12 June 2012

Isu PTPTN, UNISEL dan KUIS

Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semakin hari semakin panas. Terkini peristiwa Pihak PTPTN atas arahan Menteri Pengajian Tinggi untuk membekukan elaun pelajar Universiti Selangor (UNISEL) atas alasan supaya kerajaan Negeri Selangor dapat memberikan pengajian secara percuma. Bukan setakat UNISEL sahaja, tetapi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga terkena tempiasnya. Tetapi, isu ini seperti sudah selesai apabila pihak PTPTN telah menarik semula pembekuan elaun pelajar.

Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), dapat merasakan kesan yang sangat negatif ekoran daripada peristiwa ini. Kesan pembekuan ini menyebabkan ada pelajar yang mula bercadang untuk berpindah tempat belajar ekoran tidak mampu untuk menanggung yuran pengajian serta sara hidup ketika sepanjang tempoh pelajaran. Selain itu, pelajaran mereka akan turut terganggu. Lebih-lebih lagi mereka bakal menghadapi peperiksaan. Isu ini bukan sahaja mendatangkan kesan kepada pelajar, tetapi keluarga pelajar itu sendiri terutama mereka yang tidak mempunyai sosio ekonomi yang baik.

07 June 2012

PTPTN Unisel: Abim anggap hasil politik memualkan

SHAH ALAM: Abim Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel). 

Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan  sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu.

Demikian kata Khairuddin Bin Abas, Yang Di Pertua Abim Negeri Selangor dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Abim Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut iaitu:-

"Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan." 

ABIM Negeri Selangor berpandangan selaku IPTS yang menawarkan kursus yang diiktiraf dan mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Unisel pasti telah memenuhi syarat asas menerima pembiayaan PTPTN dari badan berkenaan.

Bahkan, katanya, Abim Negeri Selangor juga berkeyakinan para pelajar yang ingin memohon telahpun memenuhi pra-syarat mengikuti pengajian di Unisel. 

Menilai implikasi besar (jika pembiayaan ditarik balik) terhadap masa depan sistem pendidikan di negara ini, Abim Negeri mendesak penyelesaian segera dicapai oleh pihak-pihak terbabit. 

Abim Negeri Selangor juga memuji tindakan pentadbiran UNISEL yang berbincang dengan pihak PTPTN serta menilainya sebagai satu tindakan yang wajar.

Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting, katanya.

Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan.

Oleh yang demikian, Abim Negeri Selangor menggesa pihak PTPTN agar mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan dakwaan penggantungan dan menyatakan dengan jelas sebab munasabah di sebalik isu ini. 

"Kami juga mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan," desak beliau.

Mengambil kesempatan ini, Abim Negeri Selangor juga menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini daripada berlarutan.

Ini kerana, ia menyentuh secara langsung imej Unisel selaku IPT utama di negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa depan para pelajar.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10796--ptptn-unisel-abim-anggap-hasil-politik-memualkan

Tunggu statement daripada PEPIAS plak ea.

06 June 2012

Mengumumkan....Wajah - wajah baru,,

~PIMPINAN KANAN PEPIAS PUSAT 2012/2014~.



                                                         PRESIDEN


AHMAD FAWWAZ BIN AHMAD SHUKRI 

a.fawwaz75@gmail.com




TIMBALAN PRESIDEN


MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SHAMON

hafizhufaz@gmail.com




NAIB PRESIDEN


MUZAKKIR BIN MOHD NOOR

muzakkirmohdnoor@gmail.com




NAIB PRESIDEN HELWANI (1)

SUSILAWATI BINTI NAIM

susilawatinaim@gmail.com



NAIB PRESIDEN HELWANI (2)


AIDA MUSLIHAH BINTI JAIMI

aidamuslihah@gmail.com




SETIAUSAHA AGUNG


ROZAIDI BIN JAMALUDIN

edirozaidi@gmail.com




PEN. SETIAUSAHA AGUNG


NOR SULAIHA BINTI MD SOKRI

salsabilasulaiha@gmail.com




BENDAHARI AGUNG


MUHAMMAD AFIQ BIN RAMLEE

afiqramlee@gmail.com




PEN. BENDAHARI AGUNG


NUR HANANI BINTI HAJI LEMAN

ukhtinurhanani391@gmail.com



TAHNIAH diucapkan kepada saf pimpinan PEPIAS Pusat 2012/2014. Semoga dengan amanah yang diberikan ini, kalian berusaha untuk mempertahankan ummah demi agama ALLAH yakni ISLAM..

Dari SAYYIDINA 'ALI BIN ABI TALIB KARRAMALLAHU WAJHAH, dia berpesan:

"Barangsiapa yang menjadikan dirinya sebagai PEMIMPIN, maka hendaklah dia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum dia mengajar orang lain. Hendaklah dia membentuk mereka dengan contoh perbuatannya sendiri sebelum ia membentuk mereka dengan lidahnya. Orang yang menjadi guru dan pendidik bagi dirinya lebih layak menerima penghargaan dan sanjungan dari orang yang mengajar dan membentuk orang lain sedangkan dirinya terbiar"

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ALLAH

Jumlah Pengunjung