16 February 2011
Who is Khaled Mohamed Saeed?
14 February 2011
08 February 2011
.: INDAHNYA BILA BERTAMRIN NISA' :.
"Perjuangan Yang Berpanjangan.. Jangan Takut, Jangan Gentar"
Alhamdulillah....Astaghfirullah....tiada kata yang lebih bermakna selain mengucapkan rasa syukur yang tidak terhingga ke atas Nikmat dan anugerah yang ALLAH berikan kepada kita sebagai manusia....terima kasih ya ALLAH...
Persiapan dalam memberikan yang terbaik kepada ummah pada hari ini merupakan satu keperluan yang utama disamping memberikan nilai tambah yang positif kepada generasi masa kini terutamanya bagi golongan remaja muslimah harus dipandang serius. Tambahan pula, remaja wanita pada masa kini semakin terdedah dan mudah terpesong ke lembah yang tidak bermoral sekiranya tidak diberi perhatian dan penjagaan yang rapi oleh Ibubapa.
Jesteru itu, atas kesedaran inilah, maka HELWANI PEPIAS Pusat perlu mengorak langkah untuk lebih agresif dalam meningkatkan aktiviti-aktiviti berunsurkan kerohanian dikalangan remaja wanita pada masa kini. Pengukuhan asas rohani yang baik perlu diterapkan dikalangan semua ahli helwani PEPIAS bagi memberi ruang kepada remaja wanita agar dapat membentuk asas sahsiah dan halatuju sebagai muslimah sejati serta memperbaiki diri untuk menjadi lebih maju dalam menyumbang kepada masyarakat secara berterusan.
Disamping itu, Matlamat program ini adalah untuk menjadikan muslimah yang mempunyai kekuatan hati dalam gerakan dakwah, disamping mempunyai sahsiah yang baik, bermotivasi, berdedikasi, berdaya saing, berinovasi serta berkeyakinan dalam menghadapi cabaran sebagai pendakwah muda.
Alhamdulillah...pada 4-6 feb 2011 yang lalu, bertempat Di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, TAMRIN NISA' anjuran HELWANI PEPIAS dengan kerjasama MWPKL telah berjaya dilaksanakan...Masya Allah....tenang sungguh Masjid ni kan??
Inilah suasana Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kalau waktu malam....tengok tempat je macam dah seronok kan? T.E.N.A.N.G~...memang agak rugi siapa yang tak serta kami...apapun, bukanlah keindahan Masjid yang kami nak kongsikan bersama kalian semata-mata, tapi apa yang kami harapkan adalah semoga segala ILMU yang dipelajari dari TAMRIN NISA' ini diaplikasikan dengan sebaik mungkin oleh semua Peserta.
Seramai 33 orang peserta yang hadir dari pelbagai IPTA/IPTS Sekitar Selangor dan Kuala Lumpur seperti UKM (Bangi) , UIA-Gombak (Gombak), Pusat Asasi UIA-Petaling jaya (PJ) & UIA-Kuantan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS (Bangi) , USIM (Bangi), MultiMedia Collage (Ampang), dan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (Pandan). Terdapat juga penyertaan yang kami terima dikalangan pelajar lepasan SPM iaitu bekas pelajar dari SBPI (Gombak), SMK Darul Ehsan, dan SAMTAJ (Shah Alam). Selain itu juga, penyertaan yang paling jauh adalah dari KATPM (Perlis). Terima Kasih atas sokongan dan penyertaan kalian.
Sebelum saya berkongsi serba sedikit tentang pengisian dan suka duka sepanjang program berlangsung, izinkan saya bercerita satu situasi...bila dengar perkataan Tamrin Nisa', terlintas di fikiran...TAMRIN NISA'???? apa tu???tak pernah pergi pun...buat pertama kalinya sepanjang saya menjadi ahli PEPIAS yang hampir ke tahun yang kesembilan, inilah TAMRIN NISA' yang pertama kali saya ikuti anjuran PEPIAS...sebelum ini saya belum didedahkan dengan Tamrin Nisa' anjuran PEPIAS sendiri...yang pernah pun, anjuran PKPIM...apapun, semoga TAMRIN NISA' ini dapat di jalankan pada setiap tahun dan diteruskan oleh generasi yang akan datang.
Oleh kerana ini pertama kali yang dianjurkan sepanjang saya menjadi ahli PEPIAS, maaf dipinta atas segala kelemahan dan kekurangan...banyak lagi yang perlu diperbaiki untuk menjadikan Tamrin Nisa' ini lebih baik pada masa akan datang. InsyaAllah...
Ajk yang tiba seawal jam 11.00 pagi dan penuh bersemangat bertungkus lumus untuk persiapan pendaftaran...
Pendaftaran peserta dibuka bermula jam 3.00 petang.
Aktivi Taaruf Kubra dan 'ice breaking' telah dikendalikan oleh Saudari Khaulah.
Aktiviti diteruskan lagi dengan mind setting yang dikendalikan oleh saudari Adila.
Antara menu makanan yang disediakan dan ditaja oleh Pihak Masjid.
Syukur.....Alhamdulillah atas segala rezeki yang dikurniakan.
Saat yang dinantikan oleh semua peserta adalah apabila makan bersama-sama menggunakan dulang..(^^,)
Tergambar kegembiraan atas Ukhuwah yang terjalin...
Senaman pagi yang bertemakan 'group binding'. Wahhh..feeling habis peserta kita ni.
Antara objektif senaman adalah untuk menerapkan nilai KEBERSAMAAN terutamanya dalam mengharungi cabaran dan rintangan dalam gerakan DAKWAH.
Ehhh?? tali apa pulak ni??? aktiviti apa ni??
berhati-hati sungguh mereka..haa...jaga2...jangan kene garisan!
Pelbagai pengajaran dapat diambil dari aktiviti ini. Antaranya ialah berkenaan jati diri, pengorbanan, matlamat, kepercayaan, dan lain-lain lagi. Sangat BERBALOI~
Ok...jom kita kongsikan pula serba sedikit tentang pengisian sepanjang program berlangsung...
Sesi pada malam pertama dimulai dengan memperkenalkan APA ITU PEPIAS...dan Alhamdulillah, penambahan ahli untuk HELWANI gruop di FB dah semakin bertambah. Moga kita dapat memanfaatkan penggunaan IT ini sebaik mungkin dalam menyebarkan info dan berdakwah.
Slot 1 : Tak kenal Maka Tak Cinta
( Kenali diri Sebagai Mujahidah).
Dalam slot ini lebih menekankan aspek mengenal diri dan tanggunjawab kita sebagai Khalifah, Hamba, dan Daei, seterusnya memupuk semangat dan mengetahui tanggungjawab sebagai mujahidah. Pada asalnya, penyampai slot ini adalah dari kalangan akak senior PEPIAS, tapi perancangan ALLAH adalah lebih sempurna, jadi...terpaksalah Ketua Helwani PEPIAS yang kena 'take over'. Berbekalkan sedikit pengalaman sebagai Naqibah waktu KELAPE, jadi Modul dan pengisian ini di 'upgrade' untuk dikongsikan bersama dengan peserta tentang 7 persoalan BERAT yang mengisafkan dan meuhasabah diri kita. Antara persoalannya ialah : Siapa kita?, Dari Mana Asal kita?, Kampung kita dimana?, apa cita2 kita?, Bagaimana mahu kita capai cita2 kita?, Apa yang kita buat disini?, dan kemana halatuju kita selepas ini?.
-Sekadar perkongsian evaluasi peserta dari slot 1 (HUSNA): "Bila kak Dila bagi pengisian dalam Slot 1 untuk Kenali Diri, pada mulanya saya hanya angguk dengan Yakin dan cakap saya kenal diri saya..tapi, baru saya sedar itu palsu belaka. Alhamdulillah, baru saya terfikir untuk sentiasa kaitkan setiap aspek dalam kehidupan dengan tujuan sebenar kita diciptakan.(^^,) terima Kasih Kepada Allah yang telah menjadikan program Tamrin Nisa' ini sebagai asbab untuk saya belajar semua ini."
Apapun, Alhamdulillah, segala yang baik itu semamangnya datang dari ALLAH.
Pengisian diteruskan dengan Slot khas yang bertajuk: Menangkan IMAN yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Al Adib Bin Samuri. Berkerja sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam,UKM.
Satu kelainan dan banyak ilmu yang diperolehi dalam slot ini. Antara aspek penekanan yang ditekankan adalah berkaitan isu2 remaja wanita pada masa kini. Selain itu, penceramah turut berkongsi tentang bagaimana cara menangkan iman apabila berhadapan dengan pelbagai situasi. Terlalu banyak yang ingin dikongsikan dalam slot ini kalau mahu diikutkan hati. Apapun, satu perkataan yang boleh saya gambarkan tentang perkongsian ini adalah "MANTAP"
Penyampaian cenderahati dari pihak Masjid dan HELWANI PEPIAS
- Evaluasi dari peserta tentang slot Khas ( Fatimah Zahra) : "pengisian yang sangat BEST, skop yang jelas tentang masalah sosial yang sangat membelenggu remaja masa kini. Konsep menangkan IMAN yang sangat mudah, faham konsepnya dan boleh jadi pegangan pada masa hadapan. Selain itu, sumber dari hadis, dan pengalaman,yakin pada sumber,percaya apa yang dikatakan"
Slot 2 : Jati Diri
(Kekuatan hati dalam gerakan Dakwah)
Slot ini disampaikan oleh saudari Norhidayah Binti Sumairi yang merupakan Setiausaha Kewangan ABIM Selangor. Slot ini lebih menekankan aspek jati diri yang perlu ada pada diri Muslimah untuk menguatkan hati agar terus istiqamah dalam perjuangan. Selain itu, penceramah menceritakan pengalaman beliau berkaitan degan jati diri sepanjang tempoh beliau bersama Jemaah. Semoga perkongsian ringkas dan padat ini dapat dijadikan pedoman buat semua peserta.Amin...
Kenangan Bersama Penyampai Slot 2
Evaluasi peserta berkenaan slot2 (Malyanah) :" apa yang saya perolehi dari slot ini adalah jangan hirau pandangan orang lain atau kritikan selagi kita buat benda yang betul disisi agama Islam. Seronok dengar pengalaman dan ilmu yang diberikan, ingin membentuk jati diri sebagai Mujahidah yang sebenar dan sangat teruja dan semoga dapat disampaikan pada generasi akan datang dengan lebih baik."
slot 3 : Matlamat & Halatuju
( Peranan Mujahidah dalam Memperkasakan Institusi Dakwah)
Slot ini disampaikan oleh Zakiyah Binti Samsuri yang merupakan Mantan Ketua Helwani PEPIAS. Antara aspek yang ditekankan dalam slot ini ialah bertapa pentingnya peranan sebagai wanita dalam membantu kaum ADAM dalam melancarkan lagi pergerakan dakwah. Selain itu, penceramah menekankan ciri2 yang perlu ada pada diri sebagai Mujahidah untuk menjadi lebih KENTAL dan TABAH dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak duri dan cabaran ini.
Antara aktiviti2 yang diselitkan dalam slot ini.
Evaluasi peserta hasil dari slot 3 (Hamba Allah) : " Slot yang disampaikan oleh k.yaya best...kalau dapat dipanjangkan lagi memang fun..dengan keadaan k.yaya yang berbadan dua, ia lebih buat kami rasa kagum. Aktiviti yang menarik, refleksi diri tentang apa itu matlamat dan halatuju dan bagaimana mencapainya. Ciri2 Mujahidah turut diterapkan."
Slot 4 : Cabaran, Halangan & Cara Mengatasi
(Persediaan Sebagai Pendakwah Muda)
Slot ini disampaikan oleh Saudari Haryati Binti Abd. Halim. Beliau merupakan Ketua HELWA ABIM Selangor dan bekerja sebagai Expidator shipping Analyst di Talisman-Energy Malaysia Limited. Perkongsian ilmu dan pengalaman yang dikongsikan bersama peserta amat berguna dan penting sekali untuk dijadikan panduan dalam kehidupan seharian sebagai remaja muslimah yang menuju ke arah Mujahidah Sejati. Antara intisari perkongsian beliau ialah ketegasan yang perlu ada dalam diri untuk berhadapan dengan Cabaran semasa dan bagaimana cara terbaik untuk mengatasi sesuatu masalah terutamanya dalam gerakan dan masalah ummat. Selain itu, jangan terlalu manjakan diri walaupun kita dijadikan sebagai kaum yang lemah lmbut,kena ada PAKSA dalam diri untuk mencapai kemajuan dalam menghadapi cabaran hidup sebagai Pendakwah Muda. Set diri mengikut keutamaan. Sentiasa Berdoa pada tuhan, jangan sesekali berputus asa.
Evaluasi Peserta dalam slot 4 (Hanani):"Rupanya banyak lagi cabaran yang lebih berat dan mencabar yang saya tak hadapi lagi. Ini menunjukkan yang cabaran saya hadapi itu baru sikit saje. So, kita kena sedia untuk tidak sedia. Selain itu,slot ini memberi semangat pada saya untuk sambung belajar ke peringkat lebih tinggi "Master in Quran Sunnah. Kak Yati seorang yang tegas, pendirian yang tetap dan ingin mencontohinya. "
Slot 5 : Motivasi Diri
(Keseimbangan Dakwah Dalam Kerjaya & Cinta)
Slot ini disampaikan oleh Puan Fadhilah Binti Sidek yang merupakan salah seorang aktivis yang tidak asing lagi dan disegani dari dahulu sehingga kini. Merupakan Mantan Ketua Helwani PEPIAS dan kini sebagai Ketua HELWA ABIM Pusat. Perjuangannya patut dicontohi oleh generasi muda agar mempunyai semangat yang jitu dalam berjuang dan bersemangat waja untuk terus menempuh cabaran dalam berdakwah pada masa kini.
Setelah peserta didedahkan dengan pengenalan diri, jati diri, Matlamat dan Hala tuju, Cabaran, Halangan dan Cara Mengatasi, kini tibalah acara kemuncak untuk persediaan bagaimana ingin menyeimbangkan dakwah dalam kerjaya dan Cinta. pelbagai perkongsian menarik yang dikongsikan oleh penceramah yang cukup HEBAT ini kepada peserta. Antara yang boleh saya kongsikan disini ialah, untuk berhadapan dengan situasi dimana Dakwah dapat diseimbangkan antara Kejaya dengan Cinta amatlah susah dan memerlukan pengorbanan dan keikhlasan yang tinggi. Penceramah juga menceritakan pengalamannya mengenali dunia Jemaah bermula sejak di zaman persekolahan sehinggalah kini.
Selain itu, latar belakang pendidikan penceramah membuatkan peserta ingin mencontohinya untuk terus menimba ilmu setinggi yang yang mampu. Pesannya kepada kami,walaupun kita aktif dalam gerakan jemaah, tapi biarlah pendidikan kita pun tahap yang baik dan elakkan dari dijadikan bahan fitnah kepada Jemaah. Sesungguhnya saya memang teruja dengan pengalaman dan pengorbanan beliau yang kadangkala membuat saya terfikir. Apakah mampu saya menjadi Mujahidah seperti dia?? InsyaAllah...dengan adanya kesungguhan, pasti akan berjaya. perkataan yang tidak boleh saya lupakan dalam slot ini " PENYENDAL BERIMAN"
PENYENDAL BERIMAN...hehehe...sape yang tak pergi, boleh tanya kami, akak2 dan abg2 senior...(^^,)
Menerangkan dengan penuh semangat sekali!!! Cayalah Kak Fadh~
Kenangan bersama Kak Fadh
Evaluasi peserta untuk slot 5 (Nuramira) : "Sangat suka apabila didedahkan dengan ilmu keseimbangan Dakwah dalam Kerjaya dan Cinta. Banyak yang dipelajari dari pengalaman penceramah. Selain itu, jangan mengutamakan mana2 dahulu. Kerjaya dan Cinta adalah dua perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Tetapi, jangan jadikan Kerjaya dan Cinta sebagai ALASAN untuk tidak menjalankan DAKWAH."
*****
Lain-lain Pengisian dan perkongsian adalah seperti berikut:
Bacaan Yaasin
Halaqah : Perbincangan Dalam Kumpulan
Bacaan surah al-Mulk
Bacaan Ma'thurat
Tadarus
Aktiviti dalam kumpulan
Binaan menara...huhuhu...bersatu hati betul adik2 peserta ni...
Inilah hasilnya....dan sesuatu yang tak dijangka berlaku selepas situasi ini. IKATAN UKHUWAH yang sangat tulus...sayu dan sedih bila teringat kembali...Terima kasih buat semua Adik2 HELWANI sekalian...(T__T). Kenangan TERINDAH!!!
Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria, Penolong Pengarah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Firman ALLAH : Wahai Manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), dan ALLAH menciptakan pasangannya (Hawa) dari (dirinya); dan dari keduanya ALLAH memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Bertaqwalah kepada ALLAH yang dengan namaNya kamu saling meminta, dan peliharalah hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya ALLAH selalu menjaga dan mengawasimu
( Surah An-Nisa' : ayat 1)
Wahai orang-orang Beriman! tidak Halal bagi kamu mewarisi perempuan dengan jalan paksa dan janganlah kamu menyusahkan mereka kerana hendak mengambil kembali sebagian dari apa yang telah kamu berikan kepadanya, kecuali apabila mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. dan bergaullah dengan mereka menurut cara yang patut. Jika kamu tidak menyukai mereka, maka bersabarlah, kerana boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALLAH menjadikan kebaikan yang banyak padanya.
( Surah An-Nisa' : ayat 19)
Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Allah menyeru hambaNya untuk bertaqwa kepadanya, setiap apa yang Allah jadikan, ada pasangannya, antara laki-laki dan ada wanita. Masing2 punyai tanggungjawab dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Khalifah, Hamba dan Daei, antara laki-laki dan wanita saling memerlukan dalam memelihara hubungan kekeluargaan, begitu juga peranannya dalam Jemaah. Moga kaum ADAM di luar sana dapat membimbing kaum HAWA sebaiknya dan bukan mengambil kesempatan atas kelembutan dan kesopanan wanita semata-mata. Wallahua'lam
untuk pengakhiran coretan ini, sama2lah kita hayati lirik lagu di bawah. kata2 pembawa semangat untuk orang yang BERJUANG..
Doakan kami menjadi MUJAHIDAH YANG SEJATI DAN BERJIWA KENTAL!!! moga kami ditemukan dengan MUJAHID yang sentiasa mengajak kami ke Arah kebaikan...dan mencegah Kemungkaran...Doakan kami agar sentiasa ISTIQAMAH dalam Menegakkan KALIMAH " LA ILAHAILLAH"
~SEMOGA BERJUMPA LAGI PADA TAMRIN NISA' YANG AKAN DATANG~