21 October 2011

Hudud - Murtad - Dakwah: Salah faham atau berkepentingan?

Tiada keraguan dengan Islam

1. Pandangan umum masyarakat kita tentang perkataan JAHIL bermaksud "tidak mengetahui" sedangkan dalam terjemahan bahasa Inggeris adalah "ignorance" yang bermakna mengabaikan atau tidak mempedulikan. Perkataan "ignorance" boleh difahami sebagai seseorang yang memang mengetahui kebenaran tetapi berpaling darinya lantaran sombong atau berkepentingan.  

2. Al-Quran adalah kalamullah dan sebarang keraguan atau penafian walaupun satu huruf darinya boleh menjadikan seseorang muslim menjadi murtad. (Tidak perlu tunggu didakyahkan oleh agama lain.) Muslim yang percaya dengan hati akan semua suruhan dan hukum hakam didalam Al-Quran tetapi tidak mengakui di khalayak ramai boleh menjadi fasik. Manakala muslim yang langsung tidak percaya dikhuatiri boleh jatuh kafir.

3. Seseorang muslim yang tidak mengiktiraf hukum Allah swt di dalam Al-Quran boleh disebabkan oleh tiga perkara: a) tidak tahu langsung atau salah faham b) tahu dan percaya dalam hati tetapi buat-buat tidak tahu. c) tahu tetapi tidak percaya dan ragu-ragu. Jadi mereka yang sebegini boleh jadi jahil, fasiq, atau kafir. Ini adalah definasi ringkas yang dapt kita jadikan sbg kayu ukur polemik semasa ummat. Tak perlu gopoh atau emosional.

Raja berdaulat kerana mendaulatkan Islam

4. Sebagai sebuah negara demokrasi berpelembagaan yang berdaulat, kita menjunjung titah raja-raja Melayu dalam menegaskan semula hal-hal perlembagaan yang menyebutkan Islam sebagai agama persekutuan (bukan agama rasmi) sepertimana yang dipertegaskan oleh Yang Mulia Raja Dr. Nazrin dalam sebuah majlis yang mengumpulkan majlis-majlis agama Islam Negeri seluruh Malaysia baru-baru ini.    

5. Kita juga menjunjung titah Duli Yang Mulia Sultan Sharifuddin yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor dalam isu serbuan ke gereja baru-baru ini sebagai reflek mempertahankan kedaulatan Islam di negeri Selangor ini. Sudah selayaknya Sultan sebagai ketua agama negeri yang telah bersumpah untuk mempertahankan kedaulatan Islam di bumi Malaysia ini mengambil tindakan sedemikian.

6. Kuasa adalah amanah Allah swt. Penggunaan kuasa oleh pemerintah sesebuah negara yang selari dengan kehendak Allah swt boleh diertikan sebagai usaha mendaulatkan Islam sebagai Ad-deen di negara tersebut. Maka dalam konteks negara kita, Sultan yang menggunakan kuasa demi menegakkan Islam sebagai kuasa teratas boleh difahami sebagai Sultan yang mendaulatkan Islam.

7. Negara kita berdaulat kerana Sultan masih mendaulatkan Islam. Tetapi itu tidak menutup ruang yang masih banyak untuk diperbaik dan diperhalusi. Tidak perlu gopoh. Tindakan segera penting tetapi dengan bijaksana.

Salah faham terhadap Islam adalah isu sebenar


8. Peristiwa 9/11 telah menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi masyarakat AS dan eropah terhadap Islam. Komuniti muslim disana yang tertekan dengan salah faham masyarakat bahawa Islam adalah agama terrorisme telah bangkit bersatu memberi penerangan yang benar tentang Islam hatta hingga ke dalam gereja. Ini sedikit sebanyak telah membersihkan salah faham dan sekaligus ramai yang tertarik untuk memeluk Islam.

9. Malangnya kita tidak nampak bahawa komuniti bukan muslim di Malaysia sendiri sudah berpuluh tahun dibiarkan umum dengan salah faham terhadap Islam. Benar terdapat pelbagai usaha dari pelbagai pihak untuk memperbaikinya tetapi masih dalam nisbah yang kecil. Di Malaysia, kadar dialog diantara agama masih rendah dan Islam seolah-olah lebih selesa dijadikan eksklusif kepada orang Melayu.

10. Salah faham dipihak bukan muslim adalah seperti a) undang-undang Islam adalah zalim b) Islam menindas wanita c) Islam menyekat hak asasi manusia d) pemerintahan Islam akan menindas golongan bukan  Islam. Walhal hakikatnya adalah sebaliknya. Antara penyumbang salah faham ini adalah dakyah filem-filem antarabangsa yang seharusnya diambil kira oleh pihak FINAS.

11. Salah faham dipihak muslim adalah seperti a) Islam adalah hidayah dari Allah swt, Orang yang kafir kerana keturunan boleh menjadi Islam secara tiba-tiba. dakwah tidak perlu diusahakan.  b) Agama adalah isu sensetif dan tidak perlu diberi penjelasan yang sepatutnya demi mengekalkan keamanan c) dakwah adalah kerja Ustaz d) Tidak boleh belajar tentang agama lain kerana belum tamat mengaji Al-Quran.

Rekahan menjadi lubang, lubang menjadi jurang

12. Isu sensetiviti adalah isu yang dimainkan untuk mendapat sokongan. Tidak dapat dinafikan ada yang ikhlas dan bersungguh-sungguh tetapi selalu yang dipopularkan adalah mereka yang berkepentingan. Demi menjaga sensetiviti yang disolek hodoh ini akhirnya tiada sebarang interaksi berlaku antara agama dan salah faham kian menebal. 1 Malaysia hanya tinggal gagasan dan yang tinggal hanyalah kecurigaan dan syak wasangka yang bertukar kepada dendam dan permusuhan. Jurang antara kaum dan agama kian besar.

Ilmu adalah cahaya


13. Penerangan yang murni tentang Islam adalah perkara yang harus digerakkan segera oleh segenap lapisan masyarakat. Terlalu banyak kekusutann yang dapat dileraikan sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik. Jurang antara kaum dan agama akan dapat dikecilkan dan impian 1 Malaysia mungkin dapat direlisasikan. Mulakan dengan mencari ilmu yang sahih dan mula menyebarkannya.

Optimislah. musuh akan sentiasa ada

14. Sebagai penganut Islam yang yakin dengan kebenaran risalah nubuwwah ini, seharusnya kita bersikap yakin, optimis dan berani dalam menyampaikan kebenaran. Masalah akan sentiasa ada kerana musuh juga tidak akan berhenti bekerja. Musuh dikalangan muslim sendiri adalah orang munafik manakala dikalangan bukan muslim adalah mereka-mereka yang sombong tidak mahu menerima kebenaran. Itulah lumrah hidup.

15. Sedangkan mereka-mereka yang bukan muslim yang ikhlas mencari kebenaran insyaallah didoakan dapat menemui tuhan sebenar yang dicari-cari selama ini.

09 October 2011

SYARAT PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO “20 TAHUN PEPIAS”

1. TUJUAN

Logo ini akan menjadi Logo Rasmi Sambutan Pelancaran 20 Tahun PEPIAS.

2. HADIAH

Pemenang Utama akan menerima hadiah MISTERI dari pihak penganjur.

3. SPESIFIKASI LOGO

1.

Logo yang direka hendaklah menggunakan grafik computer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dalam bentuk jpeg (CD) atau dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4.

2.

Peserta hendaklah menyertakan penerangan dan rasional rekaan logo yang dicipta sama ada bentuk/warna/simbol yang terdapat dalam logo tersebut.

3.

Maksimum penggunaan warna yang dibenarkan hanyalah 4 warna sahaja.

4.

Logo yang dicipta mestilah asli (tidak ditiru daripada mana-mana sumber) dan tidak boleh mengandungi sebarang unsur yang mengganggu sensitiviti mana-mana kaum, agama, dan budaya.

5.

Logo tersebut hendaklah mempunyai simbol/lambang/perkataan yang melambangkan PEPIAS dan logo tersebut wajib berteraskan konsep “20 tahun PEPIAS”.










4. SYARAT PENYERTAAN


1.

Terbuka kepada semua.

2.

Penyertaan boleh dibuat menggunakan borang penyertaan.

Penyertaan adalah percuma dan setiap peserta boleh menghantar lebih dari satu (1) logo ciptaan. Satu (1) borang penyertaan untuk satu (1) logo.

3.

Peserta hendaklah memastikan keaslian logo dicipta terpelihara. Pihak urusetia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan daripada pihak ketiga keatas hak ciptaan logo.

4.

Setiap penyertaan logo tidak akan dikembalikan dan akan menjadi hakmilik sekretriat.

5.

Pihak urusetia juga mempunyai hak untuk mengubah logo yang direka oleh peserta

6.

Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungjawab peserta sendiri.

7.

Semua penyertaan hendaklah ditulis dengan jelas dan borang penyertaan boleh didapati di laman web www.persadapepias.blogspot.com












5. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

1.

Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

2.

Hanya seorang pemenang akan dimaklumkan secara rasmi oleh Urusetia pertandingan.

3.

Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek konsep, kreativiti dan keaslian oleh Pengadil yang dilantik oleh Urusetia.






6. PENGHANTARAN PENYERTAAN

Penyertaan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Urusetia Pertandingan Mencipta Logo 20 Tahun PEPIAS

Sekreteriat PEPIAS - ABIM Gombak,

Jalan Dato' Haji Kaharuddin,

Kampung Changkat,

Batu 6 3/4,

53100 Gombak,

Selangor Darul Ehsan.

No. Tel /Faks : 03 - 6184 2943

Laman Sesawang : www.persadapepias.blogspot.com

Email : pepias@yahoo.com


7. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Tarikh tutup penyertaan adalah pada Sabtu, 5 November 2011 sebelum jam 12.00 malam.

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO 20 TAHUN PEPIAS boleh didapati daripada Syaifusyafiq 0132557442 / Siti Nadia (Nana) 0193493110

Jumlah Pengunjung