08 September 2008

Segenggam tabah

Bertali arus, dugaan tiba
Menakung sebak air mata
Namun tak pernah setitik
Gugur berderai di pipi

**
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian

Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedar
rindu menanti

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan diperjalanan
Kau ubat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar (dan menderita)

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum dibibir lesu
Tak siapa tahu hatimu

Biarpun keruh air dihulu
Mungkinkah jernih dimuara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya.


(inteam)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Lagu ini adalah rintihan hati yang cukup unik, yang pada saya mempunyai nilai kepada pejuang-pejuang. Jalan yang kita pilih sebagai satu persada untuk dakwah dan tarbiah ini menjadikan kita sebagai seorang yang tabah dan mempunyai jati diri dalam konteks melayari bahtera kehidupan. Itu pun, sekiranya kita mengikuti penuh proses pentarbiyahan dan ranjau duri yang datang dengan kebenaran dan kesabaran. (Al-Asr) Kalau tidak, kita hanyalah membuang masa.

Soalnya, berapa ramai yang pernah berada dalam persada ini yang tidak membuang masa? Yang ini, perlukan proses muhasabah diri yang serius. Cabaran sebenarnya bermula setelah keluar dari kelompok kawan-kawan satu persada dan berada dalam masyarakat. Malah, inilah sebenarnya lapangan yang harus diterokai dengan bersendirian. Berdikarilah kita sepanjang hayat kita. Lantaran itu, pemilihan jalan untuk menegakkan syiar Islam terpulang kepada Ilmu, dan iltizam yang telah terbina sepanjang dalam persada PEPIAS ini. (kerana jalan ini yang kita pilih)

Lantaran, perjuangan diteruskan jua. PAtah kaki, bertongkat sayap. PAtah sayap, bertongkat paruh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Ini adalah matlamat kehidupan. Dengan penuh ketabahan, kita yang punya fikrah yang sama, meneruskan agenda ini dengan Allah sebagai tempat mengadu, tempat kita memohon kekuatan. Di landasan ini juga, SAhabat fid Dunya Wal Akhirat akan terpacul bila kita kesakitan, bila kita kelemasan, bila kita kelalaian... Di sinilah tempat kita melihat yang mana manusia, yang mana insan. Kita sudah tidak mampu bersandarkan kepada kenangan lalu. Kata orang, jalan harus ke depan; bukan kebelakang. Sekadar menoleh kebelakang hanya untuk memastikan sudah jauh kita berjalan!

Segenggam tabah dipertahankan, buat motivasi untuk terus ke depan. Lontarkan senyuman kepada yang lain. Daie kan seharusnya melihatkan kemanisan dalam perjuangan. Generasi muda juga akan menguntum senyum dan punya harapan menggunung. Di sini saya bermula, dan saya percaya bukan di sini juga saya akhirnya. PEPIAS adalah suatu persada yang saya pilih pada waktu itu. Kini, saya meneruskan agenda suci dan murni dengan memlilih persada yang sealiran dan fikrah yang sama. Kepada yang muda, ini jugalah yang akan saya sampaikan. segenggam tabah harus dipertahankan; Kata orang tua, genggam bara api, biar jadi abu. Biar melecur tangan. Biar apa kata orang. Yang pasti, kita lakukan tugas kita dengan penuh kesungguhan dan istiqamah pula terhadapnya.

Biar keruh dihulu... Harapannya, kita akan bertemu jernih di muara.


Salam
Fikrah Imayu

04 September 2008

Hukum Merokok

Di sini sukacita saya menjalankan amanah menegur perbuatan itu berdasarkan 'Fatwa Semasa Mengenai Hukum Merokok' yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti sebuah negeri.

1. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya hukumnya adalah haram kerana daripadanya terdapat kemudaratan.

2. Ulama-ulama semasa seperti Dr Abdul Jalil Shalabi mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

3. Dr Zakaria Al Bari (anggota Akademi Kajian Islam dan Anggota Lujnah Fatwa Al-Azhar) menyatakan merokok hukumnya haram atau makruh adalah pendapat yang kuat.

4. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan.

5. Syeikh Hasanain Makhluf iaitu bekas Mufti Kerajaan Mesir telah menetapkan merokok adalah haram jika mendatangkan mafsadat kesihatan dan mengurangkan hak keluarga dari segi pengurangan nafkah kepada keluarganya. Makruh jika mafsadat itu tidak ketara atau tidak mengurangkan hak nafkah keluarga.

6. Di Malaysia, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 yang berlangsung pada 23 Mac 1995 telah memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam.

7. Fatwa Negeri Selangor Darul Ehsan yang telah diwartakan pada 7 Disember 1995 di bawah Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989 telah menyebutkan bahawa amalan menghisap apa jua jenis rokok adalah haram bagi mana-mana orang Islam.

8. Fatwa Negeri Perlis memutuskan bahawa menanam tembakau atau merokok dan memanfaatkan hasil tembakau adalah haram.

9. Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah berpegang kepada fatwa merokok adalah haram walaupun sehingga kini belum ada penguatkuasaan berhubung perkara itu kerana berdasarkan pendapat pengamal perubatan bahawa perbuatan merokok boleh mendatangkan mudarat.

10. Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka juga telah bersetuju menerima pakai keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 bahawa amalan merokok itu hukumnya adalah haram.

Sehubungan itu saya berharap, penghisap rokok menghentikan tabiat buruk itu terutama di beranda serta tangga surau dan masjid. Kepada penanam tembakau, marilah kita bersama-sama menukar kepada tanaman lain untuk mendapat keberkatan Ilahi. Sekian, harap dimaaf teguran saya dan terima kasih.

03 September 2008

PEPIAS akan terkubur??

Assalamualaikum... benarkah persoalan di atas ini bakal menjadi satu realiti? siapa yg akan kuburkan pepias? musuh2 yg tidak diketahui dari mane dtgnye.. persekitarankah.. atau ahli2 pepias sendiri yg akan kuburkan wadah ini.. pepias lahir dr kalangan anak2 muda yg ingin melihat, menyaksi dan merasakan nikmat berjuang. anak2 muda yg berani ini adalah nadi perjuangan. anak- anak muda ini adalah nafas bangsa. tp sejak akhir2 ini, pepias sudah makin suram. mungkin tidak ada yg menarik lg dlm gerakan ini yg berjaya menjadikn ahlinya yg dikalangan anak2 muda utk istiqomah dlm gerakan ini. mungkin juga keterikatan kpd agenda kampus mnjdkn anak muda ini tertambat jasadnya dr menyumbang utk gerakan ini.

Ini bermakna prog kampus lg berjaya menyubur minat dikalangan ank2 muda. ataupn, anak2 muda sudah bijak mendisiplinkn masa dgn membhagikn sepenuh masa, jiwa dan raga fokus utk studi. krn alasan itu juga sering digunakn utk tidak turun ke lapangan (mcmla org lain bkn bergelar mahasiswa) atau mngkn dh semakin tandus org kat kampus ni nk menyumbang agknye.. senior2 seprti hidup segan, mati xmau dlm gerakan ini, yg sedang menanti hr utk bermuktamar bg menyempurnakan agenda peralihan kuasa. kalo blh xnkla lg terikat ngn pepias ni. byk lg tugas hakiki yg memberatkn kpale.

Cawangan yg mnjd ibu sawat atau simbolik kpd kekuatan gerakan ini juga sudah makin malap. lihat shj pd usrahnye.. kalo ditanya mengapa jd sedemikian, diberi amaran pula jgn memandai2 nk pertikai.. kalaulah ade cawangan2 lain berpaksikn gerak keje kpd cawangan tersebut, malap jugkla gamaknye.. dulu kt mnghadapi kekangan kewangan, tp kekuatan tenaga kt mantap, sush jugk nk bergerak aktif. sehinggakan ade agenda yg terbantut sbb xcukup duit. skang ni minyak pelincir dh bg pn, terbantut jugk..(xde kne mengena ngn hrge minyk) timbul plak persoaln, ngko ke yg nk jlnkn bnde ni. duit ni pn antara fitnah yg terbsr. smpi hilang kredibiliti sbg seorg kwn..

Kemana hilangnye ukhwah sesasama ahli sehinggakan konsep amal jamaie yg sering terngiang2 ditelinga satu ketika dulu, sudh hilang serinya.. ahli2 yg sedikit berjauhan dr gerakan, dibiarkn berjauhan.. sbb katenye, rmi lg diluar sane yg memerlukn pepias ni. pokok pangkal kpd punca persolan ni adalh kepntingn diri mengatasi kepntingn gerakan ini. termasuklah org yg menaip ni, same je.. sudah tidak ada lagikah nilai kasih syg dan kesetian kt kpd pepias. atau mngkn mmg xprnh ade pn.. sekadar menyelesaikn amanah yg diberikn atau sronok2 berprogram dan berorganisasi. kesian kat pepias ni.. dulu mase tgh gah, rmi yg tatang. smpi snggpla toreh tangan yg blh mengeluarkn darah pepias bg membuktikn kecntaan pd gerakan ni. tp skang ni,seolah2 kt bersama2 gali lubang utk kuburkn pepias.

Tp xblh jugk kate cmtu,ade jugk ahli yg btl2 ikhls mmprjuangkn gerakan ini dan trus istiqomah dr mmbiarkn ianya terkubur. yg prlu disematkan dlm jiwa, syiar Islam adalah matlamat utama dan pepias itu adlh wadah. walaubagaimanapun, bg melihat Islam itu unggul, sudh pstinya dilihat drpd kekuatan jemaahnye dan wadah yg kt dukung inilah punca kekuatan jemaah.. yg pstinye, lambat laun pepias ini akn terkubur jua. kalo bkn dlm mase terdkt, hr kiamat nnt pasti terkubur. tp sbg seorg yg syg dan cntakan pepias ini, tergamakkah kt membiarkan ianya terkubur sebelum tiba wktunya.. Wallahuaklam.. Selamat mengimarahkan Ramadhan al-mubarak.. salam perjuangan.. .

sumber : bapolz@yahoo.com

28 August 2008

Budaya Pincang Berpakaian

Wanita berpakaian ketat di hadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan di hadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain yang bukan mahramnya.

Masalah wanita berpakaian ketat ini ditegaskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي رِجَالٌ يَرْكَبُونَ عَلَى السُّرُوجِ كَأَشْبَاهِ الرِّجَالِ يَنْزِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلَى رُءُوسِهِمْ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْعِجَافِ الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌMaksudnya: “Akan ada di akhir ummatku orang-orang yang naik di atas pelana seperti layaknya orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian namun telanjang, di atas kepala mereka ada semacam punuk unta, laknatlah mereka karena sesungguhnya mereka itu terlaknat.”

(Hadis riwayat Ahmad. Al-Haitsami berkata: Para periwayat Ahmad dinilai Sahih).Sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam “kasiyat ‘ariyat” telah ditafsirkan:

1- Berpakaian dengan pakaian pendek yang tidak menutupi aurat yang harus ditutup.

2- Mengenakan pakaian tipis yang tidak menutupi kulitnya dari pandangan di baliknya.

3- Pakaian ketat yang memang menutupi kulit dari pandangan namun tetap menampakan lekuk dan bentuk kemolekan tubuh wanita.

Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lagi:صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَاMaksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor lembu, dengannya mereka memukul manusia; dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan melenggok-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya, padahal aromanya boleh didapat dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”

(Riwayat Muslim)Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan tentang dua fenomena: Sadisme dan Pornoaksi. Golongan pertama adalah kaum lelaki sedangkan golongan kedua adalah kaum wanita. Antara kedua golongan yang berlawanan jenis ini tentu saja ada interaksi. Ini kerana, dalam suatu komuniti masyarakat yang banyak dijumpai wanita-wanita seperti golongan kedua, pasti akan banyak terjadi perkosaan, kekerasan, sadisme, pergolakan dan penganiayaan seperti yang dilakukan golongan pertama.

Golongan pertama menggunakan kekerasan sebagai senjatanya sedang golongan kedua menggunakan kelembutan (keindahan) sebagai senjatanya. Golongan kedua sering berselindung di balik istilah moden, seni dan keindahan, untuk menipu manusia. Orang sering mengutuk perbuatan golongan pertama dengan kata-kata kejam, sadis dan buas, tetapi menyanjung golongan kedua dengan sebutan seperti artis, ratu kecantikan dan wanita moden.

Justeru perlu diingat bahawa tidak mendedahkan diri kepada khalayak adalah lebih baik daripada berdedah dengan perhiasan seperti orang yang jahil agama. Firman Allah SWT:وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَىMaksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)

Teknik Menangani Tekanan Perasaan

Tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika anda berupaya meningkatkan kemampuan dan keyakinan diri untuk mengatasinya. Cara termudah mengatasi stress ialah dengan mencari puncanya.

Sekiranya beban kerja merupakan punca, berilah perhatian lebih terhadapnya dan cubalah menyelesaikan setiap masalah yang timbul dengan sebaik mungkin. Punca stress amat penting diketahui jika tidak anda akan teraba-raba dan gagal mengatasi masalahnya. Buat beberapa garis panduan yang menjadi keutamaan dalam menyelesaikan masalah anda. Cuba selesaikan satu persatu.

Teknik Melegakan Stress Walaupun tidak dapat menyelesaikan keseluruhan stress anda, teknik berikut mampu mengurangkan kekusutan fikiran dan melegakan ketegangan anda.

1. Rehat seketika antara waktu kerja boleh melegakan ketegangan emosi, kekusutan fikiran dan ketegangan fizikal.

2. Merangka jadual kerja seharian anda. Berikan keutamaan kepada yang paling penting.Selesaikan satu persatu.

3. Bersikap realistik. Jangan bebankan diri anda jka tidak mampu melakukan sesuatu pekerjaan. Atau, lakukan secara beransur-ansur tetapi tetap.

4. Banyakkan pergaulan, jangan abaikan teman-teman atau keluarga sendiri semata-mata kerana terikat dengan jadual kerja yang ketat. Mereka adalah pembantu kita di dalam kesusahan.

5. Kerap bersenam dengan melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang boleh mengurangkan ketegangan. Ia juga mampu menyenyakkan tidur dan mengelakkan kerisauan yang tidak menentu.

6. Luahkan masalah anda kepada orang lain seperti pasangan anda, keluarga dan teman-teman yang mungkin boleh membantu. Hasilnya anda akan berasa lega.

7. Bercuti sambil berehat untuk merehatkan fikiran anda. Tidak perlu melancong ke luar negara, dalam negara sendiri sudah mencukupi.

8. Jangan memendam rasa. Kesilapan lepas dijadikan pengajaran bukannya dikesali untuk sepanjang hayat. Ingat, semua orang melakukan kesilapan dan kita tidak terkecuali.

9. Jumpa doktor atau pakar jika masalah tidak juga dapat diatasi; jangan segan berjumpa doktor atau pakar untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

16 July 2008

Pelan Peralihan Kepimpinan PEPIAS

patah tumbuh hilang berganti,

Pemimpin datang dan pergi silih berganti,

Itulah perumpamaan yang selalu disebut-sebut dalam masyarakat kita. tidak ketinggalan juga dalam wadah pepias ini, pemimpin yang lama perlu diganti dengan pemimpin baru yang lebih serba segar dengan idea baru dan tenaga mereka.

saya terpanggil dengan sepotong ayat Quran yang menyebut "adakah kamu tidak takut akan meninggalkan keturunan yang lemah di belakang kamu?". ayat ini menuntut kepimpinan yang ada sekarang memastikan asas kepimpinan dan idealisma perjuangan diterap dalam setiap jiwa sanubari pelapis kepimpinan yang akan datang.

justeru barisan kepimpinan pelapis perlu bersedia bagi menggantikan kepimpinan yang ada untuk meneruskan perjuangan di persada dakwah ini.

Dibuang terasa sayang, digenggam panas membara...

02 July 2008

Tentang PEPIAS


Pengenalan


PEPIAS merupakan akronim bagi Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor Darul Ehsan. PEPIAS adalah sebuah pertubuhan pelajar yang telah bergerak aktif sejak tahun 1971 dan didaftarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992.

Berasaskan dua gagasan utama iaitu kebajikan dan pendidikan Islam, PEPIAS menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di merata pelusuk bumi Selangor.
Berbekalkan kemahiran dan pengalaman lebih 17 tahun, PEPIAS menjalankan pelbagai aktiviti yang realistik dan relevan dengan realiti semasa.


Visi

PEPIAS sebagai sebuah gerakan belia Islam komited membina secara berterusan generasi yang mengamalkan Islam dengan menyeluruh bagi merealisasikan kebangkitan peradaban Islam di negeri Selangor.


Misi

Melahirkan secara berterusan aktivis dakwah muda yang punya kefahaman Islam yang baik dan istiqamah bagi merealisasikan visi PEPIAS.

Jumlah Pengunjung