29 January 2013

Ada apa dengan PMG 13?

PMG datang lagi??? Kali ini lebih meriah??? Alumni PMG kedengarannya cemburu dengan PMG kali ini??? Apakah?



Perkampungan Menara Gading kali ke 13, peringkat Negeri Selangor D.E.

PMG merupakan antara Program Rasmi PEPIAS bagi setiap tahun khas untuk adik-adik lepasan SPM, STPM dan juga STAM bagi meneliti peluang dan ruang dalam memberi sedikit gambaran tentang alam IPT yang bakal diduki kelak.

Jelasnya, PMG telah berjaya melahirkan ramai pesertanya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan menerapkan juga bagaimana hendak menjadi mahasiswa yang berjaya. Hasilnya mereka ini menjadi benih-benih yang subur di IPT masihg-masing.

Tema kali ini, Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah merupakan satu lagi cabaran untuk memastikan bakal peserta akan memperoleh manfaat ketika mereka di IPT nanti. Insya-Allah, berkat usaha dan niat yang ikhlas, semua muslim mampu untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Oleh itu, setelah membayangkan, melihat, mendengar dan merasakan bahang PMG13 ini, pasti ramai yang teruja dan tidak sabar menanti detik 8-11 Febuari 2013. Ini ada sedikit video menjelang PMG 13 kelak. Selamat menonton. Semoga pembaca dirahmati Allah SWT.




Video Promo PMG 13. :)


PMG 13 datang lagi. Kali yang ke 13 sempena tahun 2013.

Syabas jika ada diantara lepasan SPM,STPM dan STAM yang ingin menambah pengalaman dan ilmu. PMG 13 mampu memberikan pandangan terhadap dunia IPT dari pelbagai sudut

Pasti anda sudah dengar tentang KEHEBATAN dan KEMERIAHAN PMG ini!!!

Sudah pasti dan jelas ramai yang tidak sabar dan menghintung hari untuk PMG 13 ini. Insya-Allah, dengan niat yang ikhlas, Allah SWT akan memudahkan segalanya dan menimba ilmu baru yang dapat memberi manfaat pada semua.

Di akhiri kalam ini dengan semangat lagu PMG. Adik-adik yang sudah daftar sudah boleh mula hafal. :-D





Oleh : SUPER.

No comments:

Jumlah Pengunjung