Alhamdulillah..itulah ungkapan yang mulia sekali untuk kita ungkapkan bersama. Mungkin kita selalu melafazkannya tapi kita lupa dan tidak tahu bahawa kalimah ini sungguh besar maknanya.
Baiklah...penulisan kali ini hanyalah semata-mata untuk 'update' blog PEPIAS ini. Tahun ini PEPIAS bakal menjangkau usianya 20 Tahun...Maka usia itu mencerminkan mudanya PEPIAS ini di rantaian dakwah yang ada di Malaysia berbanding PKPIM yang sudah 50 tahun, ABIM yang 40 tahun. Usia ini juga berdekatan dengan usia ahli-ahli yang ada dalam PEPIAS. jadi perwatakan nya menunjukkan ia ingin masuk ke dalam matang dewasa.
PEPIAS telah beralih tampuk pimpinan dibawah 5 orang PRESIDEN...Setelah 3 bulan berlalu, dibawah kepimpinan Presiden Sdr Zulhelmi, kini PEPIAS seakan mengorak langkah untuk terus mendampingi masyrakat dalam usaha dakwah. Kepimpinan yang ditunjangi oleh orang-orang muda di lingkungan usia 20-25 tahun (melainkan presiden dan k.helwani), mereka telah bersepakat untuk membawa PEPIAS berdasarkan misi dan visi yang dibentuk bersama. Disertakan sebanyak 5 halatuju bagi tahun 2011/2012.
Dalam tempoh 3 bulan, banyak perkara baru telah dipelajari oleh kepimpinan muda ini. Banyak benda baru cuba diwujudkan semula. Semua ini dalam proses pembelajaran dan penilaian oleh mereka. Alhamdulillah di awal bulan 1 yang lalu, kita telah cuba untuk menghidupkan semula PEMANGKIN PEPIAS..Walaupun masih banyak kekurangan, namun ia adalah percubaan terbaik. Seramai 14 orang ahli PEPIAS dipilih untuk dinilai sebagai bakal trainer oleh jurulatih yang sedia ada.PEPIAS mengorak langkah lagi, menghidupkan semula KELAPE iaitu tamrin jundi. Alhamdulillah mendapat respon yang baik daripada setiap peseerta yang terus bersemangat untuk turun kepada masyarakat. Gerakan PTMS juga kita cuba untuk menggerakkan semula. Namun kita sedang mencari formula terbaik untuk disesuaikan dengan keadaan semasa. Setakat ini kita masih menggunakan sistem yang sudah ada. 2 buah cawangan telah berjaya menjalankan roadshow PTMS. Cawangan Pandan telah melaksanakan fasa 1 dan telah mendapat 3 buah program sekolah untuk bulan 4 mendatang. Tahun ini sebenarnya untuk makluman semua, PEPIAS ingin menfokuskan kepada latihan pada ahli. Kita telah mengatur beberapa program dan pengisian untuk semua ahli PEPIAS. Ura-ura PEPIAS mengejar program yang gah tanpa pengisian adalah tidak benar sekali. Hasilnya memang bukan sekarang tapi kita akan lihat hasilnya satu hari nanti.
Persiapan dalam memberikan yang terbaik kepada ummah pada hari ini merupakan satu keperluan yang utama disamping memberikan nilai tambah yang positif kepada generasi masa kini terutamanya bagi golongan remaja muslimah harus dipandang serius. Tambahan pula, remaja wanita pada masa kini semakin terdedah dan mudah terpesong ke lembah yang tidak bermoral sekiranya tidak diberi perhatian dan penjagaan yang rapi oleh Ibubapa. Justeru itu, PEPIAS di bawah kepimpinan HELWANI telah mengatur langkah ke hadapan dengan penganjuran julung kali nya iaitu TAMRIN NISA (TANI). Ia merupakan program susulan selepas GIGA. Momentum ini telah di isi oleh senior2 HELWANI PEPIAS yang komited dan memberi dengan penuh kasih sayang dan pengharapan. InsyaAllah usaha untuk memperkasakan HELWANI akan menampakkan hasilnya tidak lama lagi. Tahniah HELWANI!
Baru-baru ini, kita telah melaksanakan juga LAKEP setelah tidak dilaksanakan sebelum ini. Mungkin kita masih mencari contoh LAKEP yang terbaik, namun bagi pandangan penulis apa yang dibawa dalam LAKEP kali ini banyak benda yang boleh kita ambil untuk dijadikan pengajaran pada program mendatang. Setakat tempoh Januari-Februari, kita telah menerima 3 jemputan program sekolah iaitu SMK SAS, SMK Engku Hussien, SK Sg Merab Luar. Pada bulan Mac ini, kita peroleh setakat ini program di SMK Taman Selayang. Pada bulan 4 nanti, kita telah dipenuhi program sekolah setiap minggu. Bukan program dikejar tapi ada misi yang kita bawa.Inilah peluang untuk ahli-ahli PEPIAS turun kepada masyarakat. Bukan itu sahaja program yang menawarkan untuk ahli PEPIAS berdakwah kepada masyarakat, kita juga telah menyertai Kempen Anti Zina Siri 1,2 dan 3. PEPIAS telah menghantar penyertaan yang ramai dalam ketiga-tiga kempen tersebut. Alhamdulillah kita telah meletakkan ahli kita ditempat yang sepatutnya.
Alhamdulillah, usrah di setiap cawangan aktif masih berjalan dengan baiknya dibimbing dan dipantau. Kita masih menggunakan buku teras kita 'Apa Ertinya Saya Menganut Agama Islam''. Kuantiti tidak menunjukkan segalanya- cawangan Ampang dan Bangi telah buktikannya. Minat-dan keinginan mengatasi kemalasan-Cawangan Shah Alam (di mana budak2 lepasan SPM & STPM yang menggerakkannya).Mereka adalah produk daripada program PEPIAS kebelakangan ini. Konsisten dan berilmu-Cawangan Gombak menerajuinya. Kualiti seiringan dengan kuantiti- Cawangan Pandan dan PJ meletakkan tanda arasnya. Inilah kemanisan usrah di setiap cawangan. Tidak lupa juga usrah Pusat yang membuka penglibatan daripada mana-mana cawangan. Usrah Pimpinan juga berjaya kita laksanakan..Dalam usrah ini banyak kita menceritakan siapakah kita sebenarnya dan apakah peranan kita yang sepatutnya untuk terlibat dalam usaha dakwah ini. Usrah itu bukan semata-mata Ilmu tapi yang bernilai disitu ialah ukhwah Islamiyah. Tidak lupa juga, Produk program PEPIAS iaitu KKPI dari SBPI Gombak telah menyemarakkan usrah mereka dengan memanggil ahli-ahli PEPIAS sebagai naqib/naqibah mereka. Alhamdulillah ia berjalan dengan lancar.
Usaha turun kepada masyarakat tidak terhenti disitu sahaja. Penerusan pembelajaran Al-quran terus dipergiatkan di Masjid Zakaria. Baru-baru ini cubaan untuk menghidupkan semula di Masjid Sg. Chincin telah menampakkan hasilnya. Kelas tuisyen dan fardhu Ain yang gagal pada percubaan pertama di PULPA akan terus diletakkan sebagai target utama PEPIAS pada tahun ini. PEPIAS juga tidak ketinggalan memenuhi jemputan-jemputan program dari WADAH, ABIM mahupun PKPIM. Kita akan cuba menghatar seramai mungkin penyertaan dalam setiap program yang dianjurkan. PEPIAS di Nilai juga sekarang sudah menunjukkan pembangunan nya..Ini adalah semangat setelah KELAPE. Beberapa peserta PMG 10 yang lalu telah bersemangat untuk menyemarakkan usaha dakwah di UIA Nilai. Setelah Shah Alam kita berjaya menghidupkan semula dengan usrah dan penyertaan program2 kini Kuala Langat juga turut mengikut langkah. Alhamdulillah seklai lagi, usaha dakwah PEPIAS telah berkembang ke beberapa daerah. Walaupun tidak ramai ahlinya, namun semangat dan kualiti yang ada pada mereka mampu membawa Islam mewarnai kehidupan.
Alhamdulillah, dalam tempoh tiga bulan ini juga, semua program berjaya dilaksanakan mengikut taqwim yang telah siap setelah berakhirnya induksi pimpinan Pusat hujung bulan 12. Sistem pengurusan juga sedang dalam proses penambahbaikan. Setiap program PEPIAS juga telah berjaya mengurangkan perbelanjaan daripada tahun-tahun sebelum ini. Ini antara perancangan-perancangan yang kita sudah aturkan. Manakan tidak, PEPIAS dikejutkan dengan menerima kunjungan hormat daripada pelajar UITM Puncak Alam untuk membuat kajian tentang sistem pengurusan PEPIAS. Ia berjalan dengan lancar.
Begitulah sorotan perjalanan PEPIAS dalam tempoh 3 bulan ini bagi yang tahu dan tidak tahu. Begitu banyak cabaran dan dugaan yang kita perolehi. Namun ia dapat diatasi dengan penuh hikmah. Kita hendaklah tidak cepat melatah dengan segalah tohmahan yang berlaku. Pengalaman daripada senior-senior kita gunakan, idealisme dari generasi muda kita gerakkan. Mungkin pembawaan PEPIAS kali ini nampak berbeza namun ia tetap dan masih serta akan kekal berada di landasan yang betul sepertimana rantaian dakwah yang ada iaitu WADAH,ABIM dan PKPIM. Kita akan sama-sama mengorak langkah bersama-sama dalam mendepani beberapa isu yang terjadi dalam agama kita sendiri terutama di Selangor Kami seru semangat Generasi KEKUPES untuk sama-sama kita menunjangi misi dan visi PEPIAS iaitu membawa Islam di persada dakwah. Takbir!!
Penulis akhirkan kalam ini dengan maksud daripada Surah Hujarat :-
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
-Surah Hujarat Ayat 6-
No comments:
Post a Comment