KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM (KKPI) 2013.
KEMBALI!!!!!
KKPI adalah sebuah kursus yang menerapkan peri pentingnya kepimpinan dalam diri seorang pelajar. Dalam KKPI, peserta atau bakal pemimpin akan dikongsikan cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan hebat. selain daripada teori, mereka akan dilatih juga secara praktikal dan akan menghadapi sendiri cabaran-cabaran sebagai seorang pemimpin.
Peserta yang terdiri daripada bakal pelapis kepimpinan sekolah akan dilatih secara intensif agar mereka dapat merasakan Pemimpin itu sangat mudah jika dilaksanakan dengan syariatnya.
Mudah-mudahan, dengan KKPI ini, PEPIAS harap dapat melahirkan lebih ramai lagi Generasi Penerus Harapan Ummah. Insya-Allah.
![]() |
Kami memerlukan sumbangan anda yang bermurah hati dalam melancarkan lagi program ini. |
KKPI adalah program yang dianjurkan oleh PEPIAS secara percuma. Oleh itu mari kita singkap kembali KKPI 2012 yang diadakan di UNISEL Bestari Jaya.
Siri Permainan Perang (War Game)
Objektif KKPI
- Mempersiapkan diri peserta sebagai
seorang pemimpin yang bakal menerajui saf kepimpinan sekolah dengan ilmu
asas kepimpinan Islam
- Memberikan kesedaran dan kefahaman
hidup untuk menyumbang kepada masyarakat sekolah
- Melatih para peserta membentuk
organisasi secara sistematik yang tahu akan setiap bidang tugas dalam
organisasi
- Menjadikan tokoh-tokoh kepimpinan Islam
sebagai qudwah dalam kepimpinan sekolah
![]() |
Ayuh!!! Kami memerlukan doa, sumbangan dan apa sahaja yang mampu untuk memastikan KKPI 2013 melahirkan pemimpin yang berjuang dan menyambung usaha Nabi Muhammad S.A.W. Insya-Allah.
Segala pertolongan dan bantuan didahulukan dengan Jazzakallahhu Khairan Khatira.
_ER_
1 comment:
Biler tarikhnye???
Post a Comment