimpinan.Saya? saya memilih untuk tidak menulis lagi di sini kerana merasakan bahawa sudah masanya adik-adik kita diberikan keutamaan memberikan pandangan di sini.Mungkin sudah masanya blog ini sendiri diserahkan kepada adik-adik untuk dikemaskini.
Merujuk kepada artikel ciptaan terhebat ini saya merasakan sudah masanya kita MELIHAT SESUATU berdasarkan apa yang NYATA dan KUKUH bukannya berdasarkan kepada penilaian pengaduan segelintir adik2 'ikan emas' kita atau drpd pandangan sahabat2 jauh atau drpd pandangan kita yang masing2 sudah jauh dari bumi PEPIAS.
Mmg benar sindrom buta,tuli,bisu dan cacat anggota ini telah menyerang.Ianya tidak menyerang adik-adik kita sahaja,bahkan telah menyerang kita sendiri.
Kita sendiri menilai buta atau tidaknya ahli PEPIAS melalui penilaian fizikal kita. Kita sendiri menilai ketulian adik-adik kita melalui penilaian fizikal dan kita menilai kebisuan dan cacat anggota ahli kita melalui penilaian fizikal.
Sudah 3 bulan adik2 ni di bawah pimpinan baru, tetapi bagi saya yang melihat dari jauh ini, persembahan adik-adik ini sebenarnya mengkagumkan. Di saat mereka memerlukan Abg Kam dan Abg Zam untuk menyuntik idealisme kepada mereka,mereka terus memacu PEPIAS mengikut acuan yang lebih relevan dan teratur.Buktinya 17/1/2009 melihat matlamat,halatuju dan visi pepias telah dikemaskini.Motto PEPIAS jg telah diperbaharui.
18/1/2009-hutan batu KL sentral menjadi sejarah buat adik-adik kita ini kerana berjaya melakukan 'marahil' dengan mengedarkan broshur 'Selamatkan Palestin' dan mengimamkan solat zohor dan solat hajat di surau KL sentral.Dengar cerita polis siap tangkap dan menegur supaya tidak mengedarkan broshur dan flyers tetapi adik2 kita terus mengedarkan ia di luar KL Sentral. Saya pun sendiri dah lama tak berbuat begini.
sy lebih tertarik kepada penyataan saudara Erwan yang bertanyakan apakah yang sepatutnya kita sebagai yang sudah meninggalkan PEPIAS ini
lakukan? Kita seringkali mengharapkan adik2 kita melakukan yang terbaik,tetapi sejauh mana terbaik kita sudah lakukan untuk masyarkat di luar sana.
Semalam, berjalan membawa keluarga ke kenduri 2 sepupu di Sabak Bernam,sepanjang perjalanan ditunjukkan Allah sekolah2 yang pernah pergi untuk menjalankan program, seawal dari Shah Alam,Klang, Meru,Kapar,Tg Karang,Sg Besar,Sekinchan,Sg Buloh,Ampang,Cheras dan Bangi sehingga diperli adik setiapkali melintasi sekolah hatta sekolah Jenis Kebangsaan 'Sekolah ni apa nama dia plak Abg Mi???'
Namun pg ini sy memikirkan betapa sepanjang perjalanan dakwah dari 99- 2009 ini adik2 sekolah manakah yang masih bersama dengan aku,sahabat-sahabat yang masih bersama aku,senior dan junior yang masih bersama aku. Bukti jelas sindrom buta,tuli,bisu dan cacat anggota ini telah menyerang saya terlebih dahulu sebelum menyerang orang lain...
Mg kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah
WaAllahua'lam
waAlaikumussalam
Ana tidaklah mahu mendabik dada atau merasakan yang ana telah berjaya... tetapi ana percaya... Ana telah merasakan keseronokan melihat adik-adik disekolah memulakan langkah mereka di dunia fasilitator... Aku Tak Tahu bagaimana?
Terima kasih atas respon semua dan ana berharap anda juga tidak membaca artikel ini dalam keadaan 'buta'...
Ana pernah diingatkan oleh senior-senior PEPIAS 'dulu-dulu'... bukan kita tanya apa jemaah boleh bagi pada kita tetapi apa yang kita boleh bagi kepada jemaah...
PEPIAS memang bukan lagi untuk kita bang... Tetapi Islam masih kita pikul bersama... Apa nilaian ilmu adik-adik ni agaknya?
Adakah dengan dengan 2 tarikh itu telah berlaku perubahan? Alhamdulillah, mudahnya kita simpulkan... Buka mata yang buta itu, besarkan telinga yang tuli itu... Lihat dengan mata hati...
Adik-adik, kalian semakin dilalaikan dengan kesibukan mengejar kesibukan dunia berbanding tanggungjawab dakwah mu... Perbaikilah
Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya.. dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.
"Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?"
Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab... "ha'ah"
Pelancong itu tidak faham perkataan 'ha'ah'.
Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan. . melintaslah pula seorang remaja di depannya.
Lalu sekali lagi dia bertanya..
"Maaf dik.. tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini adalah jalan
Pasir?"
Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, "Benar"
Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan 'benar'.
Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.
Masih dalam kebingungan, melintaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya
"Maaf encik.. saya tumpang tanya... Apa betul nama jalan ini Jalan
Pasir?"
Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, "Betul."
Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya. . dia bertanya lagi..
"Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya
'ha'ah'.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya 'benar'. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab 'betul', tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?"
"Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab 'ha'ah' bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje... Kalau yang menjawab 'benar', orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab 'betul' itu pastinya orang itu ada sarjana," jawab orang dewasa itu...
"Jadi.. Anda tadi menjawab 'betul', bererti anda seorang sarjana ya?"
tanya Pelancong lagi..
Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, "ha'ah"
Mg menjadi iktibar.....
saya? harapan saya tidak ada lebih melainkan mengharapkan adik2 program menjadi orang yang lebih baik dan saya rasa inilah kepuasan yang semua daripada kita inginkan.Bila menjadi sebagaimana kita itulah kredit tambahan buat usaha-usaha kita,lagipun abg ni skrg aktivis professional muslim akauntan..lebih mengharapkan ramai orang Islam menguasai bidang ni...tahniah utk kam kerana terus berada dalam bidang kefasilitatoran dan terus memperbaiki pengurusan dan perencanaan fasilitator muslim di IQ Class Mgmt. Adik2 PEPIAS sepatutnya mencontohi Abg Kam ni..
Maka kita yang buta,tuli,bisu dan cacat anggota ini seharusnya memperbaiki keilmuan kita,jatidiri kita agar selaras dengan jatidiri seorang khalifah,hamba dan dai yang sebenar.
Nilaian ilmu adik-adik ni? Kita tanya balik diri kitalah sebagai senior,apa yang telah dididik dan diterapkan buat adik-adik ini...programkah? ilmukah? wahdatul fikrkah? Rasanya kita pun silap sebab lebih banyak memperkenalkan adik-adik ni dengan program tanpa penjelasan yang sebenar-benar jelas tentang keperluan keberadaan sebagai ahli gerakan.
Kita ini umat akhir zaman, dan kita ini sebenarnya sedang membenarkan kata-kata Nabi S.a.w bahawa keadaan kita akan sebegini.anjuran saya agar kita terus menjadi khalifah,hamba dan dai yang baik di mana sahaja kita berada.
positionkan diri anda,positionkan dalam aqal dan hati kita bahawa di setiap bidang dan di setiap ceruk muka bumi Allah ini masih ada orang-orang yang sefikrah dengan kita, jangan kita menidakkan kewujudan mereka-mereka ini.
Perubahan mungkin tidak berlaku,perubahan mungkin jg akan berlaku,skrg yang paling penting bukanlah diruntuhkan jiwa dan rasa adik-adik ini,tetapi bangunkan hati adik-adik ini dengan iman,amal dan jiwa Islam.
kita seringkali mencari silap
kita seringkali merasa silap
kita seringkali merasa geram
hanya kerana adik2 tidak begitu baik sebagaimana kita,janganlah diukur itu sebagai gagal.Beri masa untuk mereka,DIDIK mereka.
Teguran hendaklah berhikmah..
adik-adik ni bukan macam adik-adik zaman dolu-dolu...
adik-adik ini perlukan tunjuk ajar
buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
adik2 ini masih belajar
kita di sini tolonglah ajarkan
WaAllahua'lam
p/s : terasa dan masih merasakan adik-adik ini melihat blog persadapepias ini adalah medan untuk senior dan bukan untuk mereka berbicara,menulis dan berkarya....
Assalamualaikum kepada jemaah sekalian..
Tahniah saudara Kam kerana 2 perkara:
1- Atas teguran dan nasihat yang diberikan walau sudah tiada jawatan di dalam organisasi. Saya sendiri sudah jarang menegur melalui penulisan(oh..dah jd makin pemalas nih)..berfikir masalah umat ni kerja nabi dan rasul2, jadinya, walaupun kita bukan nabi atau rasul, paling tidak ada juga usaha untuk fikir masalah umat.
2- Kerana sudi,redha dan sedia jika segala pandangan dan teguran "dibakul sampahkan"..ini adalah pegangan yg amat sukar untuk dilakukan. Sudah tentu ia senang dilafaz tapi susah nk membuatnya(dalam kes ini - menerimanya).
Kerana nilaian dakwah, pesan atas kebenaran dan kesabaran, bukanlah bila orang mendengar dan melakukan apa yg kita sampaikan, tetapi sebanyak mana kita sendiri yang mengamalkannya.
Begitu juga, melihatkan tulisan beberapa orang abg2 kita disini, yg dah tahap "tua daun keladi" tapi masih sudi dan cekal dalam memberi pandangan, baik yg menyokong atau yang kritis. Semua ini ciri2 yang amat baik sekali untuk dicontohi, elok dari golongan "tua daun keladi", "muda pucuk rebung" atau rakyat jelata dan golongan marhaen segala bagai..
Subhanallah!! Maha Suci Allah, Kagum dan takjub saya melihatkan abg2 kita yg dah tahap "tua daun keladi" tetapi masih menyumbang, dengan menulis artikel dan melontar pandangan, walau sedar tulisan ini mungkin ditolak, mungkin dibakulsampahkan, atau mungkin tidak langsung dibaca lantaran ia tidak sesuai dengan peredaran masa..
Saya kagum kerana walau mereka adalah orang lain dalam hidup kita, walau mereka tiada kaitan darah dengan kita, walau mereka bukan saudara kita atau ada kena mengena dengan kita, namun mereka masih sudi memberi pandangan bagi melihat kita ini menjadi lebih baik, menjadikan kita sentiasa beringat, menjadikan kita sebahagian dari hidup mereka dan menjadikan kita bagai satu keluarga...ini suatu yg sukar, PERCAYALAH!!
Beberapa tahun akan datang, kita akan berada diluar dari jemaah kecil yg bernama PEPIAS ini, dan berada dalam jemaah besar dinamakan Umat Muhammad- Umat Islam, orang yang bertuhan kepada Allah, orang yg mengikut sunnah Rasulullah..
Pada waktu itu, adakah keluarga ini akan hilang akrabnya, hilang hibahnya, hilang bahagianya, dan lebih penting adakah keluarga ini akan hilang kerana hilangnya perasaan "kekeluargaan" sesama ahli?
Mudah-mudahan ia tidak berlaku selama mana kita masih bernyawa..
TQ...
Apa yang terjadi dgn pepias skrg ni?? saya tak tahu apa-apa pun.. agak hangat jugak ni.. main tembak-tembak pulak.. pimpinan sekarang taknak jawab balik ke?? mungkin pimpinan skrg ni TAK HEBAT mcm abg2 ni dulu.. tp abg2 ni dulu dpt jadikan pepias ni hebat sgt ke? hmmmmmm.... yang penting skrg ni apa sumbangan kita? bnyk sgt ke yg kita dah menyumbang? dan buat pimpinan skrg publish sikit apa yg korg dah buat, biar semua org puas hati..
Akar nibong meresap,
Akar mati dalam perahu,
Terbakar kampong kelihatan asap,
Terbakar hati siapa yang tahu.
Bila orang yang memberi nasihat meletakkan harapan agar nasihat itu diterima, haruskah orang itu berduka bila mengetahui nasihat itu ditolak? Peralihan kuasa daripada yang tua kepada yang muda sama-sama dipersetujui, sama-sama disepakati, dan sama-sama mengucapkan syukur, kenapa timbul pula buta, tuli, bisu dan cacat? Baru 2 bulan memulakan tugas, sudahpun dilabel sedemikian rupa, kenapa harus ditensionkan pimpinan2 baru ini dengan luahan terbuka sedemikian? Bayi yang baru lahir pasti perlukan pertolongan sebelum mampu berdiri dengan kaki sendiri, tp pertolongan itu mestilah secara lembut dan berhikmah agar bayi itu tidak merasa sakit lalu menangis. Dan si bapa pula perlulah bersabar menanti bayi itu untuk berjalan, bukan dipaksa2, dimarah2 dan dipukul2 agar bayi itu cepat berjalan. Tetapi kita ini manusia biasa, yang sentiasa ada kelemahan dan kelebihan, sentiasa tempuh kesusahan dan kesenangan, sentiasa berdoa mengharapkan belas kasihan dari yang Esa. Dan itulah yang mematangkan setiap insan.
Pelik tetapi benar. Baru 2 bulan pimpinan menjalankan tugas, dah di komplen sehebat ni sekali? 2 bulan tu apalah yang mampu pimpinan lakukan sgt melainkan masih dlm proses permulaan,kalau nak dibandingkan dengan 2tahun tampuk pemerintahan. Atau pimpinan2 lama dulu masa baru 2 bulan diangkat, sudahpun berjaya melompat atas bangunan? Berilah pimpinan2 baru ini sedikit masa untuk dapat establish dgn lebih berkesan. Bukan kelesuan yang ingin ditunjukkan dlm masa 2 bulan ni, tetapi perencanaan yang lebih berkesan sedang diatur supaya tidaklah ada nanti kepincangan yang boleh menyebabkan ramai ahli2 terkeluar dari landasan. Atau kelesuan itu sbnrnya bermaksud tidak melibatkan dan tidak memberi wala’ kpd senior2 yang hebat??
Rahsia apa sbnrnya yang bersorok dlm hati? Tidak ada rahsiapun.Orang dalam selimut aman bahagia akan tetapi termangu-mangu pulak dek bualan diluar selimut menceritakan perihal org didlm selimut. Jangan kita yang berada diluar membuat spekulasi dgn sewenangnya kerana spekulasi itulah yang akan menanam pemikiran negatif sesama ahli. Kepercayaan skrg merupakan tunjang kepada ukhwah yang ada, hilang kepercayaan maka hilanglah ukhwah, bila ukhwah telah hilang maka apa akan terjadi boleh difikir sendiri..
“Yang sudah tu sudah laa.. kita ada banyak lagi agenda yang perlu kita selesaikan.. ekonomi yang kena tangani, kewangan yang perlu dikukuhkan, kaderisasi yang perlu ditambah, tarbiah yang perlu dikuatkan, helwani yang perlu dijaga dan bnyk lg.. ini yang patut kita jaga.. kita sebenarnya adalah sama jadi jgnlah kita mencela sesama kita. Allah telah menerangkan dgn jelas dalam surah At-Tin bahawa kita dijadikan dgn sebaik2 darjat di muka bumi ini jadi jgnlah kita menghina dgn sehina2 makhluk dan kejadian. “MENYEMAI IDEALISMA PERJUANGAN, MENYUBUR DAKWAH BERTERUSAN”.
-Suara hati Bendahari Agung dan Setiausaha Agung-
Salam Perjuangan,
Bila membaca tajuk "melihat kepada keperluan dan keutamaan" sy amat tertarik untuk terus membaca kerana mungkin persoalan fiqh awlawiyat yang akan dibincangkan.
rasa sedikit kecewa dengan isi artikel ini yang menunjukkan sikap kita yang suka melabel dan menghukum.
saya tahu rasa cinta ciptaan terhebat (CT) kepada pepias dan gerakan Islam amat tinggi tapi bagi saya budaya melabel dan menghukum ini perlu dihindari jauh2 dari diri daie.
niat Ct untuk menegur dialu-alukan tetapi bahasa yang ditutur tidak sesuai dan boleh menghiris perasaan orang lain.
walaupun CT melihat PEPIAS sekarang ni lesu etc adakah CT merasa semasa CT menjadi pimpinan, PEPIAS sudah hebat sangat? berada dimercu dunia? berjaya melakukan apa yang patut dilakukan?
bagi saya beri mereka masa, peluang dan kepercayaan untuk memimpin, kalau mereka minta nasihat, berilah nasihat dengan sehikmahnya, kalau mereka buat salah ada cara dan bahasanya untuk menegur, dan bukan dgn cara begini. saya setuju dgn akutaktahu bahawa pimpinan sekarang yang perlu/wajib menyumbang artikel dalam blog ni dan yg senior ni memberi komen sahaja.
tidak ada bahasa lainkah yang lebih hikmah selain dari buta, tuli, bisu dan cacat? atau apakah bahasa ini sahaja yang sesuai untuk melabelkan pimpinan sekarang?
Wallahua'lam
Masuk hutan berburu musang
Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang
Ayam di sangkar disambar helang
Sampan kotak mengapa dikayuh
Hendak belayar ke tanah seberang
Patah kepak bertongkatkan paruh
Pantang menyerah di tengah gelanggang
Asap api bergulung-gulung
Anak buaya terlampai-lampai
Hajat hati nak peluk gunung
Apakan daya tangan tak sampai
Bunga chempaka di laman orang
Mari dipetik si hitam manis
Senyum dimulut nampak tersergam
Hati didalam mengapa menangis
Kuda kepang kulayang-layang
Berjoget indah mengikut rentak
Kupandang wajah kusenyum sayang
Hati didalam dihentak-hentak
Bunga seroja dipinggir kali
Mari disunting si anak dara
Anak kecil baru berdiri
Jangan disangka pandai mengira
Buah berangan masaknya merah
Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
Luka di hati siapa tahu
Kuih karipap kuih donat
Sedap dimakan oleh kakak
Hidup ini perlu beringat
Supaya tidak menangis kelak
Saya tidak menanam nenas
Tanam kepaya di dalam padi
Saya tidak memandang emas
Budi bahasa yang saya cari
Dua tiga empat lima
Enam tujuh lapan sembilan
Kita hidup takkan lama
Jangan lupa siapkan bekalan
Oleh: AkuNakTahu :-)
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Aku, sebagai hamba-Mu yang hina memohon perlindungan daripadamu daripada rasa yang mengecewakan dan rasa yang menidakkan kekuasaan-Mu sebagai Pencatur segala sesuatu....
Hati, mata, telinga, tangan, lidah dan segala nikmat yang dikurniakan-Nya, kitalah yang menjadikan ia baik dan juga sebaliknya. Kitalah yang mencorakkannya dengan ilmu dan amalan, tetapi ingatlaj kita – Allah jualah yang Maha Mengetahui Lagi Maha Hebat Perancangan-Nya...
Alhamdulillah...
1) Masih lagi ada yang sudi melihat kami dengan ketulusan hati (mata ke-3) yang dikurnia Allah. Yang nilaiannya, hanya Allah jualah yang menentukannya... Tiada kata yang lebih indah untuk diungkapkan, selain daripada, didoakan untuk kita menggunakan nikmat ke arah kebaikan dan didoakan usaha kita semua dirahmati-Nya.
2) Masih lagi tiada peperangan saudara yang meletus di antara kita (adik2) dan senior2 yang ada. Saya mohon kepada diri sendiri dan kepada sahabat2 yang tutut sama berjuang, sama2 lah kita mengingati untuk menghormati yang tua dan menyayangi yang muda. Kitalah penyambung warisan perjuangan Islam. Tiada lain yang akan dipersoalkan kelak selain daripada – di manakah telah kita gunakan umur muda kita?
Subhanallah...
1) Yang menjadikan setiap hari kita hari yang sentiasa memberi pengajaran secara langsung dan secara tidak langsung. Gunakanlah kebijaksanaan yang Allah kurniakan, untuk kita sentiasa MELIHAT dengan mata ke-3 yang dikurnia Allah. Biarlah apapun yang terjadi, biarlah apa pun yang dikata, marilah kita, rakan2 seperjuangan saya sekalian, tidak mudah merasa lelah dan lemah. Kita bersama bergandingan, melakukan sekadar yang termampu, yang ukuran nilaiannya, hanya Allah yang layak menetapkannya..(^_^)
2) Yang menjadikan hati ini penuh dengan pelbagai rasa, yg pasti kami juga ingin melampiaskannya mengikut situasi yg terjadi. Tapi para sahabat seperjuanganku sekalian, Sama2 lah kita saling mengingatkan sesama kita dengan telusnya, apa yg sepatutnya kita lakukan dan dengan cara bagaimana untuk kita berhadapan dengan kata2 orang sekeliling yang pasti sentiasa memandang kita selaku pucuk2 muda yg bakal mencorakkan perubahan atau kekal sebagaimana yang dikata.
Wal’iyazubillah..
1) Daripada segala kejahatan yg nyata dan tersembunyi. Daripada segala bisikan kejahatan daripada syaitan laknatullah...
2) Rasa kesedihan dan rasa kejatuhan dan rasa tidak dapat menerima kutukan2 yg dtg. Jika kita tidak dapat menerimanya, maka benarlah seperti yg dikata – butalah, tulilah, bisulah kita ini sebagai pimpinan muda yg sewajarnya berjiwa kental, berhati kering; tidak mudah merajuk dan tidak mudah keciciran...
Sahabat2 seperjuanganku sekalian, kekuatan daripada Allah yang diharapkan. Pergantungan kepada Allah lah sebenar-benar yg diharapkan. Ingatkan saya jika sya terlupa. Sama2lah kita memberi kekuatan sampingan kepada sesama kita. Mohonlah kekuatan daripada Allah, supaya kita sama2 bijak dalam tangani segala hal, supaya kita tenang tangani segala yg mendatang, supaya kita sentiasa tersenyum dengan ujian Allah...
Mohon ampun dan maaf kepada semua di atas kekurangan dan keterlanjuran daripada pihak kami. Apa yg diinginkan hanyalah tunjuk ajar dan kejujuran dalam berjuang...
Salam perjuangan, salam ukhuwah fillah...
Salam’alaik.... (^_^)
Salam... Saya bersetuju dengan sdra zamani. Saya tertanya2 apa tujuan artikel ini dibuat, provokasi atau jujur. Pada saya, sejahat2 Firaun pun masih didakwah dengan hikmah, kenapa tidak adik2 pimpinan diberikan sedemikian?
Subhanallah...
1) Ana tidak pernah melihat perbincangan serancak ini, ana bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kalian kerana memberikan respon penulisan saya ini. Ini semua hidayah Allah untuk kita. Hidayah Allah tidak diperolehi dari hati yang dimatikan dari semangat jihad dan melupakan Allah, tetapi dari hati yang subur dan sentiasa mencari keredhaan-NYA.
2) Ana ucapkan jutaan terima kasih atas penerimaan kalian walau bagaimana sekalipun pemahaman dan persepsi kalian apabila membaca post ini. Ana redha dan bersedia sepenuh jiwa untuk idea ini dikritik dan diperbahaskan. Ana menulis atas dasr prihatin dan ikhlas tanpa niat provokasi atau menghina sesiapa.
Ana harap kehangatan dan kesungguhan kalian mempertahankan PEPIAS adalah atas dasar jamaah, haraki dan kepentingan agama Islam. Medan kita tidak habis di media ini sahaja kerana apa yang dilakukan disini, tidak akan mengangkat tanggungjawab kita sebagai pendakwah. Kerana apa? Kerana dakwah ialah berkaitan dengan perhubungan sosial antara dai dan mad'u. Di cyber maya ini, ia hanya ada perhubungan tetapi tiada sosial.
Terima kasih...
Assalamualaikum
Kita mesti terbuka dengan segala yang ada. Ada beberapa perkara yang perlu diteliti.
1.Adab dalam menegur.
Blog ini mungkin satu wadah untuk menegur pimpinan tetapi sebagai adbnya tegurlah dalam saluran lain. Tidak adakah ruang untuk senior atau mantan hadir usrah pimpinan pepias....sehingga perlu teguran dibog ini.. tapi ini tidak bermakna coretan ini perlu ditongsmapahkan..tak perlu, ingat perkataan penulis...selagi kita memberi alasan ...selagi itu kita menutup ruang untuk memperbaiki diri..
2. Kita memang hebat...mungkin saya tak nak apa yang dirancang oleh PEPIAS pusat dalam 2 bulan..takpe istilah baru dalam pimpinan, istilah bayi...semuanya ok..saya tak nampak kelesuan ..tapi itu bukan untuk keselesaan pimpinan. Perjuangan perlu diteruskan dalam hal..yang buta di rawatlihatkan ..yang tuli dirawatdengarkan..yang cacat dirawatpulihkan..masa penentu...
PERJUANGAN DITERUSKAN
DOA MENGIRINGI PERJUANGAN....
Terima kasih dan ana amat hargai...
Bukan mudah untuk berbuat berbanding kata-kata...
Post a Comment