Semua mengakui teruja setelah mengikuti program Perkampungan Menara Gading kali ke 11 ( PMG 11) di UNISEL, Kampus Shah Alam selama 3 hari 2 malam mulai 1 hingga 3 April 2011. Prihatin dengan masa depan remaja Islam yang baru menamatkan zaman persekolahan sebelum melangkah ke Menara Gading, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS ) mengambil langkah seperti tahun-tahun sebelum ini untuk mengadakan PMG ini. Program yang bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Islam tentang ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian serta merasai kehidupan sebenar di alam kampus ini berjaya menarik minat seramai 107 orang peserta sekitar negeri Selangor. Kegusaran Jawatankuasa Program dengan ketiadaan peserta pada peringkat awal akhirnya terubat dengan yakin bahawa ia datang dari keberkatan doa bersama.
Program khas untuk pelajar lepasan SPM dan STPM ini telah mendapat kerjasama yang terbaik daripada pihak UNISEL sendiri. Sokongan daripada pelbagai pihak telah berjaya untuk kita menghasilkan program seumpama ini walaupun gerak kerja program hanya bermula tidak sampai sebulan dari tarikh sebenar program. Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap Jawatankuasa Kerja ini tidak dapat digambarkan dengan dibarisi ahli-ahli yang baru mengenali PEPIAS. JK kali ini turut disertai oleh alumni PMG 9 dan 10.
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung antaranya slot Menara Gading 1 yang menampilkan Ybhg Prof Dr Sulong dari UNISEL bagi menceritakan tentang peluang dan ruang yang ada untuk melanjutkan pelajaran. Seterusnya slot Menara Gading 2 pula, PEPIAS telah menjemput 2 panel dari MARA dan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi taklimat mengenai beberapa pembiayaan pinjaman dan biasiswa pelajaran yang boleh diperolehi untuk menampung kos pengajian. Sebanyak 3 Latihan Dalam Kumpulan telah dijalankan yang mempunyai objektifnya tersendiri. LDK 1 lebih kepada asas untuk mengenali, membetulkan niat dan mesra bersama ahli kumpulan. Aktiviti melakonkan pelbagai watak itu telah memberi kesan kepada semua peserta untuk tidak malu bila berada dalam kumpulan. Ada pelbagai watak muncul iaitu gedik, nakal, gangster, lembut dan sebagainya. “Trademark” setiap kumpulan juga mencerminkan kesepaduan setiap ahli kumpulan. –“ole le hurgh! Ole le le hurgh ! hurgh ! KUIS TERBAEEEEKK!!! Ini merupakan salah satu trademark yang ada..(popular).
Dalam LDK 2 pula, peserta didedahkan tentang potensi diri yang ada pada setiap diri masing-masing. Mereka sangat teruja bila mengetahui sebenar diri masing-masing sangat HEBAT. LDK 3 iaitu ldk yang terakhir pula menceritakan tentang kepentingan berjemaah bila bergelar mahasiswa nanti. LDK ini sedikit sebanyak telah menyedarkan kepada mereka konsep Hamba, Khalifah dan Daie. Slot Forum juga turut diadakan dengan mendatangkan 3 panel khas yang merupakan senior2 dalam PEPIAS dan dimoderator oleh Sdr Shafiezan. Slot ini lebih banyak menceritakan mengenai cabaran dan halangan yang bakal dihadapi bila bergelar seorang Mahasiswa nanti. Sidang Pleno turut berjaya menggegarkan perkampungan di UNISEL ini. 2 tajuk yang berbeza dikupas oleh 4 kumpulan besar bejaya menghangat PMG lebih hangat daripada biasa. Cinta Kampus. Boleh atau Tidak? Dan Akademik vs Aktivisme..Le Tour De Campus berjaya membuka pemikiran peserta mengenai realiti mereka nanti di alam kampus.
Sepuluh kumpulan yang telah dibahagikan berjaya menghasilkan satu semangat PMG yang berbeza. Bila KUIS, Poli, Al-Azhar, UITM, UIA, UPM, UM, MMU, UNISEL, dan UNIKL bergabung maka terbentuklah semangat PMG see bee lass…Sungguh dasyat penangan PMG kali ini. Seramai 16 orang fasilitator berjaya menghidupkan kumpulan masing-masing bagi mencapai objektif program. Tahniah unit modul yang berjaya membawa modul dengan sebaiknya.
Kenangan menaiki coster berulang alik dari Wisma Mais ke UNISEL, pagi datang malam baru pulang, tidur tempat yang kurang selesa, berjalan sehingga penat, makan makanan ala kadar dek perut tengah berbunyi nak lagi, dengar ceramah sampai kepala sujud ke lantai telah banyak mengajar peserta tentang realiti di alam kampus. Semoga dengan pendedahan awal ini dapat melahirkan mahasiswa yang telah bersedia mental dan fizikal sebelum melangkah ke Menara Gading.
Tema ‘ Mahasiswa Pemacu Masa Depan Ummah” diharap dapat ditunjang oleh setiap peserta yang hadir ke program ini. Tanggapan awal mengatakan program ini bukan jiwa telah ditepis sebaik mungkin setelah berjaya menamatkan graduasi sebagai graduan PMG 11 yang telah disempurnakan oleh Sdr Presiden PEPIAS, Zulhelmi Abdullah. Tangisan ukhwah di akhir program sebenarnya telah membuahkan nilai yang amat tinggi. Semoga talian ini kekal selamanya…See U di IPT!!!
Begitulah serba sedikit perjalanan program Perkampungan Menara Gading Peringkat Negeri Selangor. Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak terutama sekali buat kesemua 107 orang graduan PMG 11. Jumpa anda di IPT. InsyaAllah. Kita doakan bersama.
Layarilah grup PMG 11 @ UNISEL di facebook untuk merasai pengalaman dan respon daripada setiap peserta.
No comments:
Post a Comment