21 October 2011

Hudud - Murtad - Dakwah: Salah faham atau berkepentingan?

Tiada keraguan dengan Islam

1. Pandangan umum masyarakat kita tentang perkataan JAHIL bermaksud "tidak mengetahui" sedangkan dalam terjemahan bahasa Inggeris adalah "ignorance" yang bermakna mengabaikan atau tidak mempedulikan. Perkataan "ignorance" boleh difahami sebagai seseorang yang memang mengetahui kebenaran tetapi berpaling darinya lantaran sombong atau berkepentingan.  

2. Al-Quran adalah kalamullah dan sebarang keraguan atau penafian walaupun satu huruf darinya boleh menjadikan seseorang muslim menjadi murtad. (Tidak perlu tunggu didakyahkan oleh agama lain.) Muslim yang percaya dengan hati akan semua suruhan dan hukum hakam didalam Al-Quran tetapi tidak mengakui di khalayak ramai boleh menjadi fasik. Manakala muslim yang langsung tidak percaya dikhuatiri boleh jatuh kafir.

3. Seseorang muslim yang tidak mengiktiraf hukum Allah swt di dalam Al-Quran boleh disebabkan oleh tiga perkara: a) tidak tahu langsung atau salah faham b) tahu dan percaya dalam hati tetapi buat-buat tidak tahu. c) tahu tetapi tidak percaya dan ragu-ragu. Jadi mereka yang sebegini boleh jadi jahil, fasiq, atau kafir. Ini adalah definasi ringkas yang dapt kita jadikan sbg kayu ukur polemik semasa ummat. Tak perlu gopoh atau emosional.

Raja berdaulat kerana mendaulatkan Islam

4. Sebagai sebuah negara demokrasi berpelembagaan yang berdaulat, kita menjunjung titah raja-raja Melayu dalam menegaskan semula hal-hal perlembagaan yang menyebutkan Islam sebagai agama persekutuan (bukan agama rasmi) sepertimana yang dipertegaskan oleh Yang Mulia Raja Dr. Nazrin dalam sebuah majlis yang mengumpulkan majlis-majlis agama Islam Negeri seluruh Malaysia baru-baru ini.    

5. Kita juga menjunjung titah Duli Yang Mulia Sultan Sharifuddin yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor dalam isu serbuan ke gereja baru-baru ini sebagai reflek mempertahankan kedaulatan Islam di negeri Selangor ini. Sudah selayaknya Sultan sebagai ketua agama negeri yang telah bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini mengambil tindakan sedemikian.

6. Kuasa adalah amanah Allah swt. Penggunaan kuasa oleh pemerintah sesebuah negara yang selari dengan kehendak Allah swt boleh diertikan sebagai usaha mendaulatkan Islam sebagai Ad-deen di negara tersebut. Maka dalam konteks negara kita, Sultan yang menggunakan kuasa demi menegakkan Islam sebagai kuasa teratas boleh difahami sebagai Sultan yang mendaulatkan Islam.

7. Negara kita berdaulat kerana Sultan masih mendaulatkan Islam. Tetapi itu tidak menutup ruang yang masih banyak untuk diperbaik dan diperhalusi. Tidak perlu gopoh. Tindakan segera penting tetapi dengan bijaksana.

Salah faham terhadap Islam adalah isu sebenar


8. Peristiwa 9/11 telah menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi masyarakat AS dan eropah terhadap Islam. Komuniti muslim disana yang tertekan dengan salah faham masyarakat bahawa Islam adalah agama terrorisme telah bangkit bersatu memberi penerangan yang benar tentang Islam hatta hingga ke dalam gereja. Ini sedikit sebanyak telah membersihkan salah faham dan sekaligus ramai yang tertarik untuk memeluk Islam.

9. Malangnya kita tidak nampak bahawa komuniti bukan muslim di Malaysia sendiri sudah berpuluh tahun dibiarkan umum dengan salah faham terhadap Islam. Benar terdapat pelbagai usaha dari pelbagai pihak untuk memperbaikinya tetapi masih dalam nisbah yang kecil. Di Malaysia, kadar dialog diantara agama masih rendah dan Islam seolah-olah lebih selesa dijadikan eksklusif kepada orang Melayu.

10. Salah faham dipihak bukan muslim adalah seperti a) undang-undang Islam adalah zalim b) Islam menindas wanita c) Islam menyekat hak asasi manusia d) pemerintahan Islam akan menindas golongan bukan  Islam. Walhal hakikatnya adalah sebaliknya. Antara penyumbang salah faham ini adalah dakyah filem-filem antarabangsa yang seharusnya diambil kira oleh pihak FINAS.

11. Salah faham dipihak muslim adalah seperti a) Islam adalah hidayah dari Allah swt, Orang yang kafir kerana keturunan boleh menjadi Islam secara tiba-tiba. dakwah tidak perlu diusahakan.  b) Agama adalah isu sensetif dan tidak perlu diberi penjelasan yang sepatutnya demi mengekalkan keamanan c) dakwah adalah kerja Ustaz d) Tidak boleh belajar tentang agama lain kerana belum tamat mengaji Al-Quran.

Rekahan menjadi lubang, lubang menjadi jurang

12. Isu sensetiviti adalah isu yang dimainkan untuk mendapat sokongan. Tidak dapat dinafikan ada yang ikhlas dan bersungguh-sungguh tetapi selalu yang dipopularkan adalah mereka yang berkepentingan. Demi menjaga sensetiviti yang disolek hodoh ini akhirnya tiada sebarang interaksi berlaku antara agama dan salah faham kian menebal. 1 Malaysia hanya tinggal gagasan dan yang tinggal hanyalah kecurigaan dan syak wasangka yang bertukar kepada dendam dan permusuhan. Jurang antara kaum dan agama kian besar.

Ilmu adalah cahaya


13. Penerangan yang murni tentang Islam adalah perkara yang harus digerakkan segera oleh segenap lapisan masyarakat. Terlalu banyak kekusutann yang dapat dileraikan sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik. Jurang antara kaum dan agama akan dapat dikecilkan dan impian 1 Malaysia mungkin dapat direlisasikan. Mulakan dengan mencari ilmu yang sahih dan mula menyebarkannya.

Optimislah. musuh akan sentiasa ada

14. Sebagai penganut Islam yang yakin dengan kebenaran risalah nubuwwah ini, seharusnya kita bersikap yakin, optimis dan berani dalam menyampaikan kebenaran. Masalah akan sentiasa ada kerana musuh juga tidak akan berhenti bekerja. Musuh dikalangan muslim sendiri adalah orang munafik manakala dikalangan bukan muslim adalah mereka-mereka yang sombong tidak mahu menerima kebenaran. Itulah lumrah hidup.

15. Sedangkan mereka-mereka yang bukan muslim yang ikhlas mencari kebenaran insyaallah didoakan dapat menemui tuhan sebenar yang dicari-cari selama ini.

1 comment:

Tinta Pacco said...

Good entry for reading. Semoga pendapat-pendapat yang nuetral dapat diperbanyakkan bagi mengganti pendapat partisan di ruang maya.

There was an error in this gadget

Jumlah Pengunjung