29 October 2013

Gudang Hati

Melihat akan apa yang berlaku kini, kian membimbangkan. Bagaimanakah akan keadaan pada detik kehadapan bila nafas manusia masih lagi bernyawa.

Seseorang bertanya; 

Relevankah lagi Islam?
Relevankah lagi Muslim?

Dengan apa yang telah berlaku, dan apa yang media telah gembar - gemburkan. Pertelingkahan sering berlaku sana-sini.

Segalanya paling banyak digunakan frasa "Muslim atau Islam" seluruhnya.

Sedarkah, bahawa kita semakin keterbelakang? 

Persoalannya, apa yang menyebabkan kita menjadi semundur ini?

Adakah kita sendiri menolak Islam itu sebagai cara hidup?

Apakah hilang yakin kita pada yang menyempurnakan agama ini?

Kita bukan lagi bangsa inovatif segarang dahulu.

Sedangkan kitalah yang telah menggegarkan dunia dengan pelbagai ciptaan. Sehingga hak pemberian nama alam sekitar ini telah diberikan kepada Arab-muslim. 

Namun kini, apa yang telah berlaku?

Adakah kita sering menggunakan bait-bait langkah kita untuk pertelingkahan. 
Kita tidak menjamin akan kesejahteraan sebagaimana yang telah ditekankan dalam perkataan "salam" itu sendiri.

Dimanakah Muslim? Siapakah Muslim?

Seorang Mualaf sendiri tidak menjumpai Islam dari dalam Muslim.

Bagaimana bantuan daripada Allah itu redha diturunkan-NYA pada umat ini sekiranya kita seperti ini?

*Dunia semakin sakit, Mohon Kembali Kepada Asas.

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau mengajak kepada kebaikan, atau mendamaikan di antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar."(Surah An-Nisaa 17)

"Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh." ('Ali Imran 114)


13 June 2013

Usrah bersama Dr.Syed Muhd Khairudin Aljuneid





Alhamdulillah. 12/6/13, PEPIAS diberi peluang untuk bersama-sama dengan Dr. Syed Muhd Khairudin Aljunied dengan tajuk khas dalam konteks pemuda : Islam and the Modern Muslim in Southeast Asia.

Terdapat beberapa ilmu yang menarik dan kata kunci yang membuatkan seorang pencatat akan terus mencatat di dalam buku catatannya.



Di sini akan dikongsikan serba sedikit ilmu yang diperoleh oleh wakil yang hadir.


  1. Kita sebagai orang yang berbangsa Melayu, atau apa sahaja bangsa mesti buang persepsi kebangsaan atau perkauman.
  2. kita mesti mengambil berat tentang keperibadian muslim kita.
  3. Culture of excess : terlampau terkejar-kejar kepada gajet, sepert ingin tukar telefon baru, kebendaan, nak tukar kereta dan ada yang nak upgrade and upgrade and upgrade until.... bila dah dimasukkan ke dalam kubur pun tidak sedar sebab asyik sibuk nak upgrade!
  4. the greatest muslim is live with simple life. Hidup biar bersederhana.
  5. Muhasabah : jika lelaki, selalunya suka cerita pasal barang dan barang (seperti smartphone, cars, motorcycle etc) perempuan pula suka cerita pasal orang dan orang!
  6. Iqra' yang membawa maksud bacalah (recite not read) kita mesti lebih utamakan ilmu berbanding kuasa. Kisah Khalid Al-Walid diturunkan pangkat Jeneral oleh Saidina Umar lalu Khalid berkata "aku berjuang kerana Allah SWT walaupun sebagai askar biasa"
  7. Rumah yang bermartabat adalah rumah yang penuh dengan buku dan ada aura ilmu.
  8. Love to power is dangerous. Jangan sesekali cuba untuk minta jawatan kerana ada kesan yang buruk. (Don't crave for power)
  9. Love knowledge not power.
  10. Kali ini sudah masuk dalam bidang pelajaran di IPT di mana, Dr. menyuruh untuk hadirin hadirat supaya fokus kepada niche area and specialize it!!!
  11. ikutilah resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk, :)
  12. Belajar daripada orang yang baik dan hebat, tinggi ilmu dan hikmahnya. Termasuklah membaca bahan bacaan yang baik.
  13. Take Quran as your friend. Never end your day without end it with reading the Quran.
  14. Jangan terlalu suka berdebat. Jika kita berdebat dengan orang yang bodoh, maknanya akan ada dua orang bodoh siapa seorang lagi? Diri kita yang berdebat.
  15. Jangan membazir masa dengan berdebat. Di Facebook  kita sering suka berdebat. 
  16. Berdoa-doa-doa. Jangan putus asa.
  17. Bring this country up (Malaysia). 
  18. Berdoalah kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk membangunkan negara ini.
  19. Jika berdakwah, bring them to Islam, not tell them about Islam. Show them the real example!!!
  20. Untuk menjadi rendah diri, tidak mahu terlalu bangga diri dan takbur, lihatlah kehebatan tokoh-tokoh Islam yang lalu yang sangat hebat. Muhasabah.
  21. Bacalah kisah-kisah tokoh yang hebat supaya kita sentiasa rasa diri ini tidak cukup.
  22. Makin banyak ilmu yang kita ada, semakin sikit yang kita tahu.
  23. Berikanlah hak kepada yang lebih berhak.


  1. Tugas lelaki memberi peringatan. Sebab itu kena hadir ke Solat Jumaat.
  2. Memperingati orang dengan rasa cinta, bukannya benci.
  3. Jadilah seperti air yang mengalir, walaupun ada batu yang menghalang, air tersebut tetap dapat melalui celahan batu yang menghalang.
  4. If system is bad, you must be good! Contoh Dr. Yusuf Qardhawi yang memperoleh Ph.D pada umur 50 an. Tokoh yang hebat yang masih hidup.
  5. Young people frustrated very quickly. Sabar!
  6. Allah SWT akan bantu kita secara kita tidak sedar walaupun usaha kita itu kecil.
  7. When man are alone, devil's love it and he will do crazy thing. Jadi, sentiasa berada bersama sahabat yang baik atau jemaah yang dapat menghindari kaburan syaitan.
  8. Laman sosial : intermixing online-keep it professional!
  9. Know everything on something and something on everything.....!? (mendalam)
  10. laluilah titian yang berduri kelak jika kita melepasinya dan kita akan peroleh kenangan yang manis. Memang jalan dakwah ini susah dan payah tetapi jika kita buat dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas kita akan dapat balasan dari Allah SWT suatu hari nant kelak insya-Allah.




Insya-Allah, ini sahaja perkongsian dari Edi Rozaidi. Banyak sebenarnya tetapi, ini sahaja yang sempat di catit dalam buku nota. Semoga bermanfaat. Wallhualam. :)

22 May 2013

Kepimpinan? KKPI 2013 kembali !?



KURSUS KEPIMPINAN PELAJAR ISLAM (KKPI) 2013.

KEMBALI!!!!!

KKPI adalah sebuah kursus yang menerapkan peri pentingnya kepimpinan dalam diri seorang pelajar. Dalam KKPI, peserta atau bakal pemimpin akan dikongsikan cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin yang baik dan hebat. selain daripada teori, mereka akan dilatih juga secara praktikal dan akan menghadapi sendiri cabaran-cabaran sebagai seorang pemimpin.

Peserta yang terdiri daripada bakal pelapis kepimpinan sekolah akan dilatih secara intensif agar mereka dapat merasakan Pemimpin itu sangat mudah jika dilaksanakan dengan syariatnya.

Mudah-mudahan, dengan KKPI ini, PEPIAS harap dapat melahirkan lebih ramai lagi Generasi Penerus Harapan Ummah. Insya-Allah. 

Kami memerlukan sumbangan anda yang bermurah hati dalam melancarkan lagi program ini.
KKPI adalah program yang dianjurkan oleh PEPIAS secara percuma. Oleh itu mari kita singkap kembali KKPI 2012 yang diadakan di UNISEL Bestari Jaya.


Perjalanan yang jauh dan diambil beberapa contoh dan iktibar yang boleh diambil daripada siri peperangan Islam yang ada dalam Sirah, peserta sangat tabah dan bersemangat menghadapi pelbagai cabaran.

11 March 2013

Piy Yem Jee!

" Berkurun detik mengira , disangka diam seribu bahasa.. Bukan diam langkahnya jua, namun implimen disetiap cara. Daulah Islam itu usahanya, Redha ALLAH itu citanya. Ukhuwah benar itu caranya, menyampai berteras Sesuci al-Quran, semulia Sunnah, sekukuh Aqidah. Pencarian tiadakan berhenti bila faham itu ALLAH beri. Maka kefahaman terus dicari"

Assalamua'laikum.. Hyep! ^_^

Mari kita lihat, bilakah post terakhir blog ini bertanda?

Huhu.

Lama kan kan?

Update terakhir itu berkaitan dengan Perkampungan Menara Gading ke-13!

*Lamee dah ia berlangsung...~

Apa yang dah terjadi sepanjang peristiwa itu?

Banyak pule yang saya tanya ya.. Mari sini saya jawabkan !

Sambutan peserta amat menggalakkan.. Program tahunan ini sangat meninggalkan impak yang mendalam terhadap peserta yang menyertainya!

Pada tahun ini bilangan hari telah dilanjutkan kepada 4 hari 3 malam, namun begitu terasa tidak lagi puas untuk menghabiskan 4 hari ini. Bagai tidak cukup. Bak kata adik-adik; mngapa tidak seminggu atau sebulan? :P

Dengan bertemakan " Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah" ia menggegarkan setiap bakal mahasiswa yang membaca dan menghayati frasa penuh itu.

Mengapa Mukmin?

Yaaa Ayyuhal Mukminun? : Wahai orang yang beriman..?

MUKMIN adalah orang yang beriman dan beramal iaitu ; melaksanakan perintah yang telah ALLAH amanahkan kepada mereka dan meninggalkan segala yang dilarang. Manakala MUSLIM cuma hanya bermaksud Orang Islam.

Jadinya Mahasiswa Mukmin ialah : Mahasiswa beragama Islam yang beriman ; jelas ditunjukkan melalui tindak tanduknya.

Maka terisilah pengetahuan dalam fikiran adik-adik comel (a.k.a) bakal mahasiswa tentang; Siapakah Mahasiswa Mukmin? 

Diharap bukan cuma tinggal kepada pengetahuan sahaja, namun menjadi ilmu yang diamalkan juga.

Keriangan serta keceriaan jelas ditunjukkan pada air muka peserta. Mana tidaknya, bukan sahaja dapat menimba pengetahuan baharu, malah dapat bertemu dengan ikon-ikon yang sudi berkongsi pengalaman bersama mereka.

Ukhuwah yang terjalin dapat dirasakan kuat dan utuh sungguhpun hanya 4 hari bertemu. Bagai sudah lama berkenalan.

Perkampungan hari itu ditamatkan dengan dakapan ukhuwah.

Kini, berlangsunglah reunion di seluruh cawangan di Selangor. Hampir kesemua cawangan telah mengadakan reunion mempertemukan kembali semua ahli PMG. Difahamkan, reunion ini telah dikelolakan sendiri oleh adik-adik PMG13! Tahniah!! :)

#Sedikit Ucapan untuk adik-adik;

Bila adik-adik bergelar mahasiswa nanti, jangan lupa pada pesan kakak dan abang ya! jadilah kita bersama mencapai cita-cita bukan setakat cemerlang di Universiti, bahkan diakhirat nanti!

Bersatulah kalian bersama kelompok yang bernama jemaah. Satukanlah hati-hati kita. Jauhkan segala ketaksuban yang mensyirikkan serta berjuanglah kita kerana redha ALLAH dan atas nama Islam. Semoga kejayaan kelak akan bersama kita kecapi! Amin Amin yaa Robbal 'Alamin.



Kami abang dan kakak Fasilitator, penggerak serta keseluruhannya sentiasa mendo'akan kejayaan adik-adik! Semoga maju jaya.. :)

Wasalam.. :)

29 January 2013

Ada apa dengan PMG 13?

PMG datang lagi??? Kali ini lebih meriah??? Alumni PMG kedengarannya cemburu dengan PMG kali ini??? Apakah?



Perkampungan Menara Gading kali ke 13, peringkat Negeri Selangor D.E.

PMG merupakan antara Program Rasmi PEPIAS bagi setiap tahun khas untuk adik-adik lepasan SPM, STPM dan juga STAM bagi meneliti peluang dan ruang dalam memberi sedikit gambaran tentang alam IPT yang bakal diduki kelak.

Jelasnya, PMG telah berjaya melahirkan ramai pesertanya menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan menerapkan juga bagaimana hendak menjadi mahasiswa yang berjaya. Hasilnya mereka ini menjadi benih-benih yang subur di IPT masihg-masing.

Tema kali ini, Mahasiswa Mukmin Pendokong Harapan Ummah merupakan satu lagi cabaran untuk memastikan bakal peserta akan memperoleh manfaat ketika mereka di IPT nanti. Insya-Allah, berkat usaha dan niat yang ikhlas, semua muslim mampu untuk berjaya di dunia dan di akhirat. Amin.

Oleh itu, setelah membayangkan, melihat, mendengar dan merasakan bahang PMG13 ini, pasti ramai yang teruja dan tidak sabar menanti detik 8-11 Febuari 2013. Ini ada sedikit video menjelang PMG 13 kelak. Selamat menonton. Semoga pembaca dirahmati Allah SWT.

07 November 2012

Apa makna kehidupan?



                14 Jun 1989. Hari teramat bersejarah dalam kalendar hidupku. Mana tidaknya, hari pertama roh dan jasad aku dirasai oleh dunia bumi nyata! Hari pertama tangisanku didengari oleh dua orang yang aku terhutang budi sampai bila-bila. Tidak pasti bagaimana agar dapat aku membalasnya dengan kadar yang sebenarnya. Sangat tidak pasti. Kebimbangan aku ini ditambah lagi dengan kisah betapa harubirunya keadaan ayah apabila ibu kesakitan dan perlu dikejarkan ke hospital secepat mungkin di waktu malam, dan aku kini baru sedar betapa banyak dosa telah aku lakukan pada mereka. Astaghfirullahalazim. Ya Allah Tuan punya diri ini dan alam ini, tolong ampunkan aku dan kedua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.
               
            Teringat pula ketika umurku sekitar 6-8 tahun jika tidak silap. Waktu itu aku lihat sijil kelahiranku buat pertama kali dalam keadaan yang waras dan boleh berfikir. Baru aku tahu aku lahir pada 16 Jun, dan aku terus meneliti siapa aku sebenarnya melalui kertas itu, waktu lahir, warganegara dan lain-lain. Tahu tak apa antara yang paling tidak menarik perhatianku waktu itu? Tentulah butiran tentang ‘Agama : Islam’, kerana aku tidak nampak makna atau erti kepentingannya, aku hanya warisinya daripada ibubapa. Biasalah orang Islam di Malaysia ini kan ramai. Semua rileks sahaja jadi orang Islam, tidak ada apa-apa yang ‘gempak’ pun. Bermacam-macam lagi sebab aku tidak perlu ambil peduli tentang butiran itu. Yang aku tahu arwah ibu aku selalu marah jika tidak solat. Aku solat sebab ibu suruh atau ikut-ikut sahaja.
              
          Hari demi hari, sepanjang persekolahan, Allah rezekikan aku kesedaran dan kefahaman agama sedikit demi sedikit. Tidak banyak pun. Mungkin dengan bacaan ‘ihdinas siratal mustqim’  sekurang-kurangnya 17 kali sehari bersama sedikit penghayatan ditambah dengan hati yang benar-benar mahu transform itu benar-benar membantu. Mungkin. Hanya Allah Maha mengetahui, tetapi aura dan gelombang keseronokan waktu muda itu aku turut ikuti dalam beberapa hal. Tidak dinafikan. Biasalah, orang muda. Alasan standard .Kawan sekeliling semua macam-macam kepala. Patutlah apabila cerita tentang keberantakan sosial itu disinonimkan dengan orang muda. Aku tidak kata semua keseronokan itu salah, tetapi kalau dah 2 bulan cuti itu sepenuhnya diisi dengan main game, jalan-jalan window shopping, lepak-lepak, main futsal, apa MAKNA kehidupan ini? Apa makna kehidupan ini? Memanglah solat jaga (itu pun kalau bagi yang jaga), dan kita tidak buat jenayah atau menyusahkan orang lain pun, tetapi persoalannya, hidup ini memang pusing-pusing macam tu sahaja ya? Aku keliru dan terus terpedaya dengan kebudayaan Barat yang mengisi kekosogan jiwa dengan pelbagai keseronokan. Bila diisi jiwa itu, rakus bagai tidak pernah cukup, nak lagi dan lagi. Sampai bila tidak tahu. Aku tidak pasti bagi mereka yang tidak memikirkan perkara ini. Mungkin just go with the flow itu pilihan ramai. Ikut arus dunia yang sedia ada tanpa berfikir dalam. Namun, usaha untuk kembali kepada Allah dan tambah kefahaman tidak akan boleh berhenti sampai mati insyaAllah.

Bila di universiti, kekeliruan identiti ini semakin bobrok dan meruncing. Jumpa orang dengan macam-macam rupa dan gaya. Dalam rumah jadi lain, keluar rumah jadi lain, macam Dr. Jackell and Mr. Hyde. Aku tidak nafikan penangan nafsu dan syaitan itu sungguh luar biasa. Patutlah Allah tekankan dalam surah Al-Fatir ayat 6 untuk lakukan syaitan itu benar-benar macam musuh! Bukan main-main. Surah Al-Isra’ ayat 61-65 pula terangkan liciknya pelbagai jenis penipuan syaitan. Surah Az-Zukhruf ayat 36-38 pula Allah terangkan jikalau TIDAK ENDAH pengajaran daripada Allah, memang Allah adakan syaitan baginya. Syaitan itu jadi temannya yang tidak renggang daripadanya (rujuk terjemahan Al-Quran itu sendiri agar rasa perkataan itu benar-benar daripada Allah. Apa guna ada Android atau I-Phone kalau tidak ada Quran terjemahan). Walaupun begitu, cantiknya Islam ini ialah ia amat menekankan penjagaan silaturrahim. Aib diri atau aib kawan jangan dihebahkan. Allah akan jaga aib di dunia dan akhirat (hadith). Segala dosa terus direct dengan Allah. Manusia yang penuh dengan judgement dan sangkaan tidak perlu tahu melainkan beberapa situasi penting sahaja. Cantik Allah tentukan hubungan manusia dengan manusia dalam surah AL-Hujurat.Trend sekarang, dapat berita sedikit tentang orang itu terus jadi bahan cerita atau bahan ketawa. Satu kesilapan dia cukup untuk padam semua kebaikan yang dia telah buat. Imam al-Ghazali pesan tegas bahawa jika ada lelaki itu mengumpat tentang seorang lelaki lain yang memakai emas atau sutera contohnya, dia tidak sedar yang dosa mengumpat itu jauh lagi besar daripada memakai emas atau sutera itu sendiri. Ya Allah, ampunkanku terutamanya, yang penuh dengan kecuaian dan kelalaian, ampunkan dosa ibu bapaku, ahli keluargaku, sahahat-sahabatku, kawan-kawanku, guru-guruku dan ummat Muslimin semuanya. 

Kini aku semakin bebas membuat pilihan. Halangan semakin sedikit dan aku boleh buat apa-apa yang dikehendaki.  Pengaruh kawan itu sangat memberi impak yang tinggi. Ini menyebabkan persoalan identiti itu menjadi semakin merumitkan. Apakah pandangan hidup yang aku perlu ada sebenarnya? Boleh ke aku ikut sahaja sogokkan keseronokan dunia sekarang semuanya yang sangat banyak tanpa henti? Tengok wayang, online gaming pelbagai bentuk, muzik, cerita beratus-ratus episod, bersosial tanpa had, taksub politik membuta, tetapi aku jaga solat. Aku belajar betul-betul dan aku jaga mak ayah. Nanti aku dapat degree aku cari kerja bagus-bagus. Aku tidak pasti. Jawapan ini tidak memenuhi jiwa aku. Macam tidak cukup, Lepas belajar, kerja, lepas kerja kumpul duit beli rumah, beli kereta. Lepas itu kahwin, lepas kahwin dapat anak, ada duit lebih sikit bayar hutang, atau berhibur, dan kehidupan sebegitu akan putar dalam kitaran yang sama sampailah kepenghujungnya. Is this what is life all about? 5 rukun Islam dan beberapa amalan spiritual, jaga sedikit hubungan kekeluargaan, cari rezeki yang halal. Aku masih samar-samar. Apa makna aku jadi seorang islam? Cukupkah dengan beberapa perkara asasi itu? Apa makna aku jadi seorang Islam? Apa kaitan aku seorang pelajar dengan Islam? Mana dia jawapan yang jelas dengan ilmu penuh keyakinan?! Bukan dengan sangka-sangka.

Rasulullah duduk seorang diri menangis memikirkan keadaan iman ummatnya. Kita disini seakan-akan melaungkan sayang kepada Baginda tetapi realitinya, aku malu terhadap diriku jika bertemu denganmu Ya Rasulullah. Aku malu. Entah berapa kolam darah sahabat mempertahankan agama ini sudah aku lupakan, sampai Islam sampai ke bumi nusantara ini. Aku disini hanya memenuhi keperluan diri. Kalau ada sumbangan pun apa sahajalah. Kenapa Rasulullah menangis merenung akan iman ummatmu ya Rasulullah? Kenapa?


Apa makna kehidupan ini? Bagaimana aku mahu menjadi Islam sejati yang sempurna dalam hidup? Apa kaitan Islam dalam kehidupanku dan kerjayaku? Sudah betulkan mind set aku dan pandangan hidup yang aku pilih? Apa makna hidup ini? Apa makna hidup ini?


___________________________________________________________________________

*Artikel ini dikeluarkan khas untuk program Kem Latihan Asas PEPIAS pada 9-11 November 2012 di Masjid Usamah bin Zaid di Wangsa Maju.





10 August 2012

Mana dia Kebahagiaan?

9/8/2012

Tiba-tiba sahaja diri ini terdetik untuk menulis sesuatu pada tengah malam ini untuk berkongsi sedikit dengan semua kawan-kawan. Perkongsian beberapa perkara yang sering kali terlalu di kepala , bila dibiar selalunya hilang begitu sahaja. Lebih baik dikongsi sebelum ianya lemau. Bismillahirrahmanirrahim..

Satu kisah hidup yang tidak akan dilupa, waktu Ihya Ramadan PEPIAS tahun ini. Kak Fadhlina membawa kami ke rumah nenek yang menjaga lima cucu. Selepas beberapa minit nenek mengadu segala permasalahannya, sungguh sebak melihat apabila Kak Fadhlina hendak mengundur diri selepas menghulur sedikit sumbangan, terus tertitis air mata nenek itu. Kak Fadhlina menggosok tangannya sambil sebut “ Jangan nangis, nanti kita pon nangis”, sedang dia juga menahan kuat dirinya supaya tidak menangis. 

Masuk sahaja dalam kereta, Kak Fadhlina dapat panggilan dari Bayt Ar-rahmah pula, untuk menyambut kelahiran bayi dan perlu bergegeas ke sana. Kemudian terngianglah hingga kini pernyataan yang disebut olehnya ketika itu, ” Akak ni tamak kan? Semua orang akak nak tolong. Tamak kan akak ni?”. Riaksi saya, “Ya, betul, akak tamak! Kerana akak sudah merasa satu bentuk ketenangan dan kebahagiaan luar biasa di sudut dalam hati! Ia menyebabkan kita rasa puas dan seronoknya membantu orang seikhlas mungkin.” 

Semua manusia akan mencari kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup dia sejak kecil lagi higga ke akhir hayat walaubagaimana pon caranya. Adik-adik kecil bermain ‘Beyblade’ depan rumah saya, untuk mencari kebahagiaan. Kenalan-kenalan yang tidak berhenti-henti main game kerana hendak seronok, bahagia dan tenang, tidak mahu bosan. Ada juga yang suka bersosial, tengok wayang, melayari internet dan pelbagai hobi lagi yang kita suka agar hilang rasa gundah gulana, datang rasa bahagia dan tenang. Sehingga satu tahap ketagih, hendak lagi dan lagi, buntu kerana agak pudar akan cara-cara yang lain yang lebih kuat kesan momentum kebahagiannya! Saya tidak mengatakan kita tidak perlu berhibur atau bersosial. Saya sendiri tidak boleh hidup tanpa keluarga dan kawan-kawan disekeliling. Malah Rasulullah SAW pernah sebut, ‘Termasuk kebahagian hidup manusia, ialah peroleh isteri yang baik , kediaman yang baik dan kenderaan yang baik ‘(riwayat Imam Ahmad), tetapi penegasannya, Allah telah memberi tanda jelas tentang kebahagiaan yang sejati yang lebih jauh kehebatan kesannya pada hati dan kehidupan kita. 

Patutlah Ustaz Hasrizal serius dengan tema ‘Erti Hidup Pada Memberi’. Patutlah Professor Muhaya selalu ingatkan tentang ‘Kebijaksanaan Emosi’ dalam memahami orang lain. Patutlah Dale Carnegie tulis salah satu tips untuk menguasai dunia ialah meletakkan diri kita pada orang lain! Patutlah Rasulullah SAW bersabda “ Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada orang lain”. Ini kerana ia menghasilkan satu kebahagiaan yang magical kepada diri kita seperti yang Kak Fadhlina sudah rasa. 

Tiba-tiba malam ini pula sahabat-sahabat saya dirumah mengajak untuk berqiamullail di masjid. Tadi pon ada juga pengumuman tentang majlis qiamullail di surau. 10 malam terakhir Ramadhan sudah tiba. Melihat surau semakin surut bilangannya, ada juga sebok untuk memilih tempat berbuka keesokan harinya. Peringatan tentang berlipat-lipat ganda ganjaran pahala di bulan ini sudah diperingatkan berkali-kali, tetapi mengapa ia tidak kuat untuk memotivasikan kita untuk masuk gear  6 pada penghujung Ramadan ini? Benar kejar pahala sangat baik, tetapi ada satu lagi dimensi yang Professor Tariq Ramadan selalu ingatkan.

 Hayati video ini. Penghargaan kepada One Heart Creative Solution kerana selalu hasilkan video yang bermakna! - http://oneheartsolution.com/:


               Cuba bezakan antara orang yang solat kerana takut dosa dan orang yang solat kerana henda rapatkan diri dengan Allah dan mahu berborak dengan Allah dengan penuh rendah diri untuk dapatkan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat! Cuba bandingkan orang beribadat kerana mahukan pahala dengan orang yang sungguh-sungguh hendak berada dekat dengan Allah supaya Allah berada disisinya dalam setiap urusan dunia dan akhirat! Tujuan saya bukan untuk membezakan, apa yang penting ialah kesannya berbeza. Malah buat kerena hendak dekat dengan Allah selari dengan mendapat pahala dan jauhi dosa. Jom kita betulkan mindset ibadat hidup kita. Falsafah puasa ialah 'cara kita menguasai nafsu diri kita dan masuk ke dimensi suci kehidupan kita dengan menahan dimensi kemanusiaan untuk pergi ke sesuatu yaag lebih DEKAT DENGAN TUHAN' (video - 1:45 - 2:03)

           Jujur saya selalu kalah dengan nafsu, dan ini satu latihan kepada pendekatan kepada Allah melalui ibadat kita. 10 malam terakhir menjanjikan satu keajaiban yang lebih lumayan! Mana mungkin patut kita abaikan, wahai sahabat-sahabat! Minda dan hati yang jujur untuk mendekatkan diri dengan tuhan agar hidup mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang magnificient! Kemanisan iman. Patutlah Maher Zain membuat lagu ' I Love You So' dalam album barunya.




         Sama-sama kita terus tingkatkan semangat berbakti dan menolong semua. Keluarga, rakan dan sahabat, masyarakat, rakan sekerja untuk tambah rasa kasih sayang dan kebahagiaan bersama-sama. Sama sama kita tingkatkan ibadat, buat checklist ibadat sendiri semampu kita, tentang solat jemaah, ma'thurat, baca quran dan maksa setiap hari, solat-solat sunat serta doa dengan mindset  untuk benar-benar dekatkan diri dengan Allah, keran kesan dia sungguh luar biasa. Apa salahnya kita rancang untuk urusan akhirat kita selain segala rancangan dunia yang kita dah buat akan setiap hari membawa peningkatan.
        Mari kita kejar kebahagiaan yang asli, yang sejati, yang menakjubkan, dengan iman. Kebahagiaan hidup untuk Allah (Hamba) dan kebahagiaan hidup untuk manusia (khalifah). 

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
                                                                                                                              (Al-baqarah:186)

"Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  "

                                                                                                                                   (Az-zumar: 53)

24 July 2012

Kempen Seorang Sekampit Beras 6



Kempen ini datang lagi.. Bagi tahun ke-6- KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS telah pun digerakkan. Kempen mensasarkan SUMBANGAN BERAS mahupun TUNAI tuk ditukar dan disumbangkan kepada MASYARAKAT BERKEPERLUAN di seluruh negara. 

Anda warga PRIHATIN ingin turut serat dalam sumbangan kali ini? Sila berbuat demikian dengan SEGERA menghubungi SAP di talian 03-4108 4500 up Sdr Muhamad Zikri, atau tunai di bank ke dalam akaun ABIM (BIMB : 1402 3010 0111 77) - Sila faks (03-4108 2400) atau emelkan resit (sap@abim.org.my) ya! 

Semoga sumbangan kita yang sedikit ini dinilai sebagai antara ibadah kita yang terBAIk buat diri kita, keluarga dan Ummat! Ayuh! Panjangkan sumbangan anda.
 

21 July 2012

Induksi PIMPINAN sesi 2012/2013


Tarikh :- 20-23 Julai 2012
Tempat :- Pusat Dakwah dan Komunti ABIM, Sepang
Penyertaan :- 21 orang ( Pimpinan Pusat + Cawangan )

05 July 2012

PEPIAS selaku RAKAN SINERGI KARNIVAL SALAAM








Kepada mana-mana usahawan atau korporat yang ingin membuat tempahan untuk membuka jualan dan pameran sempena karnival Salaam, bolehlah hubungi Sdr Muzakkir , 0175086339 untuk urusan selanjutnya. Mohon dapat disebarkan!

12 June 2012

Isu PTPTN, UNISEL dan KUIS

Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semakin hari semakin panas. Terkini peristiwa Pihak PTPTN atas arahan Menteri Pengajian Tinggi untuk membekukan elaun pelajar Universiti Selangor (UNISEL) atas alasan supaya kerajaan Negeri Selangor dapat memberikan pengajian secara percuma. Bukan setakat UNISEL sahaja, tetapi Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) juga terkena tempiasnya. Tetapi, isu ini seperti sudah selesai apabila pihak PTPTN telah menarik semula pembekuan elaun pelajar.

Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS), dapat merasakan kesan yang sangat negatif ekoran daripada peristiwa ini. Kesan pembekuan ini menyebabkan ada pelajar yang mula bercadang untuk berpindah tempat belajar ekoran tidak mampu untuk menanggung yuran pengajian serta sara hidup ketika sepanjang tempoh pelajaran. Selain itu, pelajaran mereka akan turut terganggu. Lebih-lebih lagi mereka bakal menghadapi peperiksaan. Isu ini bukan sahaja mendatangkan kesan kepada pelajar, tetapi keluarga pelajar itu sendiri terutama mereka yang tidak mempunyai sosio ekonomi yang baik.

07 June 2012

PTPTN Unisel: Abim anggap hasil politik memualkan

SHAH ALAM: Abim Negeri Selangor memandang serius dengan dakwaan Pihak Perbadanan Tabung Pendidikan tinggi Nasional (PTPTN) menggantung bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar Universiti Industri Selangor (Unisel). 

Jika benar dakwaan ini, ia amat merugikan dan  sekaligus meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaan yang tidak menentu.

Demikian kata Khairuddin Bin Abas, Yang Di Pertua Abim Negeri Selangor dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut beliau, Abim Negeri Selangor berpandangan pihak PTPTN tidak wajar bertindak sedemikian, memandangkan ia menafikan hak para pelajar pembiayaan yang layak untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sepertimana yang termaktub dalam objektif penubuhan badan tersebut iaitu:-

"Memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar-pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat Kerajaan bahawa tidak ada pelajar-pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan." 

ABIM Negeri Selangor berpandangan selaku IPTS yang menawarkan kursus yang diiktiraf dan mendapat perakuan akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Unisel pasti telah memenuhi syarat asas menerima pembiayaan PTPTN dari badan berkenaan.

Bahkan, katanya, Abim Negeri Selangor juga berkeyakinan para pelajar yang ingin memohon telahpun memenuhi pra-syarat mengikuti pengajian di Unisel. 

Menilai implikasi besar (jika pembiayaan ditarik balik) terhadap masa depan sistem pendidikan di negara ini, Abim Negeri mendesak penyelesaian segera dicapai oleh pihak-pihak terbabit. 

Abim Negeri Selangor juga memuji tindakan pentadbiran UNISEL yang berbincang dengan pihak PTPTN serta menilainya sebagai satu tindakan yang wajar.

Dalam hal ini masa depan serta kebajikan pelajar mesti diletakkan sebagai keutamaan penting, katanya.

Adalah amat mendukacitakan sekiranya polemik ini terjadi akibat dari amalan budaya politik tidak matang serta menggambarkan mentaliti politik yang rendah serta memualkan.

Oleh yang demikian, Abim Negeri Selangor menggesa pihak PTPTN agar mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan dakwaan penggantungan dan menyatakan dengan jelas sebab munasabah di sebalik isu ini. 

"Kami juga mendesak pihak-pihak berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian untuk memelihara kebajikan dan masa depan pelajar di masa depan," desak beliau.

Mengambil kesempatan ini, Abim Negeri Selangor juga menyeru agar Kerajaan Negeri Selangor agar mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini daripada berlarutan.

Ini kerana, ia menyentuh secara langsung imej Unisel selaku IPT utama di negeri Selangor di samping menyentuh secara langsung kesinambungan masa depan para pelajar.


http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/10796--ptptn-unisel-abim-anggap-hasil-politik-memualkan

Tunggu statement daripada PEPIAS plak ea.

06 June 2012

Mengumumkan....Wajah - wajah baru,,

~PIMPINAN KANAN PEPIAS PUSAT 2012/2014~.



                                                         PRESIDEN


AHMAD FAWWAZ BIN AHMAD SHUKRI 

a.fawwaz75@gmail.com




TIMBALAN PRESIDEN


MUHAMMAD HAFIZ BIN MOHAMAD SHAMON

hafizhufaz@gmail.com




NAIB PRESIDEN


MUZAKKIR BIN MOHD NOOR

muzakkirmohdnoor@gmail.com




NAIB PRESIDEN HELWANI (1)

SUSILAWATI BINTI NAIM

susilawatinaim@gmail.com



NAIB PRESIDEN HELWANI (2)


AIDA MUSLIHAH BINTI JAIMI

aidamuslihah@gmail.com




SETIAUSAHA AGUNG


ROZAIDI BIN JAMALUDIN

edirozaidi@gmail.com




PEN. SETIAUSAHA AGUNG


NOR SULAIHA BINTI MD SOKRI

salsabilasulaiha@gmail.com




BENDAHARI AGUNG


MUHAMMAD AFIQ BIN RAMLEE

afiqramlee@gmail.com




PEN. BENDAHARI AGUNG


NUR HANANI BINTI HAJI LEMAN

ukhtinurhanani391@gmail.com



TAHNIAH diucapkan kepada saf pimpinan PEPIAS Pusat 2012/2014. Semoga dengan amanah yang diberikan ini, kalian berusaha untuk mempertahankan ummah demi agama ALLAH yakni ISLAM..

Dari SAYYIDINA 'ALI BIN ABI TALIB KARRAMALLAHU WAJHAH, dia berpesan:

"Barangsiapa yang menjadikan dirinya sebagai PEMIMPIN, maka hendaklah dia mengajar dirinya terlebih dahulu sebelum dia mengajar orang lain. Hendaklah dia membentuk mereka dengan contoh perbuatannya sendiri sebelum ia membentuk mereka dengan lidahnya. Orang yang menjadi guru dan pendidik bagi dirinya lebih layak menerima penghargaan dan sanjungan dari orang yang mengajar dan membentuk orang lain sedangkan dirinya terbiar"

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ALLAH

25 May 2012


Rujukan Kami :  BIL (03) dlm PEPIAS No. 201
Tarikh                 :  23 Mei 2012

Kepada : 

PENGERUSI PERHUBUNGAN PEPIAS CAWANGAN
DAN SEMUA AHLI PERSATUAN PELAJAR ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS) 


Saudara/ Saudari,

NOTIS 3:
MAKLUMAN MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN PEPIAS KALI KE-21 (MATP 21)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) ingin menjemput saudara/ saudari hadir ke MATP 21 pada 26-27 Mei 2012 (Sabtu-Ahad) bertempat di Komplek Rakan Muda Klang, sementa. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 seorang. 

3. Sebarang pertanyaan lanjut boleh terus berhubung dengan wakil pihak Sekretariat PEPIAS Pusat, Saudari Siti Nadia Binti Muhamed di talian 0193493110.

Segala kerjasama daripada pihak saudara/ saudari bagi melancarkan lagi MATP 21 ini didahului dengan ucapan Jazakallahu khairan kathira. Sekian, Wassalam.

Yang benar,
SYAIFUSYAFIQ BIN SHAIFUDDIN
Setiausaha Agung
Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS)
Merangkap Pengarah Muktamar Agung Tahunan Pepias Kali Ke-21
s.k      Presiden PEPIAS

25 April 2012

Abim seru 'pencinta kebenaran' sertai BERSIH 3.0


Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) hari ini menyeru golongan "pencinta kebenaran" supaya turut sama menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

Dalam satu kenyataan hari ini, presidennya Amidi Abdul Manan turut menyatakan sokongan ke tuntutan yang dikemukakan oleh penganjur perhimpunan itu.

NONE"Abim menyeru setiap rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan agar sama-sama turun secara aman untuk menghadiri Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini, untuk sama-sama menzahirkan keprihatinan mereka terhadap masa depan negara yang tercinta ini," katanya.

Katanya lagi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu bersikap lebih proaktif dan serius dalam menangani aduan dan juga tuntutan oleh gabungan pertubuhan yang menuntut pilihan raya bersih dan adil (BERSIH 2.0) itu.

"Kegagalan berbuat demikian hanya akan mengeruhkan suasana politik semasa serta bakal menjejaskan peranan pilihan raya umum ke-13 sebagai wahana pengurusan perbezaan pendapat serta aliran politik secara harmoni dan berkesan," katanya.


Tambahnya, kegagalan SPR untuk menangani aduan serta tuntutan berkenaan akan membentuk persepsi negatif terhadap badan berkenaan.

"Bahkan ia menafikan peluang untuk badan terbabit memperbaiki serta mengembangkan tatacara pengendalian pilihanraya yang lebih cekap dan berintegriti," katanya lagi.


06 March 2012

PMG 12 ~ Hanya Gambar Menceritakan Segalanya~

Pada tarikh keramat 2-4 Mac, selain termaktub dalam sejarah hari ulangtahun kelahiran Muzakkir (Abg K), Sulaiha dan Siti Asmah, ia juga merupakan hari berlangsungnya sebuah program tahunan PEPIAS iaitu Perkampungan Menara Gading. Semua mengakui teruja setelah mengikuti program Perkampungan Menara Gading kali ke 12 ( PMG 12) di German Malaysian Institute (GMI ), Kajang selama 3 hari 2 malam. Prihatin dengan masa depan remaja Islam yang baru menamatkan zaman persekolahan sebelum melangkah ke Menara Gading, Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS ) mengambil langkah seperti tahun-tahun sebelum ini untuk mengadakan PMG ini. Program yang bertujuan memberi pendedahan kepada remaja Islam tentang ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana Institut Pengajian serta merasai kehidupan sebenar di alam kampus ini berjaya menarik minat seramai 139 orang peserta sekitar negeri Selangor dan juga mendapat sambutan peserta dari luar negeri Selangor seperti Terengganu, Pulau Pinang, kelantan, Negeri Sembilan dan Johor. Kegusaran Jawatankuasa Program dengan ketiadaan peserta pada peringkat awal akhirnya terubat dengan yakin bahawa ia datang dari keberkatan doa bersama.





Program khas untuk pelajar lepasan SPM dan STPM ini telah mendapat kerjasama yang terbaik daripada pihak GMI sendiri. Sokongan daripada pelbagai pihak telah berjaya untuk kita menghasilkan program seumpama ini . Komitmen dan semangat yang ditunjukkan oleh setiap Jawatankuasa Kerja ini tidak dapat digambarkan dengan dibarisi ahli-ahli yang baru mengenali PEPIAS. JK kali ini turut disertai oleh alumni PMG 9 , 10 dan 11. Ia juga menjadi sejarah kerana bekas peserta PMG sendiri yang menjadi Pengarah dan Timbalan Pengarah untuk PMG kali ke 12 ini..Tahniah buat Muslim dan Amalina serta rakan2 lain. Tidak lupa juga buat jurulatih program PMG 12 iaitu kak Fadhilah Mastura yang juga merupakan bekas peserta PMG 8.
Biarlah gambar2 di bawah ini menceritakan segala-galanya tentang PMG 12..Ikutilah pengembaraan PMG 12 ini..




Saya mahu jadi MAHASISWA




     


























































































                       

                       

                       















                             

                             

                             

Begitulah serba sedikit perjalanan program Perkampungan Menara Gading Peringkat Negeri Selangor. Terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak terutama sekali buat kesemua 139 orang graduan PMG 12. Jumpa anda di IPT. InsyaAllah. Kita doakan bersama.
Layarilah grup PMG SELANGOR atau PMG 12 SELANGOR di facebook untuk merasai pengalaman dan respon daripada setiap peserta.

Jumlah Pengunjung