26 January 2009

Nampakkah kau ku tersenyum? (^_^)

Assalamualaikum buat seluruh ahli keluarga PEPIAS. Ku utus kuntuman senyum manis bak gula, moga terubat wajah masam mencuka. Senyumlah. Sesungguhnya sedekah ini yang paling mudah. Sambutlah salam perkenalan kali pertama dari saya, Mohd Zulhelmi Abdullah, moga dekat antara kita. Berilah ruang kepada saya disuatu sudut di hati anda. Harapannya berputiklah rasa kasih sayang antara kita.

Panjang sekali jalan dakwah yang telah kita lalui bersama. Panjangnya menyebab letih dan sesat. Terlupa dimana jalan kita yang asas. Namun kita terus berjalan. Program program sekolah tetap kita penuhi tetapi hati semakin sepi. Jalan asas yang kita cari tidak jua kita temui. Akal buntu hati kecewa. Tidak sedikit air mata yang mengalir dan tidak sedikit hati yang tercalar. Kita tetap bertemu dalam usrah usrah dan mass gathering, tapi riak wajah tawar.Ramai yang terasa lantas membawa diri. Umat rugi lagi.

Hampir dua bulan saya mencari identiti, maklumlah orang yang tidak pernah menjadi pemimpin. Kerana ramainya ahli ahli mengharap, saya mesti kuat. Badan lemah, langkah longlai, air mata bercucuran. Tetap saya mencari senior senior yang sudi memberi pandangan. Jutaan Terima kasih kepada semua senior yang memberi termasuk di dalam blog ini. Anda sungguh menampakkan saya jalan demi jalan. terima kasih kerana masih prihatin! Tidak kurang juga ahli yang memberi semangat dan sudi berkongsi inspirasi. Harap terus membantu bersama. Andalah kekuatan saya! Jangan tinggalkan saya. Tetapi tidak lupa, sudah tentu Allah yang teragung!

Akhirnya saya temui. Suatu jalan yang telah lama kita lupakan. Itulah jalan yang dirindu oleh semua dan telah lama hilang antara kita. Itulah jalan persaudaraan!

Sesungguhnya PEPIAS sebuah keluarga. Sebuah keluarga yang besar penuh dengan kasih sayang. Anda adalah abang, kakak dan adik kepada yang lain. Saya adalah abang kepada adik adik PEPIAS. Ramainya mencapai ratusan orang. Argh.. pening kepala melayan karenah semua. Biasalah beradik ramai pelbagai ragam. Ada yang baran, ada yang bendul, ada yang perahsia. Tapi tetap kita satu keluarga. Ada yang ceria riang, ada yang senyap tenang, ada yang berlidah tajam. Tetap kita satu keluarga. Ada yang manja, ada yang mengada, ada yang mengadu domba. Masih kita satu keluarga! Jadi jangan risau bila bergaduh. Nampakkah kau ku tersenyum? (^_^)

Apa pandangan PEPIAS kepada masyarakat sekeliling?

PEPIAS memandang rahmat Islam untuk setiap orang. Bila melihat seorang ibu tua diberanda seorang diri, sepi, maka dia bukanlah orang lain. Dia ibu kita! Bila melihat budak budak muda liar berkeliaran diwaktu malam tanpa arah tujuan, maka dia bukanlah orang lain. Dia adik adik kita! Cuma mungkin mereka terabai. Mungkin jua mereka terlalai. Sanggupkah kita membiarkan ibu kita terbiar? Sukakah kita melihat maruah adik perempuan kita tergadai?

Fitrahnya manusia hidup bertuhan. Jiwa masyarakat hari ini kosong minta diisi. Mereka mencari cari tetapi di kelab kelab malam dan di jalan jalan pada waktu malam. Kerana sangka mereka itulah yang mampu merubat hati. Mereka meraba raba mencari pihak yang sudi menyambut dan sudi mengajak tetapi malangnya kita yang menggelar diri dai adalah orang yang punya persepsi. Kita tentukan siapa yang layak masuk syurga dan siapa yang patut masuk neraka. Kita memilih mad'u kita. Umat rugi lagi. Tetapi lebih malang lagi umat kerana dai nya adalah seperti kita! Nampakkah kau ku tersenyum? (^_^)

Kita harus pergi ke celah celah lorong kota, di tepi tepi tong sampah, di kawasan penuh debu dan di kawasan penuh lumpur. Kerana di situ terdapat permata permata yang menunggu untuk dikutip. Kenalkah anda Saidina Umar AlKhattab? Fahamilah! Jangan melabel orang dan jangan memukul rata bahawa semua orang sama. Kita bukan penghukum tetapi pengajak. PEPIAS berkeinginan mendorong setiap umat manusia termasuk diri kita sendiri untuk menarik keluar cahaya yang berkilauan dalam diri. Kita semua punya cahaya yang berlainan warna. Betul caranya, maka bersinarlah pula cahaya itu kepada orang lain. Tiap warna punya fungsi. Bukakankah pelangi itu indah?

Maafkan saya kerana lambat bertindak untuk menulis. Maafkan saya adik beradikku. Maafkan saya Abang abang dan kakak kakakku. Maafkan saya pimpinan kecintaanku kerana anda telah banyak terkorban kerana keadaan. Kerana ia telah membuka ruang perpecahan dan permusuhan. Jasa akan diungkit dan dendam akan tersemat. Harap belum terlambat. Saya serahkan pada anda. Kita ada Allah! kita yang lupakannya. Nampakkah kau ku tersenyum? (^_^)

10 comments:

Ciptaan Terhebat said...

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara...

Indah madah dan kata-kata moga ia sampai ke jiwa setiap manusia yang membaca...

Adik-adik...

Diam bukan bererti berundur, bising bukan bererti berani mati... Laungan semangat Presiden harus disambut dengan hati terbuka dan penuh semangat juang untuk agama...

Kita tidak dikenali kerana apa jasa kita, apa pengalaman kita dan apa yang kita berbuat, kita dikenali kerana Islam agama kita, Allah dalam jiwa kita dan pekerjaan kita hanya untuk umat ini...

Sahutlah seruan Presiden PEPIAS ini, jangan matikan hari kita hanya untuk matlamat dunia yang amat pendek ini...

JL PEPIAS 005/08 said...
This comment has been removed by the author.
JL PEPIAS 005/08 said...

Kalau tidak kerana Bulan,
Masakan Bintang terbit tinggi,
Kalau tidak kerana perjuangan,
Masakan saya Mengomen disini... hu3

Assalamualaikum W.B.T

Saudara Presiden yang dihormati. Ucapan Tahniah buat saudara kerana telah berjaya buat posting di persadapepias ini yang sebenarnya telah sekian lama saya nantikan...

Kemunculan saudara Presiden di halaman Blog ini diharap dapat menggegar lagi arena wadah pepias di alam maya yang saya kira amat penting zaman kini.

Sahabat sekalian....
Dakwah ini memang penuh dengan ranjau berduri.... Kadang-kadang yang buat kita tidak bisa bergerak itu lahir daripada dirisendiri...

Ayyuhal ikhwah al-'izzah,
Jika aku ada cacat cela, kaulah kuharap dapat menutupnya... Jika aku ada kekurangan harap kaulah dapat menampungnya... hidup ini, dakwah ini tidak bisa tertegak dengan seorang.... kita bukan Nabi dan bukan Alim Ulama', Kita hanya Manusia yang lemah perlu bertolong bantu antara satu sama lain.

Dakwah kita mesti terancang, dan dijalankan bersama. bukan bersendirian menongkah dunia yang belum pernah penat membaham mangsanya.

Ayyuhal Mujahidun...

Tidak ada Kemulian dalam kehidupan seorang Muslim, selain MATI SYAHID Di Jalan Allah...

Allahuakbar!!!!!!!

Tersentak jua dengan maudu' posting ni secara zahir. Dan teringin pula hati memperhalusinya.

Tentang Senyum...

Sesuatu yang maybe mudah dikata... tapi sebenarnya agaks sukar untuk dibuat... Senyum itu menhapuskan persepsi kita terhadap orang lain... Senyum itu harus dibawa kehati... sehingga hati itu sendiri tersenyum... bila hati tersenyum, mulut akan senyum dengan ikhlas...(ikhlas lillah)... Dengan senyum... kita akan hilang sifat ego... memandang mad'u dengan gembira dan penuh ceria...

Senyum dari hati itu mengelakkan kita daripada sifat memilih mad'u. Hati yang lapang dari senyuman dapat merawat penyakit hati diri dan orang sekelilingnya....

Senyum itu terlalu indah... dan amat susah untuk diungkap melalui kata-kata.

Saya menyahut seruan Presiden, Agar Mujahid dan Mujahidah pepias mencontohi, menghadami dan mempraktikkan apa yang ingin disampaikan oleh Saudara presiden Kita...

Disamping itu....

Senyumlah PARA DAI'E...!!! Ayuh senyumlah!!!

Kerana....

Dengan senyum Dakwahmu bakal berhikmah....

MOHD RAZMAN RAZALI
ukhuwah_razman@yahoo.com
YDP Pepias Gombak 2009

Anak Cucu ADAM said...

salam
senyum ceria semua selalu

tahniah bapak presiden,
kerna berjaya mengorak langkah atas permintaan ramai

buatmu saudara presiden,
adakah anda bersedih selama ini?
adakah anda pendam selama ini?
apakah senyuman mu itu hanya satu gimik?
apakah anda tidak puas tersenyum?

mgkin sneyuman mu selama ini mempunyai pelbagai karekter dan versi...
kami sebgai pengikut mgkin tidak dapat mentafsir dan bila ditafsirkan mhkin salah apa yang tersirat dalam senyuman mu...
visi n misi sungguh jelas...
matlamat mu sungguh luas...
jiwa dan semgat mu sangat kuat...
anda ingin mencapai ini dengan kelaurga...
dan keluarga itu adalah pepias...

saudara presiden,
sememangnya anda sebagai abg kepada kami...
sy suka dengan perwatakan abg yg anda tonjolkan...
tp keluarga kita ini sentiasa dilahirkan adik-adik yang baru...
adik-adik ini dilahirkan di pelbagai lubang
lubang2 itu pula kecil
ia belum membesar n sedang ingin membesar...

saudara presiden,
kami akan tersenyum juga pabila anda tersenyum...
namun,
kami masih tidak mampu melaksanakan cita2 mu itu sekiranya
kami ini tiada kualiti.
kami perlu diisi dengan kualiti
kualiti dari segi ilmu,komunikasi,bahasa dan sebagainya perlu kami pelajari...
namun pada sapa kami perlu belajar...
tak kan la dengan hanya membaca buku sahaja
benar, bukan perigi mencari timba..
tp...
paham2 shj la budak2 skarang ni...
bukan suka pergi mncr tp suka bnda tu dtg bergolek...
tp tak kan anda hanya mahu melihat shj mereka (ahli pepias baru) ini terkontang kanting
mereka kekosongan dalm jiwa n semgat mereka
kita hndk lihat mereka n senoir amat jauh skali...
perbezaan amat ketara
dalam hati mereka nk jadi spt
abg zul
abg syukur
wak jam
dan sebagainya....
tp mereka segan n malu hndk berjumpa
mereka semua nk org tu dtg sndiri pada mereka
inilah masalh yg perlu kita hadapi...
tolongla mereka...

saudara prsiden,
saya pun tak tau apa yg sy mengarut di atas tu...
tp yg perlu jelas
tingkatkan lah kualiti ahli2 pertengahan n baru anda ini
jurang kami ngn kwn2 saudara (pusat) amat jauh sekali
ilmu kami amat ketinggalan
gaya penympaian kami mcm budak sekolah lg
pemikiran kami masih kebudakan lagi...
bagaimana kami nk ikut anda sekiranya masih ada pada kami...
bagaimana anda nk senyum kalo kami ditinggalakn begitu shj
anda n rakan2 mgkin boleh pergi jauh2 tp kami...
penceritaan abg syukur amat menarik skali...
penghayatan prsedien amat mendalam...
rumusan s/u amat terkesan...
pandangan abg azali amat luas....
dan semuanya lah yg bersama anda...
cuba anda bandingkan dengan kami...
jauh2 sgt ketinggalan
adakah anda lupakan kami atau kami mmg perlu dilupakan....

saudara presiden,
apa yg anda sudah lakukan setakat ini amat baik skali
memahami n mengerti hli anda amat dikagumi...
tp ia perlu lebih lagi
supaya senyuman mu di satu hari nnt akan terukir
kami tak nak melihat anda kesedihan dan kebingungan kerana kami
kami akan laksankan apa yg anda matlamatkan
tp spt td...
penuhilah diri kami dengan kualiti yg ada
janganlah kerana kami rosaklah perancangn anda
ye la kami ni pe yg ade...
sat g tersalah bw susah la plak
benda lagho je....
dunia je...

saudar presiden,
sy minx maap ye...
ape yg ditaip di atas adalah sebb sygkan saudara...
kami ingin melihat saudara terseyum
barulah kami pun mampu tersenyum..
kalo xpaham tnyla kembali pd sy...
ape2pun tahnia buat presiden
harap langkah ini diperlajukan
kuarkan la pendapat n pandangan mu lgi dlm blog ini

yg benar,
muzakkir
cawangan bangi punya pengerusi
rik_muz@yahoo.com.my

CikguDin said...

Assalamualaikum wrt
Saudara Presiden,
Memang benar tanggungjawab besar yang anda pikul...(baru faham kenapa anda termenung panjang dalam liqa' malam tadi)Namun setiap pemimpin ada gaya pimpinannya. belum seratus hari..InsyaAllah ..anda dan pimpinan dipilih dalam syura yang penuh dengan keberkatan...

TERUSKAN PERJUANGAN!
DOA MENGIRINGI PERJUANGAN

tokz said...

Salam Perjuangan,

Terbakar kampung nampak asap
terbakar hati siapa yang tahu...

bila melihat sdr presiden dan YDP2 cawangan berkongsi pandangan dan rasa, rasa terpanggil juga untuk berkongsi idealisma. tapi saya bukan sasterawan negara yang dapat menulis dengan madah, gurindam dan pantun.

kalau sesuatu yang datang ikhlas dari hati ia akan sampai ke hati juga...

hati tersenyum tp bibir tidak senyum akan berbeza dengan bibir tersenyum tapi hati tidak tersenyum...

sebabtu tarbiyah yang berterusan amat diperlukan. jalan ini baru bermula dan masih jauh dan penuh onak liku dan duri berbisa...

seperkara yang perlu diambilkira adalah selalunya kita gagal merancang dengan baik dan yang lebih buruk lagi kita gagal konsisten kepada apa yang kita rancang...

wallahua'lam

p.s : nape segan & malu2 plak nak jumpa plak ni??

abuthurayya said...

anak pipit terbang tinggi
mati disambar burung merbah
walau bertangkup langit dan bumi
setia hamba tidak berubah

akutaktahu said...

waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Mg kita bersama2 menjadi terbaik
terbaik di mana jua kita berada...

mg kita menjadi dai yang terbaik
terbaik di mana amanah dan tanggungjawab dipikul

mg kita menjadi hamba dan khalifah yang terbaik
terbaik di muka bumi Allah ini...

Wa'Allahua'lam

Awang Nyor said...

Assalamualaikum. terima kasih kepada komen semua. tak sangka lak ader salah paham.maap ayat tak reti susun lg.huhu. pada awalnya saya perlu admit yg agak berat la apa yg dipikul. tp ianya berkurang dgn masa. masih perlukan masa. dlm pada masa yg sama, kerja perlu jln. saya tulis tajuk sebegitu krn mmg sekarang saya boleh tersenyum malah tergelak gak baca komen2 yg saya rasa mcm tak phm je. sbenar pimpinn saya perlu masa kenal sesama n kenal gerak kerja. apa yg berlaku mmg menarik dan improve hari demi hari. perkembngn tetap berlaku dan pengajaran sentiasa diambil. untuk abg din, sy time minum tu pikir lain.utk muzakir, senyum dr hati ni kita sendiri boleh rasa. manusia tak pyah ajar. abg rasa muzakir tahu abg senyum dr hati atau tak.kalau anda bersama kami, anda tahu apa sebenarnya. kami hanya senyum dgn tanggapan2 yg bukan sebenar pon. huhu.niway terus komen apa yg saya tulis k.trimas..

Unknown said...

Assalamualaikum w.b.t

buat saudara presiden,

teruskan senyuman....
walau ditafsir pelbagai pandangan....
moge tabah dlm perjuangan...
moge ukhuwah kekal berpanjangan...
sokongan mu amatlah diperlukan...
moge tidak jemu memberi pandangan...
bimbinglah kami andai ada kelompongan...
sabarlah menempuhi pelbagai permasalahan...
elakkan fitnah dan tohmahan...
moge terus beroleh kejayaan...
semaikan jiwa dengan ilmu kerohanian...
didiklah hati agar sabar dgn ujian...
moge dicapai matlamat dan impian...
moge dakwah ini terus berkekalan...
maaf dipinta andai tersalah ucapan...
smg beroleh ketenangan....

TERUSKAN SENYUMAN...(^_^)

Jumlah Pengunjung