26 November 2009

Perutusan Eid Adha

Bismillahirrahmanirrahim

Nabi Ibrahim bukan sekadar diteladani pengorbanannya, malah baginda sangat pintar dalam mencari dan mengenali Tuhannya dengan Borhan (Hujah yang kuat). Baginda tidak taklid buta tetapi mencari dalil melalui pemerhatian dan penelitian. Lihat sahaja dialog baginda dengan patung berhala dan ketika melihat bulan, bintang dan matahari dalam perjalanan mencari tuhannya. Dari ilma yaqin (ilmu yang meyakinkan), barulah tumbuh berani dan iltizam untuk berkorban. Sebab kita faham dan yakin seolah-olah nampak syurga neraka. Kita yakin Allah sentiasa mengawasi kita. Maka sesudah itu, adakah lagi ruang untuk tidak berkorban?

Sempena Eid-Adha ini, saya menyeru seluruh ahli agar kembali mempertaut hati yang jauh, merapatkan hati yang dekat, dan memesrakan hati yang telah bersatu. Saya dan saf pimpinan pusat memohon ampun atas segala kesalahan yang berpunca dari kelemahan. Adapun teguran yang haq (benar) tidaklah saya mohon ampun darinya. Qulil Haq walau Kana Murran.

Marilah bersatu. Asas kita adalah ukhwah dan tarbiah (kefahaman). Marilah sesali kelemahan lalu dan memperbaharu tekad dan iltizam. Tegurlah, Nasihatlah baik pengikut terhadap pemimpin ataupun sebaliknya. Jangan sesiapun memandang usaha ini dengan pesimis dan mentafsirnya dengan tafsiran yang prejudis. Pandang saja dengan pandangan yang murni. Jangan ada tafsiran kedua yang melekehkan.

Mari bersama berazam mengamalkan perkara ini:

1. Menjaga hubungan dengan Allah dengan menjaga terutamanya amalan wajib.
2. Belajar memaafkan orang sebelum tidur.
3. Jangan cepat melatah dengan berita-berita yang sampai dan dapatkan penjelasan dari mereka yang terbabit.
4. Bayangkan wajah mereka yang bermasalah dengan kita ketika membaca doa rabitah.
5. Telefon selalu Ibu Bapa untuk mendapat keberkatan.


Sekian.





7 comments:

attaebah_01 said...

Abang Long PEPIAS,

Yang betulnya:
"Qulil Haq Walau Kana Murran"
Maksudnya: "Berkata benarlah walaupun ia pahit" =)

Awang Nyor said...

da betulkan. betul?? hu2. tq sifu.

radin fatihah husna said...

tahniah...

saudara telah memberikan satu ucapan yang sangat memberi kesan. Teruskan perjuangan, walau di mana sahaja kita berada...

salam perjuangan.

mohon dicedok masuk ke dalam blog saya.

imayu05.blogspot.com

Awang Nyor said...

Fikrah: ternyata abg lebih faham. dapat disusun pula dlm bentuk point.

Byk perlu diteladani dr ab. terutama dlm istiqamah amal dan hikmah berkomunikasi.

Sy hanya menulis ttp ab. telah beramal.Penulis akan ditanya segera.

Terus nasihati diri.

Hamba Sakit Muflis...

Awang Nyor said...
This comment has been removed by the author.
Ciptaan Terhebat said...

Syeikh Zul...

Setuju betul dengan point kelima tu, selalu telefon mak ayah.

Satu lagi, pohon ditegur dan ditanyakan khabar abang-abang di ABIM ni jugak (especially abanglah) sebab kadangkala ada juga perasaan ujub dan takabur tu.

Moga istiqamah sampai ke akhir usia kita. Moga mati kita di dalam iman.

http://kamarulazami.blogspot.com

Awang Nyor said...

Trimas ab kam. Kisah sorg hamba Allah yg smayng subuh dimasjid pd pg jumaat. Pagi tuh hujan lebat n die sorang je yg g masjid. Lepas solat jumaat, ketika mengira wang kutipan, die b'tny kpd jemaah lain; "Hang pi mana subuh? Akulah azan, qamat, jd imam." ... Nk bgtau org kita jelah yg g masjid. (Pape b'gantung niat). Saya yg selalu wt. Mohon ampun.

Jumlah Pengunjung