14
Jun 1989. Hari teramat bersejarah dalam kalendar hidupku. Mana tidaknya, hari
pertama roh dan jasad aku dirasai oleh dunia bumi nyata! Hari pertama
tangisanku didengari oleh dua orang yang aku terhutang budi sampai bila-bila.
Tidak pasti bagaimana agar dapat aku membalasnya dengan kadar yang sebenarnya.
Sangat tidak pasti. Kebimbangan aku ini ditambah lagi dengan kisah betapa
harubirunya keadaan ayah apabila ibu kesakitan dan perlu dikejarkan ke hospital
secepat mungkin di waktu malam, dan aku kini baru sedar betapa banyak dosa
telah aku lakukan pada mereka. Astaghfirullahalazim. Ya Allah Tuan punya
diri ini dan alam ini, tolong ampunkan aku dan kedua ibu bapaku dan cucurilah
rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara
dan mendidikku semasa kecil.
Teringat
pula ketika umurku sekitar 6-8 tahun jika tidak silap. Waktu itu aku lihat
sijil kelahiranku buat pertama kali dalam keadaan yang waras dan boleh
berfikir. Baru aku tahu aku lahir pada 16 Jun, dan aku terus meneliti siapa aku
sebenarnya melalui kertas itu, waktu lahir, warganegara dan lain-lain. Tahu tak
apa antara yang paling tidak menarik perhatianku waktu itu? Tentulah butiran
tentang ‘Agama : Islam’, kerana aku tidak nampak makna atau erti
kepentingannya, aku hanya warisinya daripada ibubapa. Biasalah orang Islam di
Malaysia ini kan ramai. Semua rileks sahaja jadi orang Islam, tidak ada
apa-apa yang ‘gempak’ pun. Bermacam-macam lagi sebab aku tidak perlu ambil
peduli tentang butiran itu. Yang aku tahu arwah ibu aku selalu marah jika tidak
solat. Aku solat sebab ibu suruh atau ikut-ikut sahaja.
Hari
demi hari, sepanjang persekolahan, Allah rezekikan aku kesedaran dan kefahaman
agama sedikit demi sedikit. Tidak banyak pun. Mungkin dengan bacaan ‘ihdinas
siratal mustqim’ sekurang-kurangnya
17 kali sehari bersama sedikit penghayatan ditambah dengan hati yang
benar-benar mahu transform itu benar-benar membantu. Mungkin. Hanya
Allah Maha mengetahui, tetapi aura dan gelombang keseronokan waktu muda itu aku
turut ikuti dalam beberapa hal. Tidak dinafikan. Biasalah, orang muda. Alasan standard
.Kawan sekeliling semua macam-macam kepala. Patutlah apabila cerita tentang
keberantakan sosial itu disinonimkan dengan orang muda. Aku tidak kata semua
keseronokan itu salah, tetapi kalau dah 2 bulan cuti itu sepenuhnya diisi
dengan main game, jalan-jalan window shopping, lepak-lepak, main
futsal, apa MAKNA kehidupan ini? Apa makna kehidupan ini? Memanglah solat jaga
(itu pun kalau bagi yang jaga), dan kita tidak buat jenayah atau menyusahkan
orang lain pun, tetapi persoalannya, hidup ini memang pusing-pusing macam tu
sahaja ya? Aku keliru dan terus terpedaya dengan kebudayaan Barat yang mengisi
kekosogan jiwa dengan pelbagai keseronokan. Bila diisi jiwa itu, rakus bagai
tidak pernah cukup, nak lagi dan lagi. Sampai bila tidak tahu. Aku tidak pasti
bagi mereka yang tidak memikirkan perkara ini. Mungkin just go with the flow
itu pilihan ramai. Ikut arus dunia yang sedia ada tanpa berfikir dalam.
Namun, usaha untuk kembali kepada Allah dan tambah kefahaman tidak akan boleh
berhenti sampai mati insyaAllah.
Bila di
universiti, kekeliruan identiti ini semakin bobrok dan meruncing. Jumpa orang
dengan macam-macam rupa dan gaya. Dalam rumah jadi lain, keluar rumah jadi
lain, macam Dr. Jackell and Mr. Hyde. Aku tidak nafikan penangan nafsu dan
syaitan itu sungguh luar biasa. Patutlah Allah tekankan dalam surah Al-Fatir
ayat 6 untuk lakukan syaitan itu benar-benar macam musuh! Bukan main-main.
Surah Al-Isra’ ayat 61-65 pula terangkan liciknya pelbagai jenis penipuan
syaitan. Surah Az-Zukhruf ayat 36-38 pula Allah terangkan jikalau TIDAK ENDAH
pengajaran daripada Allah, memang Allah adakan syaitan baginya. Syaitan itu
jadi temannya yang tidak renggang daripadanya (rujuk terjemahan Al-Quran itu
sendiri agar rasa perkataan itu benar-benar daripada Allah. Apa guna ada
Android atau I-Phone kalau tidak ada Quran terjemahan). Walaupun begitu,
cantiknya Islam ini ialah ia amat menekankan penjagaan silaturrahim. Aib diri
atau aib kawan jangan dihebahkan. Allah akan jaga aib di dunia dan akhirat
(hadith). Segala dosa terus direct dengan Allah. Manusia yang penuh
dengan judgement dan sangkaan tidak perlu tahu melainkan beberapa
situasi penting sahaja. Cantik Allah tentukan hubungan manusia dengan manusia
dalam surah AL-Hujurat.Trend sekarang, dapat berita sedikit tentang
orang itu terus jadi bahan cerita atau bahan ketawa. Satu kesilapan dia cukup
untuk padam semua kebaikan yang dia telah buat. Imam al-Ghazali pesan tegas
bahawa jika ada lelaki itu mengumpat tentang seorang lelaki lain yang memakai
emas atau sutera contohnya, dia tidak sedar yang dosa mengumpat itu jauh lagi
besar daripada memakai emas atau sutera itu sendiri. Ya Allah, ampunkanku
terutamanya, yang penuh dengan kecuaian dan kelalaian, ampunkan dosa ibu
bapaku, ahli keluargaku, sahahat-sahabatku, kawan-kawanku, guru-guruku dan
ummat Muslimin semuanya.
Kini aku semakin
bebas membuat pilihan. Halangan semakin sedikit dan aku boleh buat apa-apa yang
dikehendaki. Pengaruh kawan itu sangat
memberi impak yang tinggi. Ini menyebabkan persoalan identiti itu menjadi
semakin merumitkan. Apakah pandangan hidup yang aku perlu ada
sebenarnya? Boleh ke aku ikut sahaja sogokkan keseronokan dunia sekarang semuanya
yang sangat banyak tanpa henti? Tengok wayang, online gaming pelbagai
bentuk, muzik, cerita beratus-ratus episod, bersosial tanpa had, taksub politik
membuta, tetapi aku jaga solat. Aku belajar betul-betul dan aku jaga mak ayah.
Nanti aku dapat degree aku cari kerja bagus-bagus. Aku tidak pasti.
Jawapan ini tidak memenuhi jiwa aku. Macam tidak cukup, Lepas belajar, kerja,
lepas kerja kumpul duit beli rumah, beli kereta. Lepas itu kahwin, lepas kahwin
dapat anak, ada duit lebih sikit bayar hutang, atau berhibur, dan kehidupan
sebegitu akan putar dalam kitaran yang sama sampailah kepenghujungnya. Is
this what is life all about? 5 rukun Islam dan beberapa amalan spiritual,
jaga sedikit hubungan kekeluargaan, cari rezeki yang halal. Aku masih
samar-samar. Apa makna aku jadi seorang islam? Cukupkah dengan beberapa perkara
asasi itu? Apa makna aku jadi seorang Islam? Apa kaitan aku seorang pelajar
dengan Islam? Mana dia jawapan yang jelas dengan ilmu penuh keyakinan?! Bukan
dengan sangka-sangka.
Rasulullah duduk
seorang diri menangis memikirkan keadaan iman ummatnya. Kita disini seakan-akan
melaungkan sayang kepada Baginda tetapi realitinya, aku malu terhadap diriku
jika bertemu denganmu Ya Rasulullah. Aku malu. Entah berapa kolam darah sahabat
mempertahankan agama ini sudah aku lupakan, sampai Islam sampai ke bumi
nusantara ini. Aku disini hanya memenuhi keperluan diri. Kalau ada sumbangan
pun apa sahajalah. Kenapa Rasulullah menangis merenung akan iman ummatmu ya
Rasulullah? Kenapa?
Apa makna
kehidupan ini? Bagaimana aku mahu menjadi Islam sejati yang sempurna dalam
hidup? Apa kaitan Islam dalam kehidupanku dan kerjayaku? Sudah betulkan mind
set aku dan pandangan hidup yang aku pilih? Apa makna hidup ini? Apa makna
hidup ini?
___________________________________________________________________________
*Artikel ini dikeluarkan khas untuk program Kem Latihan Asas PEPIAS pada 9-11 November 2012 di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju.