28 November 2008

Warkah Buat Yang Cintakan Perjuangan..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam perjuangan… Bahang kehangatan muktamar kian terasa. Semangatnya sudah makin membara. Malam semalam sudah berlangsung mesyuarat penyelarasan muktamar kali ke 17. Tarikh keramat 5-6 Disember 2008 bertempat di Dewan Sri Siantan, Selayang telah menjadi pilihan ahli jawatankuasa pelaksana. Walaupun mesyuarat malam tadi agak lewat ditamatkan, namun ahli jawatankuasa terus bersemangat untuk menjadikan muktamar kali ini kembali seperti zaman kegemilangannya. Bagaikan semuanya sudah sekata dan sejiwa bersepakat mahu mengibarkan panji perjuangan tanda bermulanya era baru perubahan.

Oleh hal yang demikian,bagi terus menyemarakkan lagi muktamar kali ini, ahli yang masih sayang dan cintakan perjuangan PEPIAS ini diseru untuk menyemarakkan lagi muktamar pada kali ini. Mari kita bersidang dan menyuarakan pendapat yang bernas dan bertenaga bagi menunjukkan kesetiaan kita pada wadah ini. Bagi sdr. Presiden yang kita kasihi, beliau menganggap muktamar kali ini adalah paling istimewa. Apakah akan ada kejutan2 yang akan diumumkan oleh sdr. Presiden? Mungkinkah akan ada tsunami besar dalam peralihan kepimpinan? Ataupun suasana muktamar yang akan memberikan kelainan? Bersama-samalah kita menantikan hari kejadian.

Mari adik2, kakak2, abang2, tuan2 dan puan2 tanpa segan silu menganjakkan sedikit tarikh pulang ke kampung menyambut Aidiladha dgn melakukan pengorbanan terbesar dengan menginfa'kan masa, tenaga bahkan wang ringgit dgn menghadirkan diri ke muktamar kali ke 17 bagi bersama-sama kita bina cita dan harapan, utk hari ini dan masa depan, kita aturkan langkah seiringan, demi satu wadah perjuangan, agar esok menjanjikan kegemilangan...

Ayuh kita teruskan langkah..
JOM KE MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS!!!

sumber : bapolz@yahoo.com

09 November 2008

Pemimpin; tamsil dan ibarat

Fikrah Imayu -Penulis menceritakan tentang buku 'Pemimpin dalam Ungkapan Melayu';tulisan H.Tenas Effendy --- (imayu05.blogspot.com)

...Dalam buku itu memberitahu siapakah pemimpin? Diterangkannya dengan kaedah matematik juga, katanya:
Yang didahulukan selangkah. Yang ditinggikan seranting.
Yang dilebihkan serambut. Yang dimuliakan sekuku.


Bukan mustahil jika anda menjawab, saya tidak bertemu pun pemimpin seperti ini. Jika begitu, pemimpin bagaimanakah yang anda hendak memilih? Memilih tidaklah sukar kerana sudah ada yang menawar diri. Yang penting anda kena berfikir hendak memilih pemimpin seperti apa?

Adakah hendak memilih pemimpin yang berkeperibadian:
Banyak Tahunya? Banyak Tahannya? Banyak Bijaknya? Banyak Cerdiknya?
Banyak Pandainya? Banyak Arifnya? Mulia Budinya? Banyak relanya?
Banyak Ikhlasnya? Banyak taatnya? Mulia Duduknya? Banyak Sedarnya? Atau
Banyak Tidaknya?

Buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu dalam bab Kepantangan Pemimpin menyebut betapa adanya pemimpin bertabiat:
Mengejar pangkal mau menjilat.
Mengejar harta mau melata.
Mengejar kedudukan mau melendan.
Mengejar pengaruh mau bergaduh.


Dalam mesyuarat berbantah-bantah.
Dalam berunding tuding menuding.
Dalam helat cacat mencacat.
Sesama keluarga laga melaga.
Sesama kawan makan memakan.
Sesana sahabat sebat menyebat.
Sesama bangsa paksa-memaksa.


Tenas Affendy dalam buku Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu memberitahu jenis pemimpin.

... ringkasan daripada artikel oleh : Azizi Abdullah
(aziziabdullah.blogspot.com)

Fikrah Imayu - saya tolong bacakan... anda huraikan. Macam mana? Ada berani?

Jumlah Pengunjung