18 October 2009

Pemimpin munafik, pengikut fasik

Apa lagi yang diharap dari pemimpin yang berpura-pura? Tidak pernah bermujahadah memperbaiki diri dan menjadi contoh kepada pengikut. Lebih mementingkan air muka dan reputasi berbanding memimpin pengikut supaya beragama. Zahirnya nampak baik, komited dan hebat. Dia melazimi usrah dan selalu memberikan pendapat dalam perbincangan. Tidak pernah terlepas melibatkan diri dalam semua aktiviti. Ini seperti firman Allah:

"Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkaujuga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih)...." Al-Munafikun:4

Malangnya kita sendiri terlalu pantas mulutnya berbanding perbuatan dan lebih malang lagi kita tidak bersungguh-sungguh mengislahkan diri. Kelak Allah akan menyoal kita seperti firmannya:

"Wahai orang beriman, kenapa tidak kamu perbuat apa yang kamu katakan? Sungguh besar kemurkaan Allah kepada mereka yang berkata tetapi tidak beramal dengannya." As-Shaff: 2

Kita merasakan amaran Allah didalam Al-Quran hanyalah terkena pada orang lain dan bukan diri kita. Beria-ia merancang program untuk masyarakat, tetapi diri sendiri bagaimana? Segala salah orang kita perhati tetapi salah sendiri tidak pernah disedari. Jadilah seperti pepatah dahulu:

"kuman seberang laut kita nampak, Gajah depan mata kita tak perasan"

Memilih pemimpin mesti yang amanah. Bukan yang bersikap talam 2 muka, dihadapan orang kelihatan taat, bila bersendiri membelakangkan Allah dengan biadap.

"(Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah)." Al-Munafikun: 3

Amanah pemimpin ialah menjadi Uswah kepada pengikutnya. Kajian menunjukkan, hanya 20% nasihat yang dituturkan oleh pemimpin memberi kesan kepada kepada pengikutnya. Baki 80% lagi adalah melalui perbuatan pemimpin tersebut.

Rasullullah sebagai ketua umat Islam merupakan contoh kepada umatnya. Kerana itu terbentuk generasi sahabat yang paling hebat pada zaman baginda.

“Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu adalah teladan yang baik bagimu, (yakni) bagi orang yang mengharap (Rahmat) Allah dan (keselamatan) di hari akhirat dan yang banyak mengingati Allah.” Al-Ahzab: 21

Kalau kita benar-benar ingin melihat Islam tinggi, tidak ada pilihan, kita mesti berubah. Jika pemimpin tidak boleh menjadi contoh, pengikut akan hanyut dan merasakan perbuatan pemimpin yang serba lalai itu sebagai tidak salah. Berterusanlah mereka menjadi orang yang fasik (berterusan berbuat dosa) kerana beramal mengikut penilaian mereka terhadap pemimpin.

Untuk senior dan pimpinan, jadilah contoh. Saya lalai dan pasrah dgn kefasikan diri. Mohon jangan berlakon lagi. Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah.

13 October 2009

Menyambung persaudaraan Islam

"Sesungguhnya setiap mu'min itu bersaudara".

Sepanjang bulan Syawal ini, PEPIAS menyemarakkan lagi usaha menyambung tali persaudaraan Islam dengan program-program berikut:

1. PEPIAS Prihatin - Eid Fitr
2. Konvoi Raya PEPIAS
3. Jamuan Eid Fitr PEPIAS Gombak
4. Ziarah KEPIP
5. Jamuan Eid Fitr PEPIAS Ampang

Terima Kasih buat seluruh warga PEPIAS dan semua pihak yang terlibat. Mohon maaf andai tersilap.



11 October 2009

PEPIAS menyokong Laporan Polis ABIM Selangor terhadap SIS

Sumber: MalaysiaKini

Isu Kartika: Abim buat 11 laporan polis terhadap SIS
Jimadie Shah Othman
Okt 9, 09
5:38pm



Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Selangor hari ini membuat sebelas laporan polis terhadap NGO hak wanita, Sisters in Islam (SIS), yang didakwanya menghasut dan melakukan provokasi berhubung kontroversi hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi Shukarno.

Yang dipertuanya, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, lapan aduan dibuat melalui cawangan pertubuhan itu di seluruh Selangor pagi tadi.

Manakala tiga lagi dibuat petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam," katanya.

"Esok kita jangka 20 laporan lagi akan menyusul," katanya kepada Malaysiakini di depan IPD tersebut.

Mohd Zawawi yang membuat aduan polis itu bagi pihak Abim Selangor berkata, pihaknya meminta polis menyiasat SIS dan NGO lain yang bergabung dalam Kumpulan Bertindak Menentang Keganasan Terhadap Wanita (JAG) - kerana didakwanya, mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang Syariah.

"Tuntutan itu adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua agama Islam, serta menghina martabat kedudukan mahkamah Syariah. Mereka yang terlibat perlu disiasat dan didakwa," katanya dalam aduan polis tersebut.

Dalam aduannya, Mohd Zawawi turut meminta pihak polis menyiasat kenyataan pengarah eksekutif Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), Ivy Josiah yang mendesak kerajaan negeri dan persekutuan menjalankan semakan menyeluruh terhadap undang-undang jenayah, seperti dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 1 Oktober lalu.

Mohd Zawani turut menuntut NGO Islam lain supaya mengambil inisiatif yang sama dengan menyatakan pandangan mereka supaya "masyarakat tidak terkeliru atas perbalahan pendapat".

"Kami juga memohon Jabatan Mufti Selangor atau badan-badan rasmi yang berkaitan, supaya memberi pandangan dan panduan kepada masyarakat umum agar masyarakat tidak teraba-raba mencari jawapan yang sebenar," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rumah Darul Wadah - sebuah agensi di bawah Abim Selangor - Hazlina Abdul Razak dan Setiausaha Agung Persatuan Pelajar Islam Selangor (Pepias) Zafrullah Ariff turut hadir dan membuat laporan yang sama di IPD tersebut.

Dalam aduannya, Hazlina turut mendakwa tindakan pertubuhan-pertubuhan wanita tersebut menimbulkan kegelisahan di kalangan orang awam, khususnya penganut agama Islam.

Sumber: Malaysiakini

02 October 2009

Jazakallah - Kallu Am Wa Antum Bil Khair

Saya mewakili Saf Qiyadah PEPIAS Pusat dan kesemua peserta Konvoi Ziarah Mahabbah Eidul Fitr PEPIAS 2009 mengucapkan jutaan Terima Kasih kepada ahli-ahli PEPIAS dan seisi keluarga yang sudi menerima kunjungan kami. Sepuluh jari disusun andai terdapat sebarang kesalahan. Moga ukhuwah bertambah erat dan Kasih bertambah sayang. Berikut tatapan jelajah Geng Konvoi Raya PEPIAS di muka bumi Darul Ehsan. Nantikan Konvoi seterusnya...

Bertemu Berpisah Kerana Allah.

Mohd Zulhelmi Bin Abdullah
PRESIDEN PEPIAS


Gambar1: Rumah Keluarga Fiqah - Klang


Gambar2: RumahKeluarga Munira - Shah Alam


Gambar3: Rumah Keluarga Fiza - Rawang


Gambar4: Rumah Keluarga Nabilah - Keramat


Gambar5: Rumah Keluarga Razman - Sg. Buloh


Gambar6: Rumah Keluarga Asyraf - Sg. Buloh

Gambar7: Rumah Keluarga Ayin - Puchong

Gambar8: Rumah Keluarga Azwa - Shah Alam


Gambar9: Rumah Keluarga Dayah -Gombak


Gambar9: Rumah Keluarga Adila - Keramat

Jumlah Pengunjung