01 February 2011

Sambutan Jubli Emas 50 Tahun PKPIM


Pada 29 Januari yang lalu, PEPIAS telah menghantar wakil 15 orang ke Sambutan Jubli Emas 50 tahun Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) di Dewan Gemilang, Kolej 12, Universiti Malaya ( UM ) -tempat yang penuh sejarah bagi PKPIM.

Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh YB dato' Saifuddin Abdullah, bekas Timbalan Presiden PKPIM merangkap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Di dalam ucapannya, beliau telah menceritakan tentang pengalaman beliau selama bergiat dalam PKPIM yang mana telah membentuk beliau menjadi seperti sekarang iaitu seorang pemimpin di Malaysia. Beliau turut menyeru agar semua mahasiswa/i atau belia agar bangkit dari bayangan lesu supaya dapat menggerakkan negara ke arah yang lebih jitu.

Sebelum itu, majlis turut diserikan dengan deklamasi Puisi oleh Sasterawan Negara, Pak Samad yang bertajuk Abjad Bertaring. Sangat menyentuh bagi jiwanya pencinta negara. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Presiden PKPIM, Sdr Faisal. Beliau menfokuskan juga untuk semua belia agar terus berani ke hadapan bagi mendepani segala isu-isu yang berlaku dalam negara dimana bukan sekadar lesu dipermainkan media dan sebagainya. Majlis turut diserikan dengan Pidato 50 Tokoh PKPIM oleh pemidato yang tidak asing lagi iaitu Ybgh Dato Dr Siddiq Fadzil. Pidato beliau menyentuh tentang semangat, pengalaman, karisma yang perlu ada pada setiap insan untuk membawa usaha dakwah ini.

Sempena majlis pelancaran ini, PKPIM turut melancarkan Kempen Islam Warnai Hidupku sempena 5o tahun PKPIM iaitu persatuan pelajar paling lama di Malaysia.

Pada majlis ini, PEPIAS mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan wakil badan gabungan negeri lain untuk berkongsi dan menghubung erat lagi tali persaudaraan.

PEPIAS mengucapkan terima kasih atas jemputan oleh pihak PKPIM dan TAHNIAH buat PKPIM yang sudah separuh abad dalam usianya. Smeoga usaha dakwah dapt terus istiqamah di atas landasan yang benar. Amin.


Wakil APLE PEPIAS

Wakil HELWANI PEPIAS

SUA & Naib Presiden PEPIAS


Keberangkatan tiba Yb Dato Saifuddin.

Kehadiran tetamu khas Pak Samad dan Dato Siddiq Fadzil

Bersalaman dengan menteri

p/s - menanti sambutan 20 tahun PEPIAS pada 1 Oktober nanti...mari semua ahli PEPIAS berganding bahu menjayakannya..

No comments:

Jumlah Pengunjung