Tahukah kamu apakah alam semesta itu? Ia adalah ruang yang tidak terbatas dan ia mempunyai segala-galanya, bumi, matahari, bulan, planet-planet dan bintang-bintang. Walaupun kamu berjalan berjuta-juta batu kamu tidak akan dapat sampai ke penghujung ruang ini, sebaliknya kamu akan sampai ke titik permulaannya. Puncanya ialah kerana angkasa ini terlalu luas untuk digambarkan.
Bumi wujud di dalam ruang yang tidak terbatas ini. Bersama dengan bumi, matahari, bulan, dan berjuta-juta bintang juga wujud bersama.
Jadi bagaimana semua benda-benda ini terbentuk?
Di sini kamu perlu memikirkan sesuatu yang sangat penting. Bayangkan sekiranya kamu memasukkan pecahan-pecahan satu teka jigsaw (puzzle) ke dalam sebuah belon secara rawak. Selepas itu, kamu masukkan udara dan kemudian secara tiba-tiba pecahkannya. Seolah-olah belon tersebut telah "meletup". Apa berlaku kepada pecahan-pecahan jigsaw yang kamu masukkan ke dalam belon tersebut? Bolehkah pecahan-pecahan ini membentuk sebuah
Allah adalah Pencipta kepada "Big Bang" ini, Pengatur kepada bahan-bahan yang berselerakan di angkasa selepas "Big Bang". Dengan mengumpulkan bahan-bahan ini, dia juga adalah Pencipta matahari, bumi, planet-planet dan bintang-bintang. Apabila Allah menghendaki sesuatu Dia hanya berkata "Jadi" maka jadilah ia. Allah Yang Maha Besar dan Dia Yang Paling Perkasa. Kekuatannya mampu melakukan apa sahaja. Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia dapat menciptanya sekelip mata.
Allah telah menurunkan kepada kita kitab-Nya "Al-Quran" di mana Dia telah menerangkan tentang diri-Nya dan ciptaan-Nya kepada kita. Kita dapat mencari jawapan yang betul kepada setiap soalan daripada Al-Quran dan As-Sunnah (cara hidup Nabi Muhammad SAW). Sebagai contoh, apabila kita bertanya, "Bagaimana Allah mencipta segala-galanya?" Allah membalas di dalam Al-Quran dengan berkata:
" (Dialah) yang menciptakan langit dan bumi.
* ( sumber dipetik dari buku Harun Yahya- http://www.harunyahya.com/malaysian/index.php)
No comments:
Post a Comment